Part 3 - Pejabat

134 21 0
                                    

Pintu ditolak kasar dari luar. Betul telahannya, di situ lelaki itu berada. Setelah berhari-hari bersikap dingin tanpa sebab. Jadi, hari ini dia mahukan jawapan.

Semua mata yang berada di dalam bilik itu terarah padanya. Terhenti sekejap apa yang sedang mereka bincangkan. Firhad angkat muka. Melawan pandangan Safeya yang nampak tegang.

"Firhad.. saya nak cakap dengan awak sekejap" tegas suara Safeya kedengaran. Seakan memberi isyarat supaya semua keluar dari bilik itu. 

Dia bos di situ, jadi dia berhak untuk memberi arahan kepada sesiapa saja. Termasuk Firhad Mifzal!

Kini hanya tinggal mereka berdua. Pintu ditutup rapat. Risau kalau ada yang mendengar dari luar. Bukannya dia tak tahu tahap penyibuk pekerjanya bagaimana.

"Apa masalah awak, Firhad? Kita baru kahwin tau. Dan awak terus buat perangai macam ni" 

Sudah seminggu usia perkahwinan mereka. Tetapi, lelaki itu semakin banyak berubah. Perkahwinan itu digantung tak bertali oleh lelaki yang bergelar suami. Lelaki itu sering pulang lewat malam dan keluar awal pagi. Entah di mana lelaki itu tidur, dia sendiri tak sedar. Sampaikan dalam tempoh itu, mereka langsung tidak bersua muka.

"Kalau saya ada salah, kita boleh bincang. Ini bukan Firhad yang saya kenal. You're totally different" Safeya meluah rasa lagi. 

Tiada lagi Firhad yang ceria dan bermulut manis. Yang tinggal hanyalah wajah beku tanpa perasaan.

"I'm still the same person. Kau yang tak kenal siapa aku" Firhad membalas. Pandangannya dingin. Langsung tiada senyuman seperti sebelum ini. Dia lihat wajah Safeya tergamam.

"Aku kau? Sejak bila--" 

"Sejak kau sah jadi milik aku, Deanna Safeya" Bicara Safeya dipintas laju.

Tiada lagi saya awak seperti sebelum ini. Perkataan cinta yang sering dia ucapkan hanya tinggal kebencian. Dendam itu semakin membara dalam diri setelah gadis itu sah menjadi miliknya.

"Saya tak faham. Saya betul-betul tak faham. Apa maksud awak? Mana kata-kata cinta awak yang selalu awak ucapkan? Awak janji nak jaga saya sebelum ni" gadis itu sedikit membentak.

Bukan ini yang dia mahukan. Dia inginkan kebahagiaan. Dia hanya mahu dicintai dan dilindungi oleh seorang lelaki bergelar suami. Tetapi, Firhad tidak seperti yang dia harapkan.

Firhad Mifzal bangun lalu menapak ke arah isterinya. Dia menunduk menyamai ketinggian gadis itu.

"It's all lies, darling" Suara itu mendatar. 

"Tak sangka aku boleh ubah perempuan jalang jadi manusia paling innocent. How great I am!" Firhad melepaskan tawa. Sinis sekali.

Safeya terpana mendengar ayat pedas itu. Jalang? Menggigil tangan Safeya menahan amarah. Kata-kata itu terasa menusuk ke jantung. Menoreh hingga berdarah.

Dia fikir lelaki itu tidak akan mengungkit tentang kisah silamnya. Rupanya itu pembohongan semata-mata.

"Kenapa? Terkejut sebab aku bukan lagi Firhad yang soft spoken with all green flags?"

"Aku ingatkan susah sangat nak dapatkan kau, rupanya senang je. Kacang!" Sambung Firhad lagi. Sengaja membakar bara yang sudah marak dalam hati itu.

"You just pretend to love me in this 2 years?" Suara itu bergetar. Menahan sebak dan marah yang semakin membuak-buak dalam satu masa. 

Selama 2 tahun mereka dibuai asmara. Saling mencintai antara satu sama lain. Tempoh yang banyak mengajarnya erti cinta yang sebenar. Dan sekarang semudah itu saja Firhad hancurkan. 

Sebalik Kata CintaOnde histórias criam vida. Descubra agora