Part 5 - Tamparan

200 25 0
                                    

Sebuah tamparan kuat hinggap di pipi. Deanna Safeya menyentuh perlahan tempat yang terasa pedih itu. Air mata sudah bertakung menunggu masa untuk jatuh.  

"Kau ni memang anak tak guna!" Tempik Tan Sri Haniff. 

"Papa.. ini salah faham" kata Safeya. Ada getaran pada nada itu. Penat-penat dia balik dari pejabat, ingatkan sampai rumah boleh rehatkan jiwa. Rupanya makan penampar dulu.

"Kalau tak pandai, cakap je. Aku boleh uruskan sendiri. Kau bodoh ke biarkan company kita diambil alih oleh orang luar?" Sekali lagi makian berhambur keluar.

Dia tahu Safeya pemegang saham terbesar dalam syarikat itu. Bahagiannya hanya sedikit. Pemilik sebenar syarikat itu adalah Safeya. Dia bodoh. Dia biarkan saja Safeya ambil alih syarikat. Sepatutnya dibunuh saja perempuan itu. Biar dia bolot semua harta yang ada.

"Orang luar tu suami Feya" Gadis itu tetap melawan. Tetap menangkan suami yang sudah memperbodohkan dirinya.

"Yes but I'll never accept him. I don't want him in my family. Dia kahwin dengan kau semata-mata harta je"

Air mata mengalir. Betul apa yang papa cakap. Dia kahwin dengan Safeya semata-mata kerana harta. Bukan itu sahaja, ada dendam yang belum tertunai.

Tan Sri Haniff tak boleh tahu tentang apa yang berlaku dalam rumah tangganya. Dan tentang tujuan sebenar Firhad mengahwininya. Nanti Safeya juga yang terima hamburan dan makian dari lelaki itu. Lebih baik dia diamkan saja.

"Safeya minta maaf.." 

"Stop. I don't wanna hear it anymore"

Baru tadi dia dapat berita syarikat perniagaan milik keluarganya diambil alih oleh orang luar. Dan orang itu ialah suami Deanna Safeya. Lelaki yang tak pernah dia tahu kewujudannya sebelum ini.

Wajah itu terbayang di fikiran. Entah mengapa dia rasa seperti pernah melihat lelaki itu. Terlalu familiar di matanya.

Argh! Lantak lah siapa pun dia. Dia tak peduli. Yang penting sekarang ini ialah syarikatnya itu.

•••••

"Kenapa pipi kau tu?" Tegur Firhad dengan nada suara mendatar. Dia memandang pipi Safeya yang sedikit membengkak. 

Bukannya dia tak tahu, Tan Sri Haniff ada datang ke sini ketika dia sedang mandi tadi. Dia melihat kereta Mercedes itu berlalu pergi meninggalkan pekarangan rumah. Dan kesan merah di pipi Safeya juga adalah gara-gara lelaki itu.

Jijik Safeya melihat wajah itu. Teringat dia kejadian semalam. Cumbuan kasar Firhad masih melekat di fikiran.

"Sejak bila kau risaukan aku?" Terkeluar soalan itu dari bibirnya. Spontan. Tak sempat mahu berfikir.

"Aku risaukan kau? Huh! Aku lagi risau kalau kau mati je. Aku tak puas lagi nak tengok penderitaan kau"

Seperti yang Safeya sudah jangka, ayat memedihkan hati juga yang keluar dari mulut itu. Jangan mimpi la Safeya. Dia tak akan pernah risau tentang diri kau. Sebab dia hanya nak tengok kau menderita dan terseksa!

"Jasad aku memang belum mati. Tapi, perasaan dan jiwa aku dah lama mati untuk kau!"

Firhad bangun lalu berdiri di hadapan Safeya. Menghalang laluan gadis itu untuk bergerak.

"Tepilah Firhad. Aku penat" kata Safeya malas. Sungguh dia tiada tenaga sekarang ini. Dia mahu naik berehat.

"Sabarlah. Aku tak puas lagi nak gaduh dengan kau" Firhad berpeluk tubuh. Gadis berambut panjang itu direnung. Lama.

"Tapi aku tak nak. Tengok muka kau lagi buat aku benci"

Habis Safeya berkata, lengannya ditarik hingga wajah mereka hampir bertemu. Terpana Safeya seketika. Anak mata hitam itu merenung tepat hingga menusuk hingga dasar hati. Semakin membuatkan debaran di dadanya berkocak kencang.

"Betul ke? Setahu aku, aku lelaki pertama yang kau jatuh cinta" lembut nada bicara itu menuturkan kata.

"Jadi, aku nak tengok, betul ke cinta tu dah mati" sambungnya lagi.

"Lepaslah, Firhad!"

Safeya meronta. Namun, pegangan erat Firhad membuatkan dia sukar melepaskan diri.

"Tatap mata aku, Safeya" suara mendayu itu seakan memujuknya. 

Safeya mendongak. Menatap anak mata hitam yang hanya beberapa inci jaraknya. Sekali lagi, degupan jantungnya berlari pantas. Semakin laju apabila wajah itu makin dekat.

"Kau cakap kau bencikan aku, tapi kenapa hati kau berdebar?" Bisikan Firhad sekali lagi menggetarkan jiwanya.

Sebab hati ni milik kau, Firhad! Milik kau seorang! Safeya hanya mampu menjerit dalam hati. 

Jarak semakin dekat. Tiba-tiba kepalanya ditunjal kasar. Diiringi dengan ledakan tawa yang kuat. 

"Berangan lah sampai mampus!" Seronok mempermainkan gadis itu. 

"Simpan dalam kepala otak kau dan hadam baik-baik. Aku tak akan pernah jatuh cinta pada kau sampai bila-bila!"

Safeya mengetap bibir. Merah wajah gadis itu menahan malu. Rasa sebak cuba dikawal sebaik mungkin. Sakit dadanya menahan perit yang teramat. Dia perlu sedar, dia hanyalah mangsa dendam lelaki itu. Dendam yang tak pernah lelaki itu ceritakan.

Bodoh! Bodoh! Bodoh!

Safeya menyumpah seranah dalam hati. Begitu lemahnya hati ini saat tatkala suara itu membuai. Betapa hati ini rindukan Firhad Mifzal yang dulu. 

Tanpa mempedulikan Firhad, Safeya melangkah pergi. Sambil membisikkan kepada hati untuk tidak menyebut nama itu lagi.

•••••

Sebalik Kata CintaWhere stories live. Discover now