MBR | 2

150 4 4
                                    

"BROTHER, will we ever know what the feeling of happiness is?", tanya gadis kecil itu dengan polos kepada abangnya.

Abangnya yang menundukkan kepalanya kebawah terus mengangkat kepalanya dan berpaling kesebelah. Kepala adiknya diusap dengan kasih sayang.

"I promise you, we will. Just wait until I grow up and become stronger enough. I'll take you out of this hell.", balas abang kepada gadis kecil itu dengan senyuman nipis.

Rumah ini macam neraka untuk kami.

Kebahagian? Apa itu kebahagian? Adakah kebahagian wujud di dunia yang kejam ini?

Benda ni lawak.

Jika ya, mengapa kami tidak pernah merasakannya seolah-olah ia tidak ada?

Bahagia itu hanyalah sebuah kebohongan.

Tetapi adik aku percaya bahagia itu ada.

Tapi aku? Tidak. Tidak ada bahagia didunia ini. Semuanya hanyalah kebohongan semata-mata untuk mengaburi mata kita.

Buat apa bahagia kalau pengakhiran kita sama?

Mati.












DATO Qays meletakkan kereta Porsche berwarna hitam miliknya tepat didepan bangunan yang gah dan tinggi itu. Tempat letak kereta itu memang dikhaskan untuknya kerana dia pemilik bangunan yang besar itu.

QAFA'S HOLDING.

Enjin dimatikan lalu Dato Qays melangkah keluar dari dalam perut kereta. Barangan penting miliknya tidak lupa dibawa. Kereta juga tidak lupa untuk dikunci.

Dato Qays mengorak langkah ke kepintu bangunan itu dan terus masuk kedalam. Kebanyakan mata perempuan melekat kearahnya. Seolah-olah dia seorang sahaja lelaki yang ada didalam bangunan itu.

Maklumlah.

Walaupun dia sudah berumur 37 tahun, paras rupanya yang kacak itu masih terselah dan nampak seperti berumur dalam lingkungan 20-an walaupun hakikatnya dia sudah dilingkuan 30-an.

Punat lif untuk ketingkat atas ditekan. Seingat dia, hari ini akan ada pekerja baru jadi dialah yang akan interview pekerja baru tu. Jam tangan dikerling sekilas.

Lembap betul lif ni.

Ting!

Finally.

Dato Qays terus masuk kedalam pintu lif. Punat yang bertulis nombor 27 ditekan. Tingkat yang paling diatas. Dimana bilik kerjanya berada.

"Tunggu!"

Dato Qays terus menoleh kearah suara itu. Kelihatan seorang gadis sedang berlari kearahnya. Dato Qays memincingkan matanya memandang kearah gadis itu.

Takkan nak guna 1 lif dengan dia?

Dekat sebelah kanan dan kiri lif ni ada lagi 2 lif.

My Beautiful Revenge || OG (Hiatus)Where stories live. Discover now