UNTIL WE MEET AGAIN

90 9 0
                                    

Tetamu hampir semuanya telah pulang dan ruang tamu sudah lengang.Hanya ada beberapa orang wanita yang masih membereskan sisa-sisa pekerjaan di ruangan dapur dan kedengaran riuh berbual sesama mereka.

Farhan menuju ke arah pangkin di bawah pohon mempelam setelah menghantar tetamu terakhir hingga ke pinggir jalan sambil tidak lupa mengucapkan terima kasih kerana kesudian meluangkan masa untuk datang ke majlis kesyukuran yang diadakan lewat Maghrib tersebut.

"Tak banyak nyamuk ke?"Tegur Farhan sambil melabuhkan duduk di sebelah Khan yang menekuri telefon bimbit di tangannya.

" Tak adalah.Masih ada asap tu.." Jimmy menyahut bagi pihak yang ditanya.

Farhan sekadar tersenyum.Khan,Jimmy,Ammar dan Fateh bagaikan berpakat untuk menempati pangkin tersebut setelah majlis kesyukuran selesai.Mengambil angin kata mereka.Empat rakan karibnya itu bukanlah asing kepada ibu dan ayahnya kerana mereka selalu datang bersama Farhan jika ada masa yang terluang.

Hari itu juga.Majlis kesyukuran sempena keberangkatan Farhan ke luar negara untuk menyambung pengajiannya di Universiti Of Essex,Colchester England.Berat tetapi Farhan sedar peluang terbaik begitu tidak selalu datang kepadanya apatah lagi dia ditawarkan biasiswa penuh selama empat tahun tempoh pengajiannya di universiti tersebut.

Kajian klinikal yang mengkhusus kepada potensi untuk membaiki masalah fungsi jantung menggunakan kaedah regeneratif sel stem berjaya menarik minat pasukan penyelidik di Jabatan Perubatan Dan Unit Kardiologi & Bio-Engineering universiti itu dan kertas kajian Farhan terpilih daripada belasan pemohon.

Walaupun sesi pengajian hanya akan bermula pada bulan September nanti,Farhan sengaja datang sebulan lebih awal kerana dia perlu menguruskan banyak hal terutama sekali tentang tempat tinggal dan segala pernak-pernik dokumentasi kajiannya.

"Silap haribulan,lepas kau balik Malaysia nanti kami akan panggil kau Profesor Farhan." Jimmy memecah kesunyian.

"Aih..lambat lagilah."Tukas Farhan sambil menatap wajah sahabatnya itu." Tak perlu fikirkan pasal gelaran tu dulu.Tempoh empat tahun macam-macam boleh jadi.Sebab tu aku perlukan doa korang supaya aku boleh tamatkan kajian tu dengan lancar."

" Good luck,buddy..." Khan dengan baju Melayu biru gelap dan kain pelekat hitam itu menepuk lutut Farhan.

"Thanks,man.."

Bagaikan ada magnet,pantas sahaja Farhan menoleh ke arah pintu dapur ketika telinganya menangkap suara membualkan sesuatu dan diselang-seli dengan gelak tawa halus.

Farhan terkebil-kebil.Seperti dibius,butir-butir percakapan Khan dan Ammar yang tadinya membahas tentang kelab bola sepak Leeds United itu tidak sangkut pada pendengarannya kerana perhatiannya tumpah kepada tiga susuk tubuh di halaman tersebut.Mungkin kerana disebabkan cahaya lampu luar yang menyimbahi ketiga-tiga mereka membuatkan mereka kelihatan lebih terang berbanding lampu lain sementara Farhan pula berada dalam kegelapan kerana kedudukan pangkin yang sedikit jauh dari jangkauan cahaya lampu beranda.

Naifa!

Baju kurungnya kuning muda sementara tudungnya pula berwarna putih sedikit kekuningan.Dalam keadaan dia tidak menatap sengit begitu,senyuman yang merekah dari ulas bibirnya tidak lebar namun ia menonjolkan tulang pipi sehingga menongkat kedua-dua mata menjadikannya sedikit melengkung seperti bulan sabit.Smiling eyes.Begitu orang mengistilahkan senyuman tersebut.Cerah seperti sinaran matahari pagi.

Wait..Is that a single dimple on her left cheek?? Okay...I am doomed.

Baru sampai.Datang sini jemput Kak Uya.

Begitu antara butir perkataan yang singgah pada pendengaran Farhan.

"Haih..mana pula A'an ni?"

Mendengarnya,ingin sekali Farhan mengecut sehingga bersaiz seekor lipas.Leher ibunya menoleh ke halaman hadapan lalu kembali ke arah dapur.Mencarinya.

My Dear LoserWhere stories live. Discover now