BAB 19

5.1K 168 0
                                    

"PAK SU!"

Terenjut kecil bahuku apabila diterjah begitu oleh Audhia. Dia yang berlari ke arah aku dengan wajah ceria.

"Dhia!" Aku mendepakan tangan.

"Kita rindu pak su." Tubuhku didakapnya dan dibalas olehku.

"Kita pun rindu Dhia. Dhia dah makan?" Pipi mulusnya diusap kasih.

Laju dia mengangguk.

"Adik dah makan? Kenapa tinggal adik seorang? Kesian dia nak main dengan kak Dhia dia seorang ni."

Pelukan dileraikan lalu tangan kecil itu dipimpin kemas sambil melangkah ke ruang tamu.

"Adik dah makan. Kita nak mainlah ni dengan adik. Pak su main sekali." Ujarnya lalu duduk bersila di depan Fiyyad yang masih leka dengan mainannya itu.

"Mommy daddy Dhia mana?" soalku sambil melilaukan mata ke segenap ruang itu.

Tentang keberadaan abah dan umi, sudah tentunya ke pasar pagi. Tapi tentang pasangan sejoli itu, tertanya pula apabila dibiarkan anak-anak mereka sendiri.

"Dalam bilik."

Keningku terjongket. Amboi, matahari dah terbit pun masih berada dalam bilik lagi?

"Buat apa?"

Pantas Audhia menoleh ke arah aku dengan wajah berkerut dan bibir terjuih ke depan.

"Apa tanya kita pula. Manalah Dhia tahu. Biarlah mommy daddy nak buat apa pun. "

Aku tersenyum nipis lalu rambut lembutnya yang wangi semerbak itu dielus lembut.

"Pak cu!"

Terus aku menoleh ke arah Fiyyad yang memanggilku tadi.

"Ya? Fiyyad nak apa?" soalku lembut.

"Nak dukung! " Rangannya didepakan.

Tanpa banyak bunyi, tubuh genit itu terus didukung dengan berhati-hati sebelum aku bangun berdiri. Pipi tembamnya digomol sepuasnya.

"Fiyyad makin berat lah. " pipinya dicubit mesra.

"Pak su makin besarlah," katanya dengan pelat.

Tawanya terhambur. Mahu saja aku cubit-cubit budak pandai membalas ini.

"Jom, kita tengok mommy daddy dekat atas, nak?"

Matanya terus bersinar sebelum laju saja dia mengangguk. Rambut diusap.

"Dhia, nak ikut pak su?"

Audhia menggeleng tanpa memandang aku. Sibuk dengan patung barbienya itu.

"Okay. Jom!" kataku riang.

"Jom!" Fiyyad mengangkat tangannya dengan semangat.

Terhibur aku melihat telatahnya yang sungguh gemas itu.

Langkah diatur ke tingkat atas. Ingin melihat kak ngah dan suaminya. Bukan mahu menyibuk cuma ingin menghilangkan bosan saja.

Sesekali bergurau, apa salahnya kan?

Sampai saja di depan pintu bilik mereka yang tertutup kemas itu, aku berbisik pada Fiyyad.

"Fiyyad ketuk. Lepastu bagi salam. Jangan cakap pak su suruh tau."

"Okay!"

Fiyyad mengikut arahan. Diketuknya pintu bilik diselangi dengan salam yang diberi.

"Assalamualaikum! Mommy, daddy! Yad datang ni," panggilnya penuh ceria.

Masih senyap.

"Mommy daddy tak dengar kut. Cuba Fiyyad bagi salam lagi sekali." Kataku.

Fiyyad mengulangi perbuatannya tadi sekali lagi. Dan akhirnya, kali ini berhasil. Pintu bilik mula terkuak dari dalam.

Susuk tubuh kekar abang ngah yang hanya berseluar pendek itu kelihatan. Wajahnya nampak seperti baru bangun tidur saja. Walaupun pagi tadi kami solat subuh dan membaca al-Quran berjemaah. Pasti dia terlelap kembali beberapa jam lepas.

"Yad nak apa, sayang?" Soalnya sambil menggosok rambutnya yang sudah serabai itu.

"Nak daddy. Daddy tak main dengan Yad pun."

"Daddy nak rehatlah, sayang. Semalam kan daddy dah drive lama. Yad mainlah dengan Pak su." Kali ini, lelaki itu sudah menguap.

"Abang ngah tidur pukul berapa semalam?" Aku mencelah.

Terus dia memandang aku dengan mata dipincingkan.

"Kenapa nak tahu pula?"

Aku jongket bahu. "Saja. Salah ke?"

"Salah! Privasi. "

Bukannya aku tanya dia buat apa semalam sampai sepenat ini pada pagi ini. Cuma tanya tidur pukul berapa saja. Itu pun dikira privasi kah?

Kali ini, wajah anak bongsunya dipandang semula.

"Yad mainlah dulu dengan pak su. Daddy dengan mommy nak rest. Nanti kami turun. Okay, sayang