Part 11 - Hancur

202 21 0
                                    

Bunyi deringan telefon membuatkan Firhad Mifzal berhenti menaip seketika. Nama yang tertera itu dipandang sekilas. Lalu dicapai dan ditekap ke telinga. 

"Kau nak apa, gila?" Soal Firhad kasar. Tak berminat untuk berbasa-basi dengan lelaki itu.

"Bro.. relax boleh? Macam lepas telan tebuan ni kenapa?" suara Izreal kedengaran di hujung talian. 

Firhad menjuling mata ke atas. Izreal kalau tak perli memang tak sah.

"Cakap je lah kau nak apa" kata Firhad. Dia tak suka orang yang berkias. Kalau nak cakap, cakap je terus. Tak perlu nak belok sana sini. 

"Tan Sri Haniff dah hancur" sebaris ayat itu terungkap di corong telefon. Apa yang dia sampaikan ini betul-betul membuatkan dia puas. Dia telah berjaya membuatkan lelaki bernama Tan Sri Haniff jatuh menyembah bumi. 

"Kau bunuh dia ke?" Nadanya beku. Wajahnya tidak beriak. Tajam memandang ke hadapan.

Kejamkah dia? Sanggup dia buat begitu pada bapa mertua sendiri. Semestinya tidak. Dia tak pernah anggap lelaki itu sebagai bapa mertua. Walau sebagai keluarga sekali pun. Apa yang lelaki itu buat pada adiknya dulu, lebih kejam dari apa yang dia lakukan sekarang.

"Not that fast. Yang pasti dia dah jatuh terus ke tanah. Dia dah diisytihar muflis. Pangkat dia tu dah tak ada guna. Gone! He's nothing now" Izreal ketawa puas. 

Firhad tersenyum sinis. Rancangannya hampir berjaya. Tak sangka semudah ini untuk jatuhkan Tan Sri Haniff. Mungkin juga kerana berkat Izreal yang kaya raya itu. Upah orang itu, upah orang ini. Settle!

Betul lah kata orang, dengan duit manusia boleh berkuasa. Dengan duit juga, manusia boleh jatuh bila-bila masa.

"Dia ada mana sekarang? Rumah orang tua? Atau hospital gila?" Firhad menyoal senada. Ruang pejabat itu dipandang lama. Salah satu 'harta rampasan' yang dia berjaya miliki.

Izreal ketawa kuat.

"Rumah orang tua? Ada ke orang nak jaga manusia sombong macam Tan Sri Haniff tu hah?" Izreal masih dengan sisa tawanya. 

"Mana lah tahu. Ada yang sanggup hadap perangai jijik dia" kata Firhad selamba. 

"Yang aku tahu sekarang ni dia dah tak ada tempat tinggal. Rumah dah kena lelong. Kau rasa mana lagi dia boleh pergi? So, maybe tepi jalan atau bawah jambatan. Paling tak pun, dia akan pergi cari Safeya nanti" suara Izreal bertukar serius. 

Firhad diam. Wajah isterinya bermain di fikiran. Namun, cepat-cepat dia hapuskan rasa itu. Jika dibiar, makin merebak ke dasar hati. Cuma sekarang, dia akan pastikan Safeya ikut setiap telunjuknya. Dia perlu kuasai gadis itu. Dia tahu hanya Safeya satu-satunya tempat Tan Sri Hanif meraih simpati. Kerana semua harta keluarga telah jatuh pada gadis itu. 

"Now, it's your turn. Ikut kau la nak buat apa kat orang tua tu. Safeya pun dah ada dalam genggaman kau. Go on dengan rancangan seterusnya. Goodluck!" 

Talian dimatikan. Rancangan seterusnya ialah Safeya. Dia akan buat hidup mereka dua beranak hancur sehancurnya. Dia masih ingat setiap hinaan dan makian terhadap arwah Fariha dulu. Dari mulut Safeya sendiri. Betapa rendahnya maruah adiknya dipijak. Betapa beratnya tuduhan Safeya pada masa itu.

Namun, dia hanya mampu menelan kata-kata itu. Hanya Allah saja yang tahu betapa sakitnya jiwa ini. Dendam yang membuak-buak dengan api kemarahan. Kini dia akan pastikan bibir itu terkunci dengan kebenaran yang akan terungkap tak lama lagi.

•••••

Bebola mata memerhati segenap ruang mewah yang menjadi idamannya dan Firhad suatu ketika dahulu. Rumah yang diharap akan menjadi syurga, berubah serta merta menjadi tempat paling derita buat gadis bernama Deanna Safeya. 

Pandangan mata teralih pada gambar perkahwinan yang megah menghiasi meja di sisi katil. Bingkai gambar itu dicapai. Wajah yang sedang tersenyum bahagia itu, dia sentuh dengan jemari runcing.

"Saya rindu awak, Firhad" ujarnya perlahan. Dia rindu Firhad yang itu, bukan yang sekarang ini.

Tak pernah terbayang begini nasibnya. Hatinya hancur berkecai. Dibaling, dilempar dan dipijak sehingga tiada lagi cara untuk mengubati luka itu kembali. Sekuat mana dia cuba memadam perasaan ini, nama lelaki itu masih keka utuh di situ. Satu tempat yang paling dalam. 

Firhad Mifzal. Nama yang sentiasa dia sebut dalam doa. Tak kira solat istikharah, solat sunat, solat fardhu, nama itu saja yang terucap di bibir. Lelaki yang sama sentiasa mengingatkan untuk dia berubah. Sehingga dia jadi seperti hari ini. Sungguh dia tidak mampu membuang nama itu.

Namun, lelaki itu juga yang membuatkannya serapuh ini. Seseorang yang amat dia cintai telah berubah menjadi syaitan durjana. Walaupun Firhad tak pernah naik tangan, tetapi perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu amat menyiat jiwa. Dia fikir dia sudah mengenali lelaki itu. Rupanya dia salah. Itu cuma topeng semata-mata.

Air mata mengalir tanpa dipinta. Pantas jari itu menyeka pipi. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Cuba menenangkan hati yang berkecamuk.

Langkah diatur menuju ke bilik air. Salah satu cara yang dia lakukan bila perasaan itu datang menerpa. Lengan baju disenteng hingga paras siku. Air yang sejuk itu membuatkan jiwanya tenang seketika. Dengan ungkapan bismillah, air wuduk dialirkan ke wajah dan seterusnya ke seluruh tubuh. 

•••••


Sebalik Kata CintaWhere stories live. Discover now