Part 7 - Paksaan

238 25 0
                                    

Bathrobe diikat rapat pada tubuh. Nasib baik ada benda alah ni dalam bilik air tadi. Kalau tak, terpaksa lah ulang pakai baju tadi semula. 

Macam mana dia boleh lupa untuk ambil baju dari beg. Safeya memarahi diri sendiri. Cuai sangat. Padahal tadi dah ingat sebelum mandi.

Safeya melangkah keluar dari bilik mandi. Tanpa dia sangka, Firhad turut berada di situ. Mata mereka bertamu seketika sebelum Safeya melarikan pandangan ke arah lain.

Dia cuba beriak biasa walaupun hati sudah berasa lain. Apatah lagi bila berdua bersama lelaki itu di dalam sebuah bilik.

Ya, sekarang dia di bilik utama. Merangkap bilik tidur mereka berdua. Pada mulanya dia mahu selinap masuk bilik lain. Tetapi, hampa. Setiap pintu dikunci. Termasuk bilik tamu.

Tanpa mempedulikan Firhad, Safeya terus berlalu ke ruang pakaian. Bagasi miliknya dicari. Tak kan beg besar macam tu boleh hilang. Safeya mendengus geram.

"Mana kau letak beg aku tadi?" Suara Safeya kuat kedengaran. Tajam matanya memandang Firhad yang asyik membelek sesuatu di tangan.

Seketika kemudian, tubuh Safeya rasa kaku. Dia lihat tangan itu sedang memegang dress merah bertali halus. Baju ketika zaman silamnya dulu. Beberapa helaian turut berselerakan di lantai.

Firhad menoleh. Memandang tepat pada gadis itu. Dress di tangan dilempar kasar pada Safeya.

"Nah! Baju kau!" 

"Aku nak beg aku. Bukan yang ni" Safeya kembali melawan. Entah dari mana Firhad dapat baju ini semua. Setahunya, dia sudah simpan dalam stor.

"Kenapa? Malu? Dulu kau tayang depan lelaki lain, tak malu pulak? Sekarang depan suami sendiri, nak bertutup bagai" pedas ayat itu dilontarkan. Langsung tidak peduli perasaan si isteri.

"Dan satu lagi aku nak tanya…, kau tahu ni benda apa?" Soal Firhad bersama wajah beku. Beberapa papan ubat ditunjukkan di hadapan Safeya. Ada beberapa ruang sudah kosong.

Safeya tergamam. Lidah yang sentiasa melawan bagai digam rapat. Dia tak tahu apa yang perlu dijawab. Itu bukan miliknya.

"Mana kau jumpa?" Suaranya cuba dikawal meskipun jantung sudah mengepam laju. Apatah lagi melihat wajah sinis Firhad.

"Dalam poket dress kau" 

Safeya terdiam.

"Tak sangka selama ni aku hidup dengan pelacur"

Pedih! Hati Safeya bagai ditikam. Disiat-siat hingga berdarah. Tuduhan berat yang dilontarkan oleh seorang suami. Apatah lagi melihat pandangan jijik Firhad padanya. Terasa dirinya terlalu hina dengan panggilan itu. 

"Itu bukan aku punya. Aku tak pernah sentuh benda tu" Safeya cuba mempertahankan diri. Menggigil tubuhnya ketika ini. Menahan marah yang teramat. Bercampur dengan rasa pedih dan perit di hati.

Dia tahu itu pil perangsang. Ramai yang pernah berikan padanya ketika di pub. Tapi, dia tak bodoh nak telan ubat itu sebarangan.

"Aku tak bodoh, Safeya. Pil ni kau guna untuk layan jantan, kan? Kau ingat aku akan percaya cakap kau? Kau dengan papa kau tu sama je! Guna cara kotor untuk puaskan nafsu sendiri! Kau manusia paling jijik aku pernah jumpa!" 

Berapi telinga Safeya mendengar. Tangan mengenggam erat bathrobe di tubuh.

"Jaga mulut kau! Aku tak pernah buat benda terkutuk tu" Suaranya naik satu oktaf. Dadanya berombak membadai jiwa.

Meskipun hidupnya terlalu sosial, tapi dia tak seteruk itu. Tak pernah lagi dia mabuk sampai ke tempat tidur. Dia masih ada maruah yang dijaga dengan rapi.

"Setiap malam kau kat pub, kau buat apa selain layan jantan?! Dah berapa ramai lelaki tebuk kau sebelum ni"

Pang!

