PANDORA BOX

67 12 0
                                    

" So,longan with milk huh?"

Farhan tidak cuba untuk menyorokkan bekas plastik di tangannya daripada penglihatan sesiapa kerana suka-sukanyalah.Tidak ada termaktub dalam mana-mana akta melarang seseorang untuk menikmati longan susu berais itu.Tidak ada !

" Should I drank blood,then?"

Kalau aku jadi drakula,kaulah orang pertama yang aku cari !

Rungutnya dalam hati.Susuk tinggi lampai di sebelahnya itu hanya dikerling sekilas.Kulit yang cerah dengan urat timbul pada leher pasti memudahkannya untuk menancapkan taring dan menghisap darahnya bukan masalah bagi Farhan sehinggalah pemuda itu menggeletik dengan nyawa tersengal-sengal di kerongkong! Sayangnya Farhan bukanlah drakula dan dia juga benci sekali kepada keganasan.

Ternyata mengelakkan diri daripada menyertai perbualan mereka dan mencari minuman kegemarannya itu langsung tidak dapat menjernihkan keladak di dalam hatinya ketika itu.Dan tahu-tahu saja si Yoo Si Jin jadi-jadian itu sudah berdiri di sebelahnya.

" Is this that famous Farhan?"

Kalau sahaja Farhan itu anak muda yang masih lembut ubun-ubunnya pasti perkataan famous itu membungakan senyum kerana sesiapa sahaja akan menyenangi perkataan tersebut tetapi tidak baginya.Ada sesuatu dalam perkataan tersebut yang membuatkan dia mengernyit tidak suka.

"I've nothing for you to praise at and I don't even know you.So,tell me what do you want."

Eric tertawa kecil. Menghulur tiga helai not biru sebagai bayaran kepada sebekas teh susu kemerahan yang dibelinya dan cepat-cepat menyaingi Farhan yang bagaikan cuba melarikan diri daripadanya sebaik sahaja dia sedikit leka.

" Are you ignoring me?"

Kuakan kaki Farhan terhenti lalu sambil mendengus,dia memalingkan wajah ke arah Eric yang memandangnya ketika itu bersama segurat senyuman yang pada matanya sangat menjengkelkan entah mengapa.

" That was my plan but since I'm still talking to you,I guess I failed"

" Did I offend you somehow?"

"What are you trying to imply anyway?"

Farhan jengkel bukan kepalang tetapi sangatlah tidak tahu diri jika tiba-tiba sahaja dia meninju muka Kapten Yoo Si Jin itu tanpa sebab yang jelas.Kelibat ibunya,Kak Uya dan Naifa tidak kelihatan di dalam keriuhan pasar minggu.

" And what do you want me to imply in this conversation then?"

Gerah dirasakan Farhan dengan perbualan aneh yang semakin lama semakin membuatkan dia dongkol.Panas matahari yang semakin meninggi terasa mulai menyengat.

"Well,to be honest I hate what you've said earlier."

" But,I guess not as much I hate what you've done to my Naifa."

MY NAIFA????

Jika dianimasikan keadaan Farhan ketika itu,pasti dari hidung dan mulutnya sudah tersembur percikan darah tetapi mujur sahaja longan susu yang dibelinya hanya menyisakan ketulan ais.Pasti buruk kelihatan jika dia terbatuk-batuk mendengar dua patah perkataan tersebut.

THE AUDACITY!!

Jadi inilah dia.Ternyata firasatnya tidak silap tentang pemuda itu.Semua teori gila Khan,Jimmy,Ammar dan Fateh juga rupanya tidak meleset.

" What ever it is,I didn't mean it."

"Oho...you did"

Farhan mengunyah isi pipi dalamnya geram.Hairan mengapa sejak akhir-akhir ini hampir setiap perbualannya pasti mengorbit kepada nama Naifa.Bahkan perkataan-perkataan yang keluar dari mulut lelaki ini jauh menyakitkan hati daripada usikan aneh kawan-kawannya dalam aplikasi sembang kumpulan mereka.

My Dear LoserDonde viven las historias. Descúbrelo ahora