PANDORA BOX II

70 11 3
                                    

"Sembang apa?"

Mahu tidak mahu Naii bertanya juga kepada pemuda di sebelahnya yang tenang mengatur langkah sambil sesekali menala lensa kamera telefon bimbitnya setiap kali terlihat pemandangan yang menarik pada pandangan matanya.

Sesekali berada di tempat sebegitu,Eric tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati pemandangan yang semakin jarang dilihat kerana asakan pembangunan di mana-mana.

Tanah pamah yang rata diolah menjadi lautan sawah padi sehingga ke hujung ufuk pada kaki bukit batu kapur yang seakan-akan memagari kawasan tersebut dari jangkauan tamadun.Jalan berturap yang dipayungi pohon kelapa atau tanaman lain seperti pisang dan buah-buahan,rumah-rumah penduduk dengan halaman luas dan bersih,tali air,dangau-dangau kecil tempat penduduk melepaskan lelah setelah berhempas-pulas mengerjakan sawah,kerbau yang berkubang atau hanya sekadar meragut rumput di pinggir-pinggir sawah dan juga kawanan bangau yang terbang atau yang sedang leka mencari serangga kecil.

Semuanya berpadu dan menghidangkan panorama yang indah untuk diabadikan melalui kamera telefon.Bahkan penduduknya juga ramah membuatkan Eric betah berlama-lama di situ andai sahaja tidak ada pekerjaan yang perlu dilakukannya.

"Tak ada apa." Sahut Eric "Sembang hal lelaki."

Topik yang selalu disembangkan lelaki pasti tidak terlalu jauh dari hal wanita,kereta,sukan dan memancing.Bagi Eric dari sudut pandang Naii,wanita dia tidak terlalu mahu ambil tahu akannya.Kereta? Kepunyaan Eric sangat sederhana walaupun dia tahu pemuda itu mampu.Hanya sebuah Toyota Rush warna perak.Sukan? Mungkin.Memancing jauh sekali kerana tidak pernah didengarinya pemuda itu menyukai  aktiviti begitu.

"Kenapa tanya?" Soalnya semula kepada Naii." Naii fikir kami bersembang pasal Naiikah?"

Walhal memang ya.

" Farhan? Talk about me?" Naii mendecih."Not in a million years!"

" Anyway,are you okay?"

"Do I look not okay?"

" Manalah tahu." Eric tertawa kecil." Kalau difikirkan,cerita Naii dengan Farhan ni boleh dibuat cerita dalam novel.Mangsa buli berjumpa semula dengan si pembulinya malahan satu universiti pula.Who know what happen next."

" Eheiii....berhentilah cuba untuk menulis novel En.Eric Firdaus."

Jika sudah menamakannya dengan nama penuh begitu,Eric mulai dapat mengesan isyarat bahaya dan dia tahu tidak ada gunanya menaikkan kemarahan Naifa.Dia sudah cukup kenal perangai anak yang satu itu.

"Tskkkk..anak buah derhaka!" Sambil mengetap gigi,dihinggapkan jari telunjuk dan ibu jari untuk mengepit cuping telinga Naii namun gadis itu pantas menepis.

"Háo de shùshu.Bìe zàishuòle" ¹

Mungkin dalam banyak hal yang berlaku dalam hidupnya,memiliki seorang anak saudara yang hanya muda dua tahun daripadanya adalah antara hal yang paling disyukuri Eric dan tidak jarang orang yang mendengar hal itu menatapnya sedikit hairan termasuklah wanita yang ditemui mereka semasa berada di pasar pagi semalam.

Walaupun berbeza bangsa ia tidak menghalang keluarga mereka menjadi rapat dan Eric sebagai anak tunggal itu pantas sahaja menjadi bapa saudara dan rakan karib Naii sejak dari kecil lagi dan jika dia bersikap protektif kepada gadis tersebut,itu adalah tanggungjawabnya.Wajar.

Dia sebagai anak kepada isteri kedua itu diterima baik oleh keluarga isteri pertama ayahnya tanpa sebarang masalah.Dia dan ayah Naifa adik-beradik tiri sebapa maka Ulya dan Naifa ialah anak saudaranya.Memiliki anak saudara sebaya dan dua tahun lebih muda serta tiga orang cucu.Bukankah ia adalah satu profil yang menarik?

My Dear LoserTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang