MBR | 3

89 2 0
                                    

KELIHATAN seorang lelaki yang dalam lingkungan 20-an berjalan kearah seorang budak lelaki yang sedang tidur dengan lenanya dipinggir jalan.

Lelaki itu mencangkung tepat didepan budak lelaki tersebut. Lelaki itu menatap muka comel budak itu. Putih macam snow white.

"Ni kalau aku jumpa kau waktu tengah hari, memang sunburn la kau budak. Dah la putih, hm.", ujar lelaki itu seorang diri.

Dah macam orang gila.

Nasib kacak.

Tangan lelaki itu naik mengusap perlahan rambut budak lelaki tersebut. Tidak mahu menganggu lena budak itu.

Lelaki itu tertanya-tanya, siapa orang tua budak ni?

Macam mana dia boleh ada di sini?

Kena buang ke?

Lelaki itu menggoncang sedikit badan budak lelaki itu dengan perlahan. Kalau kasar kang tak pasal-pasal kena label 'Child Abuser'. Hancur image dia sebagai orang kacak.

Tak nak aku.

Qays Farhan baik orangnya.

Tambahan, kacak.

"Budak, oo budak. Bangun. Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, pakai baju.", Qays cuba membangunkan budak lelaki itu sambil bernyanyi.

Tiber.

Kelihatan kening lebat budak lelaki itu berkerut. Mungkin dia terasa goncangan dibadannya yang menyebabkan tidur lenanya terganggu.

"Mmhm..", budak lelaki itu menggeliat kecil.

Budak tersebut bangun dari baringannya di pinggir jalan itu lalu menggosok matanya. Dia masih belum cukup tidur.

Entah manusia gila mana yang ganggu dia sekarang ni.

"Hai.", sapa Qays.

Budak lelaki itu masih menggosok matanya. Dia palau Qays. Qays pula tidak berkata apa-apa. Tak apa, dia sudah biasa kena palau.

Huhu..

"Hai.", sapa Qays sekali lagi.

Tak serik-serik agaknya kena palau.

Tiba-tiba bahu budak kecil itu terhenjut-henjut keatas seperti menangis ataupun ketawa? Entahlah, Qays tak tahu tapi dia sedikit panik.

"Eh– K-kau kenapa budak? Menangis ke? Ke kau sedang ketawa ni?", tanya Qays kepada budak lelaki itu.

Kedengaran suara esakan daripada budak lelaki itu. Semakin panik Qays dibuatnya. Tangan naik menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"J–jangan la nangis budak. Kau kan jantan?", ujar Qays dengan perlahan.

"Jantan pun boleh menangis la!!", tiba-tiba budak lelaki itu melenting kearah Qays.

"Eh– anjing! Eh– Ya Allah, Astaghfirullah... Tak baik aku menganjing budak yang sedang menangis. Astaghfirullah...", tangan Qays naik mengurut dadanya.

My Beautiful Revenge || OG (Hiatus)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang