"Nak pergi mana tu? Show belum habis lagi. Takkan nak cabut lari kot?" sindir Neil Rayyan.

"Damn, dah-dah lah tu Code!"

Suara Henry kedengaran lagi.

"Jangan Code! Aku tak kisah pasal kau. Tapi pasal alat pendengaran tu, it takes a long time untuk aku siapkan benda tu. Jangan sesuka hati nak rosakkan."

Fiq mencelah. Neil Rayyan ketawa kecil.

Langkah Xander terhenti. Dia berpusing ke hadapan menghadap Neil Rayyan semula.

"You got my interest. Tapi bukan bermaksud aku puji dan suka kehadiran binatang perosak macam kau ni. Aku tak suka langsung. Kalau ikutkan hati aku ditempat ini juga kau akan hilang nyawa."

"Itu aku. Belum Hilman, atau belum lagi Rafael. Dan... tangan aku terlalu suci untuk dikotorkan,"

Xander sambung melangkah di susuli Hilman dari belakang. Sama-sama berotak bodoh. Ada otak tetapi letak dilutut.

"Ya Allah, Jamal! Kau tak apa-apa?" Eldric mahupun Qasyaf meluru ke arah Neil Rayyan yang kini terbaring di atas lantai. Jari berbentuk ok membalas pertanyaan itu.

Neil Rayyan gelak sendiri. Dengan lawak bodoh dari Fiq, di sertai bebelan dari Uncle Grey. Henry? Menyepi diri. Mungkin merajuk.

"Kau dah gila ke apa? Kau tahu tak dia orang tu siapa? Dan apa yang dia orang boleh buat dekat kau?" Eldric bimbang akan itu. Tahu mereka taklah rapat mana, setakat rakan sebilik. Tetapi melihat apa yang dilakukan oleh Xander terhadap Firdaus, tak mustahil akan berlaku ke atas Neil Rayyan juga.

"Aku tahu. Dan aku tak takut pun. Dia orang siapa untuk ditakutkan? Setakat manusia biasa yang berlagak kuat, Eldric." balas Neil Rayyan. Dia kembali bangun dan memerhati sekeliling.

Sudah kosong tanpa pelajar-pelajar yang hadir menyaksikan pertunjukkan itu tadi. Firdaus? Dia dibawa pergi oleh rakannya setelah dia berjaya melepaskan diri dari Xander.

"Mungkin kau tak tahu... peraturan kat sekolah ni. Highscore. Esok, genap tiga bulan. Aku tak tahu soalan apa lagi yang menanti aku atas kertas, tapi apa yang aku tahu... jangan cuba dapatkan markah tertinggi. Mimpi buruk kau akan bermula dari situ,"

Dalam diam Neil Rayyan sempat berfikir. Mungkin dia boleh berpura-pura bodoh dengan menjawab separuh dari soalan itu. Tetapi, kalau dia jadi salah seorang mangsa Highscore. Tiada lagi pelajar yang tidak bersalah menjadi mangsa kekerasan The Devil. Mereka akan tertumpu pada Neil Rayyan. Pada masa itu, bila dia dijadikan sebagai hamba Rafael. Dia akan mengambil peluang untuk mendekati Rafael dan menjadi rakannya. Amat mustahil. Tetapi itulah yang dirancangkan oleh Neil Rayyan sendiri sebelum masuk ke Miracle.

"Jamal? Kau dengar tak?" soal Eldric.

Neil Rayyan mengangguk. "Teruskan. Aku nak dengar lebih dari itu," Kaca mata dipakai semula. Dia menapak pergi bersama Eldric menuju ke kantin buat mengisi perut.



Loceng yang tergantung ditepi pintu berbunyi sebaik seseorang melangkah masuk ke dalam kedai. Daniel Irvan tersenyum sebaik melihat Fiq sedang leka mengemas meja.

"Encik nak pesan apa?" soal Fiq. Bila dia angkat kepala, Daniel Irvan menayangkan dua plastik putih yang berisi empat kotak pizza. Tanpa menunggu lama, Fiq terus memanggil Henry dan Uncle Grey.

"Aku kena gantung kerja," beritahu Daniel Irvan. Mukanya berubah hampa. Mungkin kerana itu dia datang ke sini, mana tahu kehadirannya itu dapat membantu.

Henry meneguk minuman keras di dalam tin. Kemudian, menghembus nafas penuh nikmat. Dia mengesat sisa arak ditepi bibir.

"Eh, orang tua ni... tak kena tempat kau nak mabuk," marah Fiq. Di antara mereka, Henry seorang saja yang bukan beragama Islam.

"Peduli. Aku nak raikan kepulangan Irvy."

"How long? RBI tak syak apa-apa pasal kau?" soal Uncle Grey.

Daniel Irvan menggeleng perlahan. Dia dan ketua pasukan digantung kerja selama seminggu. Itupun kalau pihak atasan sudah berikan kebenaran untuk bertugas semula. Kalau tidak, menunggu lagi lah jawabnya.

"Kira ok lah kau kena gantung kerja, tak adalah aku hari-hari badmood hadap perangai buruk customer. Lagi-lagi..."

"Makcik Juliana dengan geng dia sekali. Tak habis-habis tanya pasal kau. Bila kau nak balik? Kenapa bukan kau yang ambil order dia orang? Kenapa Fiq masam kan muka bila geng Makcik tua tu datang?" Dalam keadaan mabuk, sempat lagi Henry menyambung.

Fiq mengangguk, mengiyakan katanya.

Daniel Irvan menggaru kepala. Seketika berlalu, telefon mereka saling bergetar menandakan ada satu pesanan ringkas masuk ke dalam telefon. Fiq dan Irvan saling berpandangan. Pesanan itu dihantar oleh...

"Code."




𝐏𝐋𝐀𝐘 𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐀𝐌𝐄 [C]Where stories live. Discover now