Part 2 - Kahwin

135 22 0
                                    

"Had yakin nak teruskan rancangan ni?"

Suara itu mematikan lamunan Firhad. Kepala menoleh belakang. Terlihat emaknya di atas kerusi roda sedang menghampiri.

"Demi adik, mak. Had nak dapatkan keadilan untuk arwah adik" 

Tubuh yang dulunya kuat, semakin lemah dimakan usia. Hanya kerusi roda sebagai penggerak untuk ke mana saja. 

Ya.. sejak peristiwa hitam yang terjadi pada arwah dulu. Beginilah keadaan mak. Sukar untuk terima hakikat pengakhiran hidup anaknya. Tapi apakan daya, itu semua sudah tertulis. Hanya mampu redha dengan ketentuan walaupun amat berat bagi mereka berdua.

"Mak tahu. Mak pun nak kematian adik terbela. Tapi, mak tak nak nanti hati Had yang terluka" 

Firhad senyum kosong. Kerana peristiwa itu juga dia berada di tahap ini. Rancangannya hampir berjaya. Deanna Safeya sudah berada dalam genggaman.

"Mak tak perlu risaukan Had. Hati Had tak ada pada dia" Firhad membalas ringkas. Mereka tiada rahsia. Cerita tentang hubungan dengan Safeya, semua Puan Fatimah tahu. 

"Macam mana pula dengan Fara? Dia boleh terima ke semua ni? Macam mana dengan hati perasaan dia?"

Senyap. Dia tiada jawapan. Dia tetap dengan keputusannya. Meskipun akan ada hati yang terluka.

•••••

Deanna Safeya resah. Panjang lehernya mencari kelibat pengantin lelaki. Majlis yang hanya dihadiri kenalan terdekat dan kaum ternama. Perkahwinan berkonsepkan ringkas dan mewah itu diadakan secara tertutup.

Mata meliar lagi. Tiada seorang pun kenalan Firhad berada di situ. Termasuk ahli keluarganya. Firhad ada memberitahu, emaknya tak dapat datang atas sebab tertentu. Tak pula dia tanya lebih. Tapi, itu hanya seorang. Mana yang lain?

Safeya cuba sedapkan hati. Orang ramai mula berbisik. Nuha, sebagai pengapit kembali semula. Kepala digeleng dengan kehampaan di wajah. Menandakan pengantin lelaki tidak dapat dihubungi. 

Dia lihat Tan Sri Haniff bangun dari duduk. Riak wajah itu kelihatan sedang menahan marah. Namun lelaki itu bijak mengawal reaksi muka. Safeya yang berbusana putih itu dihampiri. Sejurus itu, lengannya dicengkam kasar. Seakan memberi amaran.

"Mana lelaki tu? Ramai tetamu ni. Malu aku macam ni, tahu tak!" 

Keras suara itu kedengaran di telinga. Mungkin tak mahu orang sekeliling dengar.

Safeya menahan sakit. Dia sendiri tak tahu di mana Firhad berada. Sudah hampir sejam mereka menunggu, tetapi pihak pengantin lelaki masih belum tiba. 

"Sebab itulah aku tak bagi kau kahwin dengan orang sebarangan. Kau tengok apa dah jadi!" Bentak Tan Sri Haniff perlahan. 

Dia di sini pun kerana terpaksa. Kalau tak, tak ingin dia jejakkan kaki ke situ. 

"Maaf saya lambat" 

Suara dari pintu membuatkan semua menoleh. Lelaki itu lengkap berbaju melayu putih. Disertakan dengan songkok di atas kepala, menambahkan lagi aura pengantin baru.

Mata Safeya dan Firhad bersatu. Terbit senyuman lega di bibir Safeya. Ternyata lelaki itu tidak mungkir janji. Terbang segala resah dan gelisahnya tadi. Firhad nampak lain sangat hari ini. Lebih kacak dan kemas.

Pandangan Firhad beralih pula pada lelaki di sisi Safeya. Riaknya langsung berubah. Lama matanya di situ. Ini kali pertama dia melihat lelaki itu di depan mata. Masih sama. Tak ada beza dengan di dalam akhbar.

'Tan Sri Haniff...'

Nama itu meniti dalam hati. 

"Pengantin lelaki pun dah sampai. Jadi, rasanya kita dh boleh mulakan majlis"

Firhad bergerak mengambil tempat di kerusi yang tersedia. Majlis dimula dengan alunan zikir. Safeya yang berada atas pelamin, dia kerling lagi.

Tan Sri Haniff menghulurkan tangan. Sebagai wali kepada Deanna Safeya. Firhad diam. Pandangan tajam menikam anak mata Tan Sri Haniff. Lama dia membiarkan huluran tangan lelaki itu. 

Tan Sri Haniff menjeling Safeya sebelum membalas panahan tajam lelaki di hadapannya. Entah dari mana dikutipnya buat laki.

Tingkah laku lelaki itu membuatkan dia berasa aneh. Perilaku lelaki itu ketara sekali. Seperti ada yang tak kena.

Lama-lama, huluran disambut. Pandangan tadi masih sama. Tajam seperti helang.

"Aku nikahkan kau Firhad Mifzal bin Mukmin dengan Deanna Safeya binti Haniff Zainal dengan mas kahwin 10 dinar emas tunai"

"Aku terima nikah Deanna Safeya binti Haniff Zainal dengan mas kahwin 10 dinar emas tunai"

Sebaik saja ijab dan kabul diucap, mereka sah menjadi pasangan yang sah. Akhirnya, apa yang diimpikan sudah tercapai. Deanna Safeya sepenuhnya menjadi miliknya. Permulaan bagi kehancuran hidup gadis itu.

•••••

Deanna Safeya menunggu bersama debaran di dada. Tarik nafas, hembus. Tenang.. jangan tunjuk sangat excited kau tu. Wangian disembur ke seluruh tubuh. Tak cukup dengan itu, losyen disapu pada permukaan kulit. Maklumlah, malam pertama.

Cincin berlian di jari manis dibelek dengan senyuman. Tak sangka dia sudah menjadi hak seseorang. 

Kedengaran pintu terkuak. Muncul Firhad Mifzal di muka pintu. Wajah itu langsung tiada senyuman. Memandang Safeya sekejap sebelum berlalu ke bilik air. Tiada kata yang keluar dari bibirnya. 

Safeya menyelit rambut ke belakang telinga. Dia ada buat salah ke? Rasanya ketika sesi bergambar tadi mereka masih tersenyum bahagia. Kenapa pula Firhad tiba-tiba menjadi dingin?

Tak lama kemudian, Firhad keluar dengan lengkap berpakaian. Rambut hitam itu masih basah. Safeya angkat muka. Sekali lagi dia berdebar. Cair melihat suami yang baru dia nikahi tadi. 

"Firhad.. mata awak dah okay? Sebab saya tengok awak dah tak pakai spek" Soal Safeya. Cuba menarik minat suaminya untuk berbicara. 

Dari tadi dia lihat Firhad. Bukannya tak suka, cuma dia rasa janggal. Wajah itu ketara sekali tanpa kaca mata. Rasa seperti berkahwin dengan orang lain. Bukan Firhad Mifzal yang dia kenal.

"You means this spectacle?" Cermin mata itu diambil.

Safeya angguk.

"I don't need it" cermin itu dipatahkan kepada dua. Kemudian, dia melempar semula ke tempat asal. Wajah Safeya berubah riak. Dia senyum sinis. Ini baru permulaan untuk segalanya.

Tanpa kata, Firhad berlalu ke katil. Tubuh dibaringkan di situ. Menghadap arah lain. Mata dipejam rapat. Wangian Safeya menusuk hidung membuatkan jiwanya bergetar. 

"Firhad.."

Sentuhan di belakang badan membuatkan tercelik semula. Dia tahu Safeya di situ.

"Don't touch me, Safeya. I wanna sleep" kata Firhad dingin. 

"Sorry"

Safeya menarik tangannya semula. Entah mengapa hatinya remuk. Bagai disiat dengan belati tajam.

"Jijik"

Ungkapan itu dapat didengari oleh Safeya. Dia terpempan seketika. Mungkin dia salah dengar. Hatinya sedikit terasa dengan perubahan lelaki itu. Ini bukan Firhad Mifzal yang dia kenal. 

•••••

Sebalik Kata CintaWhere stories live. Discover now