Prolog

191 29 27
                                    

Are you playing games with me?




"Kenapa takut?" Xander tergelak sinis.

Siapa suruh pertahankan hamba kepada Rafael. Kan sudah kena? Beg sekolah Neil Rayyan sengaja dijatuhkan ke dalam perigi mati belakang sekolah. Neil Rayyan menggengam tangannya. Dia sudah tidak dapat bertahan. Setiap hari dia menghadapi perkara yang sama. Darwish dibelakang takut-takut melihat ke arah mereka bertiga.

Xander, Rafael, dan Hilman. Masih setia berdiri di hadapan mereka. Sekeliling sudah dipenuhi dengan sorakan dari pelajar-pelajar yang menyokong tindakan Rafael. Bagi mereka... perkara sebegitu sudah biasa dilalui. Tidak perlu berasa kasihan terhadap orang yang dibuli. Malah sudah menjadi kebiasaan bagi Rafael mengadakan permainan Highscore. Cikgu dan Pengetua? Mereka dibayar oleh Rafael. Erti kata lain mereka bekerja buat Rafael. Setiap tiga bulan peperiksaan bakal diadakan bagi menentukan siapakah yang mendapat markah tertinggi di antara mereka. Bagi yang sengaja lari dari menduduki peperiksaan dan sengaja mendapat markah tercorot. Mereka akan dihukum dan dipisahkan dari sekolah.

Tiada jalan keluar.

Ada satu masa mereka dipaksa melakonkan watak demi menunjukkan bahawa Miracle Highschool merupakan sebuah sekolah yang layak menerima pujian setinggi gunung. Dan itu... menarik minat pelajar lain untuk bersekolah di sekolah Miracle Highschool. Apa yang dipaparkan di media sekadar menutupi mata kasar sahaja.

Neil Rayyan maju ke hadapan. Setapak dan setapak. Kalau bukan kerana Neilya Rayna, mana mungkin dia mahu menerima tawaran itu.

"Jangan berani apa-apakan Darwish," tegas dia berkata. Rafael menggaru kening. Geli hatinya mendengar bicara dari Neil Rayyan.

"Jangan... Berani? Xander aku tak salah dengar bukan? Dia suruh aku jangan apa-apakan Darwish?" Rafael tergelak. Dia maju dan berdiri tepat di hadapan Neil Rayyan. Dahi Neil Rayyan ditunjal olehnya.

"Kau... kena sedar diri kau siapa. Kau kena tahu aku siapa. Dan apa yang aku boleh buat dekat kau."

Neil Rayyan mengangkat bahu. Dia tak terkesan langsung dengan ugutan dari Rafael.

"Oh... takutnya. Kau nak suruh aku buat apa? Duduk berdiam diri dan tengok kau jahanamkan orang lain?" balasnya sinis.

Rafael rasa tercabar. Tidak pernah dia menerima sindiran dari pelajar-pelajar yang memasuki Miracle Highschool kecuali Neil Rayyan.

Dia tidak takut padanya. Sedikit pun tidak berasa takut terhadap apa yang Rafael katakan.

Sorakan dari pelajar-pelajar yang melihat kejadian itu diam sepi bagaikan terkena renjatan elektrik. Mereka terkejut besar apabila seorang pelajar yang baru memasuki Miracle Highschool sudah berani menyuarakan haknya.

"Kenapa senyap? Takkan kau orang dah kecut telur? Hilang harga diri?" Xander bersuara. Dua kali lima dengan Rafael.

"Wooo..." Hilman bersorak.

Serentak dengan itu gumpalan bebola kertas dilontar ke arah Neil Rayyan dan Darwish tanda protes. Rafael mendepang kedua tangan. Berbangga dengan diri sendiri.

"See? Aku tak buat apa-apapun dia orang dah sokong aku. Dia orang tahu... budak macam Darwish ni layak untuk jadi hamba aku,"

"Layak? Mari lihat... siapa yang lebih layak." Cabar Neil Rayyan. Tidak mungkin dia berdiam diri dan menyaksikan kekejaman dilakukan secara berterusan terhadap pelajar-pelajar yang tidak bersalah.

"Game start."


















𝐏𝐋𝐀𝐘 𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐀𝐌𝐄 [C]Where stories live. Discover now