"Terima kak Lisa sebab lukiskan inai, cantik sangat!" Ya, Alisa yang melukis inai itu di tangan Hauraina. Buat apa bazir duit mahu upah orang? Dia ada bakat lah!

"Sama-sama Haura. Tak perlu bayar pakai duit pun. Cuma perlu bagi Akak anak buat dengan cepat je" Alisa mengenyitkan matanya kepada Hauraina.

Wajah Hauraina bertukar merah. Dia terus menepuk bahu Alisa.

"Aaa! Hati-hati!" Alisa menjadi cuak. Haih budak ni! Dia tak ingat ke tangan dia berinai?!

"Maaf!!" Hauraina dan Alisa ketawa. Tanpa mereka sedar, Danish dan Tengku Asyraf sedang memerhati dari luar.

"Kau dah hafal ke?" Soal Tengku Asyraf.

Danish tersengih, dia menunjukkan skrip yang di selit di bawah cawan.

"Tengah hafal lah ni, lagu ni senang je" Danish membaca lirik-lirik lagu di kertas itu.

Tengku Asyraf dan Xiong ketawa. Tak sangka Danish yang beku itu akan buat sesuatu yang diluar jangkaan.

"Assalamualaikum" satu suara garau memberi salam. Mereka bertiga yang berada di luar terus sahaja memandang lelaki itu.

"Waalaikumsalam.. Alexander" jawap mereka bertiga. Lelaki itu tersenyum nipis.

"where's Hauraina?" Soal Alexander. Dia datang bersama Thomas.

Danish menghalakan jarinya ke ruang tamu. Alexander melihat Hauraina sedang bersembang bersama Alisa dan Makjah.

Danish pergi ke ruang tamu bersama Alexander, Tengku Asyraf dan Xiong. Thomas sudah hilang bersama Xian.

"Makjah, buatkan air" arah Danish.

"Baik Tuan"

Hauraina memandang lelaki tua itu. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Ini...Orang yang dia terlanggar di Midvalley tadi dan mukanya sama seperti seseorang tetapi Hauraina tidak ingat siapa.

"Arrien, salam dia" arah Danish, dia memandang Hauraina yang sedang merenung wajah Alexander.

"Tak boleh, inai di tangan saya belum kering. Maaf ya, Tuan" Hauraina memandang Alexander. Senyum manis di berikan kepada lelaki tua itu.

"It's okay" balas Alexander. Hatinya rasa sakit apabila anak kandungnya itu memanggilnya dengan gelaran 'Tuan'.

Makjah datang membawa dulang yang berisi air teh dan sedikit kuih-muih. Cawan kaca di susun di atas meja kopi itu lalu dia memenuhkan cawan itu dengan air.

Usai menghidangkan minuman dan makanan, Makjah kembali duduk di sisi Hauraina. Bahu gadis itu di peluk manja.

"Nak jadi isteri orang dah kamu ni" Makjah mengusap belakang gadis itu. Gadis yang sudah di anggap sebagai anak kandungnya sendiri.

Hauraina tersenyum kecil, dia melentokkan kepalanya di bahu Makjah dengan manja. Entah kenapa hatinya rasa seperti sesuatu apabila melihat muka Alexander.

Melihat Hauraina yang sungguh manja dengan Makjah membuatkan hati Alexander sakit. Bukan kerana cemburu  tetapi kerana dia gagal menjadi seorang ayah. Kerana tindakannya yang bodoh dahulu, Hauraina tidak dapat merasa kasih sayangnya.

DANISH HAIZIQ |✓Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu