Part 9 - Pecat

173 25 0
                                    

"Apa ni?"

Surat yang sudah renyuk itu dilempar pada wajah Firhad. Nafas Safeya naik turun. Tajam pandangannya pada Firhad yang bersandar megah di kerusi pejabat. Lelaki itu masih tenang tanpa perasaan.

Ini kali pertama mereka bersua selepas malam itu berlaku. Sedaya upaya dia menjarakkan diri dari Firhad. Sofa panjang sudah menjadi tempat tidur rasmi. Lehernya yang sakit setiap kali bangun, tidak dipedulikan. Dia tak ingin menatap wajah itu. Rasa benci semakin meluap-luap. 

Bila di pejabat pula, dia akan suruh staff lain hantarkan file. Setiap kali meeting, wajah itu tidak akan dipandang. Dia betul-betul mati rasa. Jiwanya kosong. Setiap perbuatan itu masih segar di minda. Membuatkan dia rasa jijik setiap kali wajah itu dipandang.

"Ada mulut rupanya. Ingatkan dah bisu selama ni" sinis sekali sindiran yang dilontarkan.

"Puas? Puas hati kau? Kau dah ambil semuanya. Sekarang, apa lagi kau nak? Nak ambil nyawa aku pulak? Ambil lah! Ambil!" Safeya bagaikan orang kerasukan. 

Terlepas tawa sinis Firhad. Wajah merah itu direnung tak lepas. Hatinya bersorak penuh dendam. Apa yang dia rancang sudah menjadi kenyataan. Gadis itu dipecat dari syarikatnya sendiri. Nama juga dibuang dari senarai nama pemilik.

"Aku dah lama tunggu kematian kau. Tapi, terlalu awal untuk aku habiskan permainan ni" 

Firhad bangun dari duduk sebelum menyambung.

"The day will come. Just bersedia dari awal" jawab Firhad ringkas.

Safeya menentang pandangan itu. Mata yang dulunya redup, kini menjadi beku sebekunya.

"Sekarang aku nak enjoy dulu. Aku nak sentuh kau puas-puas. Nanti baru aku akan buang kau macam.. sampah!"

Tubuh Safeya ditarik. Tangan kekar itu mula merayap ke serata tubuh. Kejadian malam itu terbayang kembali. Rasa jijik dengan sentuhan itu.

"Kau buat apa, Firhad! Kita kat pejabat, bukannya rumah!" Bentak Safiya geram. Lingkaran pada pinggang terlalu erat, membuatkan dia tidak dapat bergerak.

Tindakan Firhad terhenti. Terbit senyuman nakal berupa sindiran.

"Kau nak cakap yang.., kau suka kalau kita buat kat rumah?" 

Safeya tunjuk muka bengang. Terasa maruahnya dipijak oleh suami sendiri. 

"Kat rumah ke pejabat ke, sama saja. Tugas kau tetap kena layan aku" sambung Firhad. 

"Jangan buat gila, Firhad!" Safeya semakin risau apabila Firhad mula merungkai tali leher. Lelaki itu sengaja menjatuhkan badan ke kerusi. Menyebabkan dia terduduk sama atas lelaki itu.

"Memang! Aku gilakan kau!"

Sejurus itu, wajahnya dibenamkan pada leher yang dilitupi oleh tudung bawal itu. Firhad semakin tak keruan. Bauan Safeya membuatkan nafsunya bergetar.

"Aku rindu nak sentuh kau. Aku rindu nak belai kau. Aku rindu nak jadikan kau boneka aku" kata Firhad perlahan bersama nafas yang menyesakkan jiwa. 

Kenapa dia perlu ada rasa ini? Rasa sakit setelah berminggu Safeya diam membisu. Seperti ada sesuatu yang tak kena.

Pintu terkuak membuatkan Safeya cepat-cepat bangun. Gelabah dia membetulkan baju di tubuh. 

"Wooo.. guys! Come on. Pejabat kut. Kalau nak buat pun, kat rumah la" Izreal yang baru melangkah masuk terkejut. Tak pasal-pasal dia dia melihat adegan dewasa itu. Apa punya perangai la.

Wajah Safeya berbahang. Bibir ketap kuat. Ini semua kerana lelaki itu. Dia menjeling Firhad yang masih berada di atas kerusi. Seperti biasa, muka tak bersalah ditayangkan.

"Keluar!" Sepatah Firhad berkata. Tanpa menunggu lama, Safeya mahu melangkah pergi. Dia mahu keluar dari situ. Wajahnya malu tak terkata sekarang ini. Tetapi, pinggangnya diraih semula. Kembali jatuh atas paha lelaki itu.

"Bukan kau" Firhad mengeratkan lingkaran. Wajah Izreal dipandang tajam.

"Tapi, kau"

Bibir Izreal menjuih. 

"Eh, kurang ajar. Aku pulak kau halau" balas Izreal dengan wajah menyampah.

Dia baru nak ucapkan tahniah atas apa yang Firhad telah lakukan pada syarikat ini. Sekali tersilap timing pulak. 

"Okey aku keluar. Teruskanlah adegan korang tadi. Aku tak nak kacau" kedua belah tangan diangkat sebelum membuka pintu.

"Jangan lupa malam ni, Had" sempat dia memesan tentang janji mereka.

"Izreal..! Izreal..!"

Safeya menjerit memanggil Izreal, tetapi lelaki itu sudah hilang di sebalik pintu.

"Kau memang tak malu kan, Firhad" kata Safeya tanpa menoleh. Mata terpaku pada dinding pejabat. Dibiarkan saja perlakuan Firhad padanya.

"Buat apa nak malu. Aku buat pada isteri aku. Bukan orang lain"

"Perempuan yang kau benci sangat ni? Perempuan yang kau hina, yang kau pijak maruah dia. Itu yang kau gelar isteri?" Suara itu merendah. Sungguh dia tak kuat. 

Diam. Tiada balasan dari lelaki itu.

"Lepaskan aku. Aku nak keluar. Ini bukan tempat aku lagi"

Lingkaran dilonggarkan. Membiarkan Safeya berlalu pergi. Meninggalkannya sendiri dengan perasaan bercampur baur.

•••••


"Kata benci tapi bukan main bermesra kat pejabat tu" perli Izreal sambil senyum senget. 

Dah hilang ke semua api dendam dalam diri lelaki itu? Bagus juga kalau betul. Dia cuma kesian akan gadis itu. Safeya tak sepatutnya jadi mangsa atas kekejaman orang lain.

Firhad menjeling. Dah agak mesti kena sindir punya. 

"Pelik perasaan ni, Real. Aku benci dia tapi aku nak dia sentiasa ada depan mata" luah Firhad. 

"Itu namanya kau dah jatuh cinta" balas Izreal ringkas. 

Geram juga kadang-kadang dengan Firhad. Selalu menyangkal apa yang ada dalam hati. Padahal sudah terang lagi bersuluh, lelaki itu sudah ada hati pada isteri sendiri.

"Cinta apa kalau dendam tu masih ada. Dan satu lagi, aku tak akan jatuh cinta pada dia. Aku hanya nak buat dia derita" Firhad menafikan. Dia sendiri pun tak faham dengan diri sendiri. 

Itu yang dia rasakan sekarang. Hatinya asyik tak keruan saat melihat isterinya itu. Bayangan Safeya ada di mana-mana. Dia benci semua itu. Dia tak nak dendam yang dia tanam selama ini akan hilang begitu saja.

Izreal jungkit bahu. Orang cakap tak nak dengar. Lantak kau la Firhad. 

•••••

Sebalik Kata CintaWhere stories live. Discover now