Dahi Neil Rayyan berkerut seribu. Makanan pun tak habis lagi. Waktu belajar belum bermula. Mengapa dia di minta untuk pergi ke kelas?

"Saya tak habis makan lagi." jawab Neil Rayyan jujur.

"Saya tak kisah. Awak kena pergi ke kelas sekarang!" jerkah Cikgu Gerald.

Neil Rayyan mengangguk perlahan. Kalau dia tak pergi ke sana, bimbang pula Cikgu Gerald melalak seperti kehilangan anak.


Tibanya di kelas, terdapat kotak berwarna hitam yang berada di atas meja belajar Neil Rayyan. Tertanya isi nya apa, langsung dia melangkah ke arah meja dan menyambar kotak itu.

"Abang Jamal dapat hadiah lah!" Henry bersuara.

"Jangan-jangan dari someone special. Alah, Mal... share lah sikit. Jangan tamak. Aku tahu kau tak hensem, tak ada rupa, tapi..."

"Tolong senyap sikit boleh tak?" Neil Rayyan memintas percakapan Fiq. Fiq mengeluh kecil.

Sejak Neil Rayyan berpindah ke Miracle Highschool, mood nya sering berubah-ubah seperti wanita mengibar bendera merah.

Perlahan, penutup kotak di buka.

Tubuh Neil Rayyan mengeras seketika apabila beberapa ekor anak ular melompat keluar dari kotak. Setelah dipastikan kesemuanya telah keluar barulah Neil Rayyan mengambil sepucuk surat dari dalam kotak itu. Kemudian, tangan kanannya sibuk menekan butang kecil yang ada pada bingkai kaca mata untuk menangkap gambar dan di hantar ke Henry.

"Yoosh! Mari mulakan!"

Jemari Henry menari dengan laju di atas papan kekunci komputer. Gambar-gambar yang dihantar oleh Neil Rayyan di siasat penuh teliti.

"Tf man... kau terpilih sebagai hamba baru Rafael. Kau terpilih sebagai..."

"Sebagai apa?" soal Neil Rayyan, teruja untuk tahu.

"Kau terpilih sebagai tukang cuci spender dia." sampuk Fiq bersama lawak tak kena tempat.

"Cobra... aku tak rasa lawak kau lucu sekarang."

"So what? Kau dah terpilih sebagai hamba Rafael. Peluang kau untuk dekati setan tu semakin cerah, Code. Peluang kau untuk cari tahu pasal Neilya semakin dekat. Kau dah dekat dengan apa yang kau cari!" ujar Henry.

"Aku setuju. Tapi Code, kau kena berhati-hati lepas ini. Kau... dah terpilih sebagai hamba Rafael. Aku takut suatu hari nanti identiti kau akan terbongkar. Aku takut dia akan tahu siapa Code, dan siapa Neilya." Panjang lebar Fiq berkata.

Surat di buka. Huruf S berwarna merah seperti di tulis dengan darah dipandang lama oleh Neil Rayyan.

"Slave. " sebut Neil Rayyan.

Tulisan kecil berwarna emas yang berada di bawah huruf itu di baca oleh Neil.

"Welcome to hell, Jamal."

Surat dikusutkan apabila telinga menangkap bunyi tapak kaki berlari secara laju menuju ke dalam kelas. Bukan seorang, tapi lebih dari satu. Bersama kata carutan, dan tempikan keras, Neil Rayyan tahu hidup nya sebagai hamba Rafael baru sahaja bermula.

"Aku pergi dulu."

Baru saja dia melangkah keluar dari dalam kelas. Sekumpulan pelajar lelaki berlari ke arahnya sambil membawa berbatang-batang kayu dan pemukul besbol yang di angkat tinggi di udara. Tidak perlu bercakap banyak, dia tahu itu untuk siapa.

Beg galas dicampak ke atas lantai. Seperti dikejar hantu dari belakang, Neil Rayyan berlari pecut meninggalkan pelajar lelaki yang mengejari dia di belakang. Nafas yang terputus-putus tidak di peduli, kaki nya laju menuruni tangga. Berasa malas, dia melompat terus ke bawah dan bergolek. Toleh ke kiri, juga sama. Dia di kepung oleh pelajar lelaki yang mungkin sudah berpecah menjadi dua kumpulan. Toleh ke kanan pula, tetap sama. Neil Rayyan yang berada di tengah-tengah menggaru kepala sendiri.

Dia buntu hendak lari ke mana lagi. Mereka bagaikan peluru berpandu yang tertuju ke arah sama.

Tidak mahu berlama-lama di situ, Neil Rayyan berlari keluar dari sekolah. Bebola kertas di lempar ke arahnya sepanjang dia berlari menuju ke gelanggang bola keranjang. Tapi, ketibaan nya itu di sambut pula dengan pelajar perempuan yang bertindak membaling batu. Ah! Ini lebih teruk berbanding harus berdepan dengab pelajar lelaki tadi. Neil Rayyan melilau keadaan sekeliling. Tidak jauh dari situ, dia terpandang ke arah Darwish yang di bawa oleh Mateo menuju ke belakang sekolah. Tempat di mana perigi mati terletak. Dan di situ juga, The Devil melaksanakan hukuman kepada hamba yang ingkar akan arahan mereka.

Neil Rayyan meregang jemari nya sebelum dia tersenyum.

"Menarik."








𝐏𝐋𝐀𝐘 𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐀𝐌𝐄 [C]Where stories live. Discover now