STAR OF STARS

96 12 8
                                    

Farhan hingga menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Hal-hal begitu tidak pernah diambil perhatian olehnya namun kejadian yang terbentang di hadapan matanya di ruangan parkir pusat membeli-belah petang semalam membuatkan dia tidak senang duduk.

Hendak bertanya,apa urusannya pula bertanya akan hal itu kepada Naifa? Dalam keadaan gadis itu menatapnya sengit,pasti tidak akan ada jawapan yang menyenangkan hati diperolehinya.Tambahan lagi entah mengapa Naifa berani pula menentangnya secara terang-terangan sehingga dia mati kutu.

Patutlah Naifa berhati kering.

Sebentar-sebentar telefon bimbitnya dikerling tidak sabar.Lama pula masa yang diambil Fateh untuk menjawab pertanyaannya.Kerana rasa ingin tahu yang makin menggebu-gebu,dia segera teringatkan Fateh dan salah seorang daripada adiknya yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia itu.

Mendengar ada bunyi berderit menandakan ada pesanan masuk melalui aplikasi whatapps pantas dia menyambar telefon.

Ikut kata adik aku memang ada program begitu kat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Diterima masuk sahaja dah digelar Pegawai Kadet dengan program 1+4+10.Setahun asasi dan 4 tahun ijazah untuk program perubatan dan 10 tahun kontrak wajib.Syarat pun ketat.Calon kena melepasi pointer 3.67 dan kena perform dari semua segi .Iyelah..tentera kot.Macam dua dalam satu.Tentera dan pelajar perubatan.Ditanggung 100% dan menerima gaji macam askar biasa.Habis belajar saja terus ditawarkan jawatan dalam ATM dan wajib memenuhi kontrak berkhidmat selama 10 tahun dengan jawatan Leftenan Muda.

Panjang lebar penerangan Fateh membuatkan Farhan terkebil-kebil.Tidak dapat dia membayangkan bagaimana Naifa melalui semua itu namun lihatlah di mana dia berada kini.Farhan  yang bergelumang dengan kuliah dan aktiviti universiti dengan program 1 tahun matrikulasi + 5 tahun kuliah + 3 tahun latihan klinikal housemanship (HO)  dan menempuhi masa-masa begitu seperti lipas tidak berkepala,bayangkan pula dengan keadaan menghadiri kuliah dan dalam masa yang sama menjalani aktiviti biasa seorang tentera dalam perkiraan formula 1+4+10.Pasti bukan senang.

Berbeza dengan Farhan yang kini berada dalam bulan-bulan terakhir latihan klinikal(housemanship (HO) /residensi) setelah melalui masa yang tidak terbilang panjang selama 9 tahun,nampaknya Naifa memilih jalan yang sama tetapi lebih berduri.Pasti coreng-moreng,sobek-siat dan rebah-rimpahnya menempuhi tempoh masa begitu telah menjadikan dia berhati kering sekaligus tahan banting.

Ketika mengenangkan bagaimana raut wajahnya menerima tabik hormat daripada anggota bawahan,rasa hormat dan kagum Farhan tumpah lagi seperti lama dulu.Tidak dapat dia nafikan.Apa yang menyebabkan dia memilih jalan beronak duri begitu,tidak habis-habis Farhan memikirkannya.

Dan jika dikira secara kasar berdasarkan bagaimana dia dipanggil Puan yang jelas menunjukkan pangkatnya lebih kanan serta andaian bahawa dia telah menyelesaikan tahun-tahun asasi dan kuliah perubatan di universiti,bermakna Naifa kini sedang berada dalam tempoh kontrak perkhidmatannya dengan Angkatan Tentera Malaysia dan sekurang-kurangnya berpangkat Leftenan Muda.Punya bintang di atas pad bahu.

Bukankah itu sekaligus menjadikan dia satu-satunya doktor bertauliah dalam kalangan mereka hatta berbanding Farhan juga yang belum menyelesaikan tempoh latihan klinikalnya di hospital? Mampu menandinginya hanyalah para pelajar senior yang telah melengkapkan tempoh residen  dan kembali semula ke universiti untuk menyelesaikan pula tempoh pengkhususan masing-masing.

Bermakna Naifa sebenarnya merupakan senior kepada mereka para gerombolan AJK Minggu Orientasi dan jika dibandingkan dari segi senioriti dan pengalaman,mereka hanyalah anak bawang yang baru bertunas ! Selama hampir 3 minggu ini,mereka rupanya sedang hilir-mudik di hadapan harimau yang menyimpan kukunya senyap-senyap.

My Dear LoserWhere stories live. Discover now