Keadaan semakin tegang. Firhad dengan dendam lama. Dan Safeya dengan kisah silamnya.

"Lelaki dayus! Kau tuduh aku macam aku tak ada maruah!" Turun naik nafas menahan rasa amarah yang menggunung. Firhad sudah melampau. Dia tak semurah itu. Dia masih ada maruah!

"Berani kau tampar aku dengan tangan kotor tu" keras nadanya. Firhad menyentuh hujung bibir. Wajah dipanggung. Raut kacak itu sudah bertukar menjadi bengis. 

Selangkah demi selangkah Firhad mendekati Safeya yang turut sama mengundur menjauhi lelaki itu.

"Jangan dekat dengan aku. A-- aku jerit nanti"

"Jeritlah! Jerit kuat-kuat, sayang. Aku suka dengar jeritan kau"

Safeya melangkah setapak ke belakang sebelum berlari menuju ke pintu bilik. Wajah Firhad terlalu menakutkan. Dia  ingin pergi dari situ. Ruang yang begitu luas itu terasa amat menyesakkan jiwa.

Di saat pintu terbuka luas, terasa badannya di awang-awangan. Lengan sasa milik Firhad elok melingkari pinggangnya. Safeya dibawa ke katil lalu dihempas di situ. Tanpa menunggu lama, tubuhnya dihempap oleh lelaki yang bagaikan harimau kelaparan.

"Cuba nak lari keluar? Kau lupa yang kita berdua je ada dalam rumah ni. Rumah yang kau idamkan sangat untuk hidup dengan aku"

"Lepaskan aku, Firhad! Aku benci kau!" Jerit Safeya. Dia tidak berdaya hendak melawan. Sedaya upaya dia meronta untuk menyelamatkan diri.

"Sekarang ni, layan aku macam mana kau layan jantan kat luar sana"

"No.. jangan buat aku macam ni, Firhad! Lepaskan aku.."

Firhad menanggalkan t shirt di tubuh sambil memandang Safeya yang meronta. Wajahnya beku. Sikapnya dingin. Tangan yang memukul dada bidangnya ditelentangkan kasar. 

"Lepaskan aku. Tolong.. aku merayu lepaskan aku" kata Safeya lirih. Dengan harapan supaya Firhad tersentuh pada pujuk rayunya.

"Kau kan dah biasa. Apalah sangat nak penuhi nafsu suami kau ni" Firhad sengih sinis.

Dia merenung wajah Safeya dengan pandangan mengoda. Liur ditelan sedikit. Melayan gelora nafsu yang menjadi-jadi.  Bau wangian dari tubuh isterinya merancakkan lagi gelora hati.

"Tolong Firhad. Aku merayu, bukan keadaan cerah macam ni" Rentak jantung semakin laju. Apatah lagi melihat Firhad langsung tidak mengendahkannya.

Dia dapat lihat dengan jelas wajah Firhad. Bilik yang terang benderang dengan cahaya lampu itu menambahkan ketakutan dalam diri.

Air mata mula bergenang di mata sebelum jatuh. Maruahnya sebagai seorang isteri tidak dipedulikan, malah dipijak hingga hancur. Telunjuk Firhad diletakkan pada bibirnya. Sebelum diusap lembut.

"Shhh.. I want to see your face"

Lelaki itu semakin dekat. Safeya dicumbu kasar. Tiada langsung belas kasihan. Lenggok tubuh Safeya membuatkan dia tak keruan. 

Malam itu menjadi detik yang tak akan dilupakan. Dendam yang dia simpan. Rasa sakit yang dia pendam. Dengan cara yang sama, penderitaan yang dialami si adik, akhirnya terbalas jua. 

•••••

Tubuh yang sedang terbaring itu dipandang. Hanya belakang badan kelihatan. Penuh tanda merah di situ. 

Firhad mengetap bibir. Dia silap. Apa yang berlaku malam tadi membuatkan dia tersedar sesuatu. Dia adalah lelaki pertama menyentuh Safeya. Selama ini, gadis itu masih suci. 

Mata terpejam rapat. Bayangan si adik menerjah fikiran. Terbit satu perasaan aneh di dasar hati. Cepat-cepat dia hapuskan. Perasaan yang makin hari makin menjentik tangkai hati.

Firhad bangun. Membawa diri ke bilik air. Dia perlu buang perasaan ini. Demi dendam buat si adik. Dia akan pastikan Safeya turut merasai penderitaannya.

•••••

Sebalik Kata CintaWhere stories live. Discover now