Part 12 - Amaran

341 37 4
                                    

Kereta Audi R8 itu membelok masuk ke pekarangan rumah. Enjin dimatikan dan dia melangkah menuju ke pintu rumah. Kemeja yang tidak dibutangkan dan lengan dilipat paras siku menyerlahkan lagi aura pada figura itu.

"Firhad!"

Dia menoleh. Wajah seseorang yang amat dikenali berada di hadapannya kini. Mata saling bertentang. Masing-masing dengan pandangan dendam yang tak berpenghujung.

Tepat sekali apa yang dikatakan Izreal. Tan Sri Haniff datang mencari Safeya di rumah mereka.

"Interesting" bisik Firhad perlahan. Cukup untuk didengari oleh telinganya saja.

"Tan Sri Haniff- opss silap.." Firhad sengaja menutup mulut sendiri. Berpura-pura tersasul.

"Papa buat apa kat sini? Jemputlah masuk dulu" sambungnya lagi. Sengaja dia menyebut panggilan itu. Mahu membakar hati yang sedang membara.

"Tak payah panggil aku dengan gelaran tu. Kau tak layak!" Wajah tua itu merah menahan marah. Ada kesan lebam-lebam di situ. Mungkin kerana baru lepas bergaduh. Ataupun lepas dipukul kerana hutang.

Firhad berdecit. Dah macam gitu rupa, nak sombong lagi.

"Sorry, papa. Saya kan dah jadi menantu papa. Takkan tak boleh nak panggil papa"

Perkataan papa itu ditekan kuat. Melihat jelingan tajam itu membuatkan Firhad senyum sinis.

"Okaylah. Kalau kau tak suka.. aku pun jijik nak gelarkan orang tua macam kau dengan panggilan tu. Kau nak apa datang sini?"

Dia memandang Tan Sri Haniff atas bawah. Pakaian yang kotor dan selipar tersarung pada tubuh itu. Tak pernah dia melihat lelaki itu selekeh seperti ini. Kalau tidak, kemeja dan suit sentiasa menjadi kebanggaannya. Berjalan megah dengan kasut hitam berkilat. Jauh sekali penampilan lelaki di hadapannya ini.

"Aku nak jumpa Safeya. Bukan kau. Mana dia? Panggil dia datang sini"

"Untuk apa? Sebab kekayaan kau dah hilang? Dah miskin? Or maybe sebab kau dah jatuh terus ke bumi?" Firhad menyindir tajam. Mesti Tan Sri Haniff fikir dia tak tahu semua itu. Padahal dia lah dalang sebenar.

"Kau diam! Aku nak jumpa anak aku!" Tan Sri Haniff membentak kasar. Perempuan itu satu-satunya harapan untuk dia peroleh wang. Harapkan kawan? Semua dah hilang sejak dia jatuh miskin.

"Dia isteri aku. Aku tak izinkan dia jumpa lelaki bangsat macam kau" kata Firhad tanpa rasa bersalah. Dia memandang Tan Sri Hanif tajam.

"Tak guna!"

"Apa? Salah ke yang aku cakap ni? Kau jijik. Lagi jijik dari binatang! Kau tahu sebab apa? Sebab kau syaitan yang tak layak untuk jadi seorang bapa, even seorang manusia sekalipun"

"Kurang ajar!" Tan Sri Haniff mula naik angin. Dia meluru ke arah Firhad yang masih tegak berdiri. Ingin dicekik lelaki itu sampai mati.

"Aku kenal siapa kau, Tan Sri Haniff. Luaran kau nampak macam lelaki budiman, itu ini. Sifat sebenar kau tu bersembunyi di sebalik pangkat yang kau ada. Tan Sri.. kononnya hebat sangatlah. Berpengaruh. Kalau belakang? Kau lagi hina dari binatang. Dasar syaitan!"

"Kau siapa nak cakap aku macam tu, hah? Kau tak kenal aku lagi. Aku boleh buat apa saja sampai kau tersungkur" kata Tan Sri Hanif dengan nada sombong. Masih tak sedar dia sudah tidak punya apa-apa lagi.

"Buatlah. Aku cabar kau! Buat!" Firhad menengking kuat. Makin membuak-buak api dendamnya melihat wajah yang berada tidak jauh dia hadapan.

"Kau hanya boleh bercakap je sekarang ni, Tan Sri. Kau dah tak ada kuasa. Pengaruh kau dah tak ada" balas Firhad bernada mengejek.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 20, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sebalik Kata CintaWhere stories live. Discover now