Part 6 - Pindah

160 25 0
                                    

Deanna Safeya melangkah turun. Kedengaran bunyi bising dari arah dapur. Dia buat tak peduli. Punggung dilabuhkan di kerusi. Roti dicapai dan dikunyah tanpa inti. Dia langsung tiada selera untuk mengisi perut.

"Makan!"

Sepinggan nasi goreng diletakkan di depannya. Aroma itu menusuk hidung tetapi seleranya mati. Entah apa yang diletak dalam makanan itu.

"Aku tak nak" ringkas dan padat. Dia kembali mengunyah roti.

"Kau ni memang degil kan.." suara itu kedengaran tegang. Nak suruh makan pun susah.

"Jangan paksa aku boleh tak? Aku tak ada selera lah" Safeya semakin hilang sabar. Nasi goreng tak terusik itu dia tolak ke tepi.

Firhad mengetap bibir. Bergerak rahangnya menahan geram

"Aku tak nak uruskan mayat kau dalam rumah ni" kata Firhad tanpa perasaan.

"Biarlah aku mati kat sini. Hidup dengan kau dah cukup buat aku terseksa"

Firhad senyum sinis. Dia menongkat tangan pada meja.

"Belum lagi Safeya. Kau tak boleh mati lagi. Ingat, aku belum buat apa-apa lagi kat kau. I don't even touch you yet, my darling" bisiknya keras.

Safeya menarik semula pinggan itu. Nasi goreng itu dipandang lama.

"Jangan risau aku tak letak racun dalam tu"

Terus Safeya menyuap ke dalam mulut. Bagus juga kalau letak racun. Lagi cepat lah dia mati. Dia sudah penat dengan semua ini. Tak perlu lagi Firhad susahkan diri menyeksa dia sampai mati.

"Lepas makan ni, kau naik kemas baju. Kita pindah" arahan diberi. Padat dan ringkas.

"Pindah ke mana?" Soal Safeya pelik. Kerutan halus menghiasi wajah. Sungguh dia tak tahu apa-apa.

"Kau lupa? Rumah idaman yang kau impikan sangat dulu"

Baru Safeya ingat tentang banglo mewah itu. Mereka rancang untuk menetap di situ selepas nikah. Bina keluarga bahagia bersama. Kini tidak lagi, harapannya hancur begitu saja.

Safeya geleng. Cukuplah rumah ini menjadi tempat penyiksaan jiwanya.

"I want to stay here"

"Kau nak aku musnahkan syarikat papa kau tu? Biar kita sama-sama bankrup. Aku tak ada masalah. Kau dengan bapak kau tu, dah bersedia nak jadi miskin?" Firhad mula mengugut. Dia mahu gadis itu mengikut telunjuknya.

Suapan Safeya terhenti. Firhad dipandang tajam. Itu saja modal yang digunakan.

"Yes or no, I still want the answer yes"

Safeya buat tak tahu. Malas malu melayan arahan lelaki itu. Suapan diteruskan tanpa mengendahkan Firhad.

"Baik kau kemas sendiri baju-baju tu sebelum aku yang buat. Risau tak berbaju terus kau nanti" Sempat lelaki itu berkata sebelum hilang di sebalik dapur.

Safeya mengeluh kasar. Nak tak nak, terpaksalah dia ikut arahan lelaki itu.

•••••

Safeya keluar dari perut kereta. Dari tadi mulutnya terkunci. Tiada pula mulut Firhad berbunyi. Bagus juga kalau terus macam ni. Tak ada lah hatinya sakit mendengar bicara lelaki itu.

Rumah yang pernah menjadi idamannya itu dipandang. Rumah yang diharap akan menjadi syurga, berubah serta merta menjadi tempat yang akan membuatkan dia derita.

Kaki menapak mengikut jejak Firhad ke dalam rumah. Setiap sudut rumah itu mengingatkan kembali detik bahagia mereka. Dari perhiasan rumah hinggalah pilihan warna, semua itu idea mereka bersama.

Dia lihat gambar yang melekat pada ruang itu. Wajahnya yang sedang tersenyum manis di samping Firhad dalam busana putih. Dia rindu senyuman itu. Senyuman di mana dia sedang berbahagia di samping lelaki itu. Senyuman ikhlas, tidak seperti sekarang ini.

Tetapi, gambar itu juga membuatkan dia rasa menyampah untuk ditatap lagi. Dia tak mahu lihat gambar itu. Dia benci! Dia tak suka. Gambar itu mengingatkan tentang kebodohan dirinya sendiri. Detik bagaimana lelaki itu menjadi sebahagian dari hidupnya.

"Cantik kan?" Suara itu menegur. Yang pasti dalam nada menjengkelkan.

Soalan itu membuatkan hati Safeya membara. Apa motif gambar nikah mereka diletakkan di situ?

"Kenapa ada gambar tu dalam rumah ni? Kau sengaja nak sakitkan hati aku kan" Nada Safeya meningkat.

Firhad hanya tertawa sinis.

"Kau ni tak habis-habis nak tuduh aku bukan-bukan. Cantik apa gambar ni. Aku suka. Gambar ni bukti kemenangan aku. Dan permulaan pada kehancuran hidup kau"

Safeya mendengus kuat. Bengang dengan Firhad. Tanpa kata, dia pusing belakang. Baru teringat beg masih ada di dalam kereta lelaki itu.

"Kau nak pergi mana?" Keras suara itu menyoal.

"Ambil beg"

"Tak payah. Aku dah angkat masuk bilik kita. Nak tunggu kau memang lambat lagi" tutur Firhad selamba.

Dahi Safeya berkerut. Mata dikecilkan. Dia tak salah dengar kan?

"Apa maksud kau, bilik kita..?" Kata-kata Firhad diulang semula. Dia lihat lelaki itu melabuhkan duduk di sofa. Kaki bersilang dan tangan direhatkan di sisi.

"Ini kan rumah kita. Maksudnya.. kau dan aku akan tidur dalam bilik yang sama" Sengaja Firhad menekan perkataan 'kita'. Biar kedengaran jelas sikit.

"Boleh tak jangan buat keputusan sesuka hati. Tak perlu atur hidup aku. Aku bukan patung" tuturnya Safeya tak puas hati. Dadanya berombak kencang.

Rumah sana elok saja mereka tidur berasingan. Kenapa pula tiba-tiba nak sebilik? Entah apa lagi rancangan lelaki itu. Dia tak dapat menjangka.

"Siapa cakap? Kau patung permainan aku. Aku boleh buat apa saja yang aku nak"

"Satu lagi, normal la kan suami isteri tidur satu bilik.. dan satu katil"

Firhad senyum senget. Dia merenung nakal tubuh kecil itu. Dari atas perlahan-lahan turun ke bawah.

"Jangan mimpi lah. Aku lebih rela tidur luar daripada tidur dengan kau" bentak Safeya sebelum membawa langkah ke tingkat atas. Mata lelaki itu terlalu menakutkan.

Firhad berdecit.

"Tidur sofa pun kau mengeluh itu ini. Inikan tidur luar" kutuknya geram.

•••••

Sebalik Kata CintaWhere stories live. Discover now