Part 10 - Mimpi

227 33 5
                                    

Firhad melangkah masuk dalam rumah. Setelah seharian dia di pejabat, ini masanya untuk dia berehat di rumah.

Mata tertoleh pada Safeya yang sedang menonton televisyen. Keadaan rumah berselerakan, menambahkan serabut di otak. Rambut kusut dan wajah comot itu menampakkan betapa selekehnya Deanna Safeya ketika ini.

Seketika kemudian, baru dia perasan akan sesuatu. Baju tu macam kenal.

Firhad mengetap bibir. Mata dikecilkan memandang Safeya. Baju jersi dan seluar pendek kepunyaannya berada pada tubuh itu. Kolar pada bahu agak jatuh, memandangkan saiz tubuhnya yang lebih besar dan lebar.

"Kenapa kau pakai baju aku?"

Safeya mengerling sekilas sebelum menumpukan semula perhatian pada skrin. Dia tahu akan tercetusnya pergaduhan kalau dia buka mulut.

"Dah habis baju dalam rumah ni sampai aku punya pun kau nak pakai?"

Safeya mendengus kuat. Bising betul mamat ni. Butang merah ditekan sebelum skrin menjadi gelap. Dia bangun dari duduk. Wajah Firhad dijeling sambil menarik semula kolar yang jatuh di bahu. Sengaja. 

Safeya mendaki anak tangga. Bilik tidur dituju. Dia tak mahu bertemu dengan lelaki itu. Lelaki yang telah menghiris luka di hati hingga berdarah.

"Aku cakap dengan kau, Safeya!"

Tiba-tiba pergelangannya direntap kasar dari belakang. Pautan yang kuat mencengkam lengan membuatkan Safeya berdecit sakit. Semakin dia meronta semakin kukuh genggaman tangan sasa itu.

"Sakitlah!"

"Kau memang tak reti hormat suami kan?" Merah wajahnya ketika ini. Safeya memang sengaja mahu membakar bara di hati.

"Hormat? Lelaki macam kau ni tak layak untuk perkataan tu" balas Safeya senada.

"So, kau nak aku buat apa?"

"Ceraikan aku"

Firhad tersentak. Tak pernah perkataan itu terlintas di benak fikiran. Walau sebenci mana pun pada gadis itu, tak akan pernah dia lepaskan Safeya pergi.

"Kalau kau berani, ceraikan aku sekarang" ulang Safeya lagi. 

Tak semena-mena lengannya ditarik kuat sehingga wajah tersembam pada dada Firhad. Nafas lelaki itu berombak kencang. Mungkin menahan marah yang meluap-luap. 

"Aku tak akan lepaskan kau sampai bila-bila, Deanna Safeya. Kau milik aku. Kau hak aku sampai mati!" Keras suaranya berbisik. Memberi amaran supaya Safeya tidak menyebut perkataan itu lagi.

"Aku belum puas lagi nak bermain dengan kau. Aku nak kau terseksa macam mana dia buat pada adik aku dulu. Aku nak kau menderita"

Bicara itu membuatkan api kemarahan Safeya menjulang tinggi. Dia asyik fikir dua punya dendam. Habis aku punya benci ni macam mana.

"Kau asyik cakap kau menderita dan kau terseksa. Kau nak balas dendam untuk adik kau! Apa yang dia kena hadap sangat? Diseksa? Dihina? Aku dah cukup sakit dengan semua dendam ni!" Suara Safeya menengking kuat. 

Itu saja yang selalu diulang-ulang tanpa dia tahu hakikat sebenar. Dia dihukum tanpa dia sendiri tahu sebabnya. Apa yang membuatkan Firhad begitu berdendam sehingga dia yang menjadi mangsa lelaki itu?

"Kau nak tahu sangat apa dia buat? Aku risau kau tak mampu bangun berdiri bila kebenaran terbongkar"

Tubuh Safeya dibanting dan dibawa ke katil. Tempat sama yang membuatkan dia trauma. Safeya mula panik. Takut kejadian itu berulang lagi. Kaki menendang tubuh Firhad berkali-kali. Dia mahu lari dari situ. Namun, kakinya ditarik semula dan dikunci rapat.

"Sini aku tunjukkan apa yang dia buat pada adik aku"

Bayangan adiknya terbayang depan mata. Bagaimana teruknya wajah itu dipukul. Bibir pecah berdarah. Serta lebam di serata tubuh. Semua itu masih jelas di ruang mata.

Firhad mengangkat tangan tinggi. Di saat pukulan dilayangkan, tangannya terhenti. Tumbukan disasarkan pada tilam. Betul-betul di sebelah wajah Safeya.

"Kau tahu tak sakitnya aku hidup selama ni. Peritnya bila kebahagiaan aku diragut sekelip mata. Dan aku tak mampu melawan sebab aku tak ada apa-apa!"

Tiba-tiba terdengar suara esakan. Bahu lelaki itu terhingut menahan rasa sebak yang menguasai diri.

Safeya membisu tanpa suara. Hanya air mata membasahi wajah itu. Safeya merenung sedalamnya wajah Firhad. Dia cuba membaca apa yang tersirat di balik wajah itu. Seperti ada penderitaan yang tak tertanggung dan terpendam dlama di sudut hati.

"Aku miskin Safeya! Nasib adik aku macam tu sebab keluarga aku miskin!" Jerkah Firhad kuat bersama linangan air mata. 

"Kenapa dia buat adik aku macam tu, Safeya! Kenapa?! Apa salah adik aku!" 

Titisan air itu jatuh lagi. Terhinjut badannya menahan esak yang mencengkam dada. Ini kali pertama dia menangis di hadapan Safeya. Jiwa lelakinya benar-benar terseksa. Hatinya dirobek kejam. Oleh dendam yang semakin kelam.

•••••


"Abang.. kenapa buat kakak macam tu?"

Suara itu bergema di segenap ruang. Firhad menoleh kiri dan kanan. Mencari dari mana ia datang. Dia kenal suara itu. Suara yang amat dia rindu ketika ini.

"Adik!" Firhad menjerit kuat. Berharap supaya adiknya turut mendengar panggilan itu. 

Kaki berlari laju. Ruang gelap itu membataskan penglihatannya. Dia tak nampak apa-apa di situ. Semuanya kosong.

Selang beberapa saat, kedengaran suara itu menjerit minta tolong. Dan merayu supaya dilepaskan dengan esak tangis. Semua itu bergabung menjadi satu. 

"Abang jahat! Abang sama je macam lelaki tu. Pergi! Adik tak nak tengok muka abang lagi! Pergi!" 

Firhad menggeleng kepala. Bibirnya bagai digam rapat. Hanya mampu menghamburkan tangisan di situ. 

Bayangan tadi hilang di ruang mata. Tiada lagi ruang gelap. Lalu diganti dengan hiasan siling bilik tidur. Nafasnya tak teratur. Liur ditelan berkali-kali. Mimpi rupanya.

Mata meliar melihat sekeliling. Safeya tiada di situ. Mungkin sudah hilang di dalam bilik air.

•••••

Sebalik Kata CintaWo Geschichten leben. Entdecke jetzt