Part 1 - Lamaran

176 19 0
                                    

'TAN SRI HANIFF TERLEPAS PERTUDUHAN ROGOL DAN BUNUH GADIS 18 TAHUN'

Tajuk utama akhbar online itu menjadi santapan mata. Wajah lelaki di skrin itu diteliti. Berita penuh itu dibaca satu persatu. Fuh! Berita hangat ni. 

"Papa you kan?"

Deanna Safeya menjeling. Sudah la kereta buat hal, dapat pula kawan yang suka banyak soal. Semakin membara hatinya. 

"You tahu tak pasal this news" soalan diajukan lagi.

Gadis berambut perang itu menoleh. Wajah yang amat dia kenali terpapar di skrin telefon Erina.

"Tahu. Tapi I tak percaya" laju dia menjawab. Malas nak ambil tahu. Tak pasal-pasal terpalit sama terkena dirinya.

Dia memeluk tubuh sambil silang kaki. Menampakkan paha putihnya tatkala tersingkap ke atas. Tubuh ramping disandar pada tempat duduk.

"Entah-entah dia yang goda bapak I pastu cakap kononnya dia mangsa. Orang miskin ni bukan boleh percaya sangat" kata-kata itu meluncur keluar. 

Dia memandang luar tingkap. Merenung kota raya yang masih bercahaya di ruang alam. Lambat betul budak grab ni bawak kereta. Lembab!

"Maybe. Tapi kesian la kat budak tu. Baru 18 tahun. Dah jadi macam ni"

Deanna Safeya jungkit bibir tanda meluat. Kalau tak fikirkan itu kawan, dah lama dia tendang Erina tu keluar. Gigi diketap geram. 

"Eh kisah pulak I dengan hidup dia. Kalau dia mati lagi bagus lah! Budak bodoh!" Terungkap ayat itu di bibir. 

Serta merta kereta brek mengejut. Tubuh mereka terdorong ke hadapan. Terhantuk kepala Safeya dibuatnya. Mencerlung dia memandang tajam pemandu di hadapan

"Hey! You nak bunuh I ke? Brek mengejut macam ni. Apa masalah you hah?" Suara Deanna Safeya memetir kuat. 

Lelaki itu diam. Langsung tidak membalas kemarahan Safeya.

"You pekak eh? Ke dah bisu sampai tak boleh nak bercakap?" Dadanya berombak laju menahan marah. Macam orang kurang akal je.

"Maaf, cik. Tadi ada kucing melintas. Mata saya tak nampak sangat waktu malam. Maaf sekali lagi ye" lelaki itu menolak cermin mata yang melorot jatuh. Pandangan mereka bersatu melalui cermin pandang belakang.

"Lain kali kalau bodoh, duduk rumah. Tak payah nak buat kerja ni"

Safeya membentak marah. Erina di sebelah hanya diam membisu. Safeya kalau dah baran dia sendiri pun takut.

"Orang nak kerja, kau pun nak kerja. Dasar miskin!" Rambut panjangnya ditolak ke belakang. Dengusan kuat kedengaran.

Itulah dia si gadis cantik dan kaya. Mulut berkata ikut suka. Menghina dan mengeji manusia sesuka hati. Janji hatinya puas.

•••••

Jambangan ros merah itu dipukul lembut pada lengan lelaki itu. Pemberian kekasih hati sewaktu mereka tiba tadi depan taman tadi. 

"Awak! Jangan ingat lagi la peristiwa tu. Saya malu" Kedua belah tangan menutup muka. Merah mukanya ketika ini.

"Mana boleh lupa. Awak garang sangat time tu. Padahal benda kecik je. Nasib baik saya ni penyabar tau" lelaki itu sambung ketawa.

"Salah awak jugak masa tu siapa suruh brek mengejut" Safeya tak mahu kalah. Perempuan kan..

Sejak pertemuan itu, mereka ditakdirkan untuk bersua lagi. Entah beberapa kali, dia tak ingat. Mungkin kebetulan atau mungkin juga suratan. Ada saja yang tidak kena di matanya. Tetapi, lelaki itu tetap tenang, melayan kerenahnya dengan sabar. Setiap tutur bicaranya lembut menegur apa yang salah. Sehingga terbit rasa cinta yang tak pernah Safeya rasa sebelum ini. 

Sebalik Kata Cintaजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें