Prolog

274 4 0
                                    

Aku berlari dengan secepat mungkin tanpa menoleh kebelakang. Air mataku yang mengalir dengan deras dipipi aku sapu dengan kasar. Nafasku tercunggap-cunggap kerana sudah berlari tanpa henti. Kakiku yang tanpa kasut sudah berdarah dan tercucuk duri tapi aku tidak ambil peduli dengan semua itu.

Sakit? Ya.

Ditinggalkan oleh kedua ibubapa ku didunia yang kejam ini. Sudah tentu sakitkan? Memikirkan semua ini, air mataku semakin mengalir dengan laju dipipiku. Aku berhenti berlari.

"Argh!!!"

Suaraku bergema dihutan yang sunyi itu. Aku menoleh kebelakang. Kelihatan rumahku yang penuh dengan memori indah bersama keluargaku telah hancur. Hancur dibakar.

Semuanya hancur.

Hancur.

Sakit.

Sakit melihat apa yang terjadi didepan mataku sendiri.

Aku berharap semua ini hanya lah mimpi semata-mata. Hanya mainan tidur tapi apabila merasakan sakit yang aku rasa sekarang ini, ianya membuktikan bahawa semua ni bukan mimpi.

It's reality.

Just accept the truth even though it's hurt you.

Tidak. Aku tidak dapat menerima kenyataan ini. Kebenaran ini. Aku tidak dapat menerima kenyataan bahawa ibubapa ku telah meninggalkan ku. Aku tidak dapat menerima kebenaran yang ibubapa ku telah mati.

Kenapa dunia ini begitu kejam?

Kenapa dunia ini tidak adil?

Kenapa?

Adakah aku seorang saja yang merasakan kekejaman dan tidak keadilan dunia ini?

Ibubapa ku telah dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan orang asing. Mereka dibunuh didepan mataku. Kejamkan? Atau aku yang kejam kerana tidak menolong ibubapa ku yang telah dibunuh?

Mungkin benar aku kejam.

Tapi aku bersumpah akan membalas dendamku.

Nanti.

Tunggu saja nanti.

Aku pastikan dendamku terbalas dengan cantik.

Mungkin orang lain akan berfikir aku ni bodoh sebab masa tu aku baru berumur 9 tahun tapi mereka salah. Hanya kerana aku masih kanak-kanak pada waktu itu tak bermaksud aku bodoh.

Ya, memang benar dunia ini kejam.

Tetapi kekejaman inilah yang mengajar aku supaya untuk menjadi lebih kuat. Mengajar aku supaya tidak menjadi lemah. Mengajar aku apa erti dendam yang sebenar.

Didunia ini, aku mesti fokus dengan dendamku yang belum terbalas. Didalam fikiran ku sekarang ini hanyalah dendam.

Dendam semata-mata.

Tidak ada benda lain.

Hanya dendam.

Nanti, akan aku cari orang kejam yang telah membunuh ibubapa ku. Takkan aku lepaskan jika mereka sudah berada ditanganku. Lihat dan tunggu saja.

Buat masa ini, aku tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan aku masih kecil. Walaupun begitu, otakku masih berfungsi. Otakku selalu bekerja.

Aku memandang tajam kearah rumahku yang telah terbakar itu. Aku tahu orang kejam itu masih disana menyaksikan kebakaran rumahku.

Tak apa.

Nanti aku kembali dengan lebih kuat.

Dengan kumpulan aku sendiri.

Just wait and see.

Dan tiba-tiba, entahlah. Aku benci dengan warna hijau. Kalau boleh aku tak nak tengok warna hijau didunia ni tapi apa boleh buat? Rumput, daun dan pokok ada disekeliling aku. Dan sudah tentu ianya berwarna hijau.

Aku teringat sesuatu.

Tatu...

Lambang tengkorak dan huruf?

Faham.

Mereka semua bermata hijau dan ada tatu berlambang tengkorak dengan huruf yang berbeza-beza.

Bingo.

Masuk dalam kotak memori aku, dan aku takkan lupakan tatu itu.

My Beautiful Revenge || OG (Hiatus)Where stories live. Discover now