EPIPHANY

99 11 1
                                    

Jika Thanos yang menjadi nemesis paling kuat para wira Avengers itu bertubuh keungu-unguan,tinggi besar dan misinya mengembara antara galaktik semata-mata untuk mendapatkan Infinity Stones,namun sang Thanos para Avengers Minggu Orientasi itu normal sahaja saiznya.Tidak tinggi tetapi tidak juga rendah.Jika beberapa hari yang sudah dia tampil sebagai seorang yang tidak perduli,entah mengapa tiba-tiba pula Thanos Fakulti Perubatan itu bertukar perangai.Farhan,si ketua Minggu Orientasi hinggakan mengap-mengap tidak tahu hendak mengatakan apa.

Amar yang paling tidak normal antara mereka pun mati kutu dan tiap kali dia mengenangkan bagaimana si Thanos jadi-jadian itu mengumbar kata kepada Farhan,pemuda itu bergidik sendiri.Ngeri dan hairan bercampur baur.Ngeri membayangkan semangat apa yang merasuki Naifa sehingga berani-berani mengatakan hal itu di depan mereka dan hairan bagaimana wajahnya terlalu  berkulit tebal seperti sisik naga.Mengungkapkan kata-kata begitu di hadapan Farhan! Normalkah?

Yang lelaki sahaja fikir belasan kali untuk mengeluarkan kata-kata begitu kepada seorang gadis apabila memikirkan risiko akan ditolak mentah-mentah dan kemudian menderita patah hati.Tetapi,lihatlah seorang Naifa Zahra.Mengungkapkan pick-up line  dahsyat tanpa teragak-agak sedikit pun tepat di depan batang hidung Farhan.

Mungkin bagi yang tidak mengetahui kronologi perseteruan antara dua orang itu pasti mula membayangkan babak telenovela ataupun adegan klise drama Korea.Namun bagi para senior berbaju merah itu,mereka tahu hamburan kata-kata Naifa tidak ubahnya seperti senjata rekaan terbaru.Jika senjata konvensional memerlukan bahan peledak ,senjata baru Naifa itu hanya memerlukan gelombang bunyi yang mampu memecahkan urat saraf manusia.Buktinya,sang ketua kru hazer Minggu Orientasi itu melongo seperti orang yang dikenakan renjatan elektrik.

Kerana dilarang daripada menyertai aktiviti perhimpunan petang dan Naii tidak tahu bagaimana menghabiskan waktu sehingga perhimpunan selesai,Sebaik sahaja salah seorang daripada kru AJK Kebajikan menggamit Naii agar membantunya untuk menguruskan hal-hal kecil di ruangan tersebut,gadis itu mengikutinya dengan senang hati.

Tidak banyak yang boleh dilakukan Naii sebenarnya.Hanya melakukan kerja-kerja rencam dan disuruh itu ini seperti lazimnya seorang pembantu.Barangkali hanya helah agar Naii tidak merayap ke mana-mana lantaran hukumannya tidak dibenarkan menyertai perhimpunan petang maka dia dipanggil ke situ.Diawasi secara tidak langsung.

Melalui tingkap,jelas dilihat Naii aktiviti perhimpunan petang itu tidak ada bezanya daripada aktiviti petang sebelum ini.Tetapi,melihat dari kejauhan rupanya membuatkan Naii menyedari sesuatu.Tanpa diarahkan,para junior berbaris lurus dari hujung ke hujung.Senyap dan tidak berganjak walaupun ketika mereka dimarahi para senior.Hari pertama jelas dalam ingatan Naii.Perlukan suara para senior tenggelam timbul untuk mentertibkan barisan tetapi kini mereka seakan-akan tahu tempat mereka sendiri tanpa perlu sesiapa pun bersusah payah.Walaupun hal itu didoktrinkan secara kasar kepada mereka,tetapi kini Naii mulai dapat melihat hasilnya.

Disiplin.

Raez yang keinginannya untuk menguliti para kru hazer itupun berfikir banyak kali sebelum melakukan apa-apa yang melanggar undang-undang Minggu Orientasi kerana dia tahu para hazer berbaju merah itu tidak pilih bulu.Sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan,akibatnya akan ditanggung oleh semua orang.Dan kerana kasihankan rakan-rakan yang lain,dia terpaksa menahan kemarahan walaupun tiap kali mereka berkumpul pemuda itu mencak-mencak tidak keruan di hadapan Naii dan Amei.

Akauntabiliti.

Bahkan berlatih dengan lebih gigih berbanding orang lain bagi memastikan pasukan bola keranjang Fakulti Sains akan menjadi juara Karnival Sukan Mini yang sedang berlangsung itu semata-mata ingin menyua trofi ke arah batang hidung para kru hazer yang selalu mengatakan mereka tidak berusaha sehabis baik dalam semua aktiviti yang dianjurkan sempena Minggu Orientasi.

My Dear LoserWhere stories live. Discover now