Part 4 - Sentuh

203 21 0
                                    

"Bro! Lama tak nampak"

Penumbuk mereka berlaga. Terbit senyuman di bibir masing-masing. Baru sekarang mereka dapat bertemu selepas majlis perkahwinannya. Lelaki itu terlalu sibuk menguruskan trail kuda yang satu ini. 

Mereka berdua menapak ke kerusi yang disediakan. Sambil ditemani pemandangan indah kawanan kuda di situ.

"Kau sejak kahwin langsung tak nampak muka. Mentang-mentang dah dapat si Safeya tu, senang je lupakan aku kan" Izreal sengaja mengusik.

Siapa je tak kenal Deanna Safeya, perempuan paling hot di kelab malam. Rebutan jejaka malaya. Termasuk dirinya. Kuat jugak penangan Firhad Mifzal ni. Padahal pasangan itu baru saja kenal, tengok-tengok dah kahwin. Dia yang orang tengah ni pulak yang tak kahwin-kahwin lagi sampai sekarang.

Jika dilihat bagaimana layanan Firhad, dia tak pelik. Dia sendiri nampak perubahan pada gadis itu. Dari tak cukup kain, terus bertutup litup. Tapi, dia tahu itu semua muslihat. Tujuan sebenarnya adalah untuk dapatkan Safeya. Yang dia tak tahu punca kenapa lelaki itu berdendam. Tak pula Firhad ceritakan lebih terperinci.

"Kau jugak yang tolong aku dapatkan dia" Firhad meneguk air tin coca-cola. Cuaca panas di situ membuatkan tekaknya kering. Topi putih di kepala ditanggalkan lalu diletak atas meja. Rambut diraup ke belakang.

"Takda hal bro. Pastikan kau jaga dia baik-baik. Kalau tak nak, bagi je aku"

Firhad berubah riak. Dia kenal Izreal. Lelaki itu memang suka bertukar-tukar perempuan. Walaupun dia bencikan Safeya, tak adalah sampai nak serahkan pada kawan sendiri. Gadis itu hanya miliknya seorang.

"Aku gurau je. Jangan lah garang sangat muka tu" Izreal ketawa kecil apabila Firhad menjeling tajam. Kata benci tapi bila cuit sikit tahu pula cemburu.

"So.. apa perancangan kau lepas ni? Tan Sri Haniff dapat cam kau tak?"

Mereka ada agenda yang sama. Jatuhkan Tan Sri Haniff. Kisah Izreal lebih kurang sama dengan Firhad. Dia mahu lelaki itu terima pembalasan. Keluarganya berpecah kerana lelaki itu juga. 

"Setakat ni belum ada berita apa-apa. Orang dia tak datang cari aku. Aku assume yang dia tak kenal aku siapa. Tengok la esok dia muncul ke tak lepas aku lingkupkan syarikat keluarga dia ni" jelas Firhad satu persatu.

"Kau hancurkan je manusia sombong tu. Apa-apapun aku belakang kau"

Firhad angguk. Wajah Izreal dipandang. Lelaki itu sememangnya lahir dari keluarga mewah. Minta apa semua dapat. Dalam kemewahan itu, Izreal turut diuji. Ibunya dikatakan ada hubungan dengan Tan Sri Haniff. Dan dia dibuang tanpa dipedulikan lagi.

Persahabatan mereka terjalin dalam pertemuan tak diduga. Bermula apabila kereta Izreal rosak di tengah jalan. Dan Firhad datang menolong. Kerana keikhlasan dan kepercayaan yang tinggi pada lelaki itu, membuatkan Izreal mengambil lelaki itu sebagai bisnes partner.

"Kau asyik tanya aku, kau tu.. how's your life? Still dengan kerja tu?" Firhad menyoal. 

Kerja yang dimaksudkan ialah tentang aktivitinya setiap malam. Berhibur dan cari ketenangan. Itu cara dia sendiri untuk isi kekosongan jiwa. Dia sunyi.

"Yup.. still. So far okay. Macam ni je lah hidup aku. But, the lady's part aku dah insaf. We getting better, man. Aku pun masih dalam usaha cari jodoh yang sesuai untuk aku. Safeya dah jadi milik kau, tak kan aku nak jadi third person. Tapi, kalau kau bagi apa salahnya, kan?"

Firhad tidak ketawa. Melebih pulak mamat sorang ni. Member tak member. Ada jugak yang makan penumbuk.

"Safeya jangan berani kau sentuh. Dia hak aku sorang. Kau nak, kau cari lain" keras suara itu kedengaran. Wajah itu dipandang tajam.

Sebalik Kata CintaWhere stories live. Discover now