INFINITY WAR:THANOS

98 11 6
                                    

Kerana tahu kafeteria hanya akan tutup pada jam 10 malam,maka sengaja Naii melambat-lambatkan masa untuk turun bagi membungkus makan malamnya.Amei sejak awal malam tidak ada.Keluar dengan rakan sekelas bagi membincangkan persembahan untuk malam penutupan katanya.

Kelas Naii? Rasanya sudah ada.Hanya perlu dua orang kerana mereka hanya akan mempersembahkan persembahan ringkas.Nafisah,sang biduan Fakulti Perubatan yang silap-silap boleh menggelincirkan artis BBNU jika dia benar-benar ingin serius dalam bidang nyanyian dan juga Uwais yang jika memetik tali gitar mendadak sahaja seperti jarinya bertambah beberapa batang kerana kecepatan dan kekemasan  petikan not tali gitarnya.Punya saluran Youtube sendiri dengan ribuan pengikut.Dan kerana persembahan setiap fakulti diwajibkan,maka Fakulti Perubatan menghantar mereka berdua secara sepakat.

Bukannya bertanding pada tahap Asia Got Talent sehingga perlu berlatih berbulan-bulan lamanya.Hanya sekadar mematuhi arahan kerana tidak patuh arahan sama sahaja seperti menyerahkan tengkuk untuk dijerat oleh kru hazer dari neraka itu.Apatah lagi tiga daripada kumpulan enam orang itu merupakan senior dari fakulti yang sama.Latihan ala kadar kerana tidak semua punya tenaga kuda yang tidak kenal lelah dengan bermacam-macam aktiviti sempena Minggu Orientasi terutama sekali perhimpunan petang dan panggil nama pada jam 10 malam nanti.

Jam 9 suasana kafeteria sudah sedikit lengang dan Naii tahu sebabnya.Semua pelajar junior tidak mahu terlambat untuk panggil nama dan menamatkan satu lagi hari yang memenatkan.Masa.Ajaib sekali bagi Naii.Jika dia memerlukan masa agar berganjak perlahan,tahu-tahu sahaja jam sudah mencecah hari yang baru terutama sekali pada waktu-waktu akhir menyiapkan tugasan.Tetapi cuba sahaja jika Naii mahukan masa beredar pantas.Mendadak sahaja masa amat lambat bergerak dan itulah yang dirasakan Naii kini.Tidak sabar Minggu Orientasi segera berakhir,justeru hari penutupan dirasakan terlalu lambat tiba entah mengapa.

Sudah!!

Naii menatap jengkel empat susuk tubuh berkemeja merah darah yang berdiri saling sebelah menyebelah di hadapan pojok warung yang menyediakan menu aneka set nasi berlauk yang kebetulan menjadi tempat tujuannya.Hanya itu menu paling pantas disiapkan dan kerana Naii tidak mahu berlama-lama di situ bimbang terserempak dengan gerombolan hazer berbaju merah itu.

Namun nampaknya malang melintangi Naii lagi kerana serentak mereka menoleh ke arahnya dan sudah terlalu lambat untuk Naii membuat lencongan ke gerai lain.Mahu tidak mahu Naii menguatkan lutut untuk melangkah namun melencongkan kaki ke gerai yang berjarak tiga selang baris meja.Gerai yang menjual aneka pilihan minuman.

Minuman segera dipesan dan Naii berdoa agar para senior itu cepat-cepat pergi dari situ bagi membolehkan Naii memesan menunya tanpa rasa diawasi oleh beberapa orang pegawai polis.

" Kak,saya punya dah siap?"

Mendadak darah Naii menderu ke kepala.Ada satu suara yang kedengaran dari sebelah kanannya dan dia tidak perlu menoleh pun untuk mengetahui siapa gerangan.Satu ruas lengan berkulit cerah yang hanya ditutupi lengan kemeja berwarna merah darah terjulur menadah sehelai not berwarna hijau.Namun tatkala tangan tersebut menyambut satu bekas yang berisi cairan putih berais dengan beberapa ketul bebola  putih pada dasar bekas yang dipegangnya,seperti dirasuk leher Naii automatik menoleh ke kanan.

"Longan susu?" Seringai jahat bergayutan pada bibir Naii dan dirasakan kulit pada kepalanya merekah lalu perlahan-lahan ada tanduk yang bermunculan "Pfffttt..."

Wajah Farhan yang selalu dipasang agar tampak menakutkan itu mendadak bertukar lebih cerah atau sebenarnya lebih kepada pucat lesi dan pada hujung telingannya merambat warna kemerahan.Dengan panik tetapi sudah terlambat,disorokkannya bekas tersebut ke belakang dan telatahnya membuatkan senyum Naii mengembang.

"Nah.."

Sekali lagi wanita pertengahan usia yang mengenakan tudung kuning cerah itu mendatangi kaunter lalu menyerahkan bekas minuman kepada Naii.Minuman berwarna cokelat muda yang menyeruakkan bau khusus kopi.Naii menyambutnya dan menghulurkan jumlah wang  tepat tanpa baki.Sebelum menyedut,Naii melayangkan senyuman mengejek sambil berdehem membuatkan Farhan hampir tumbang ke belakang.

My Dear LoserWhere stories live. Discover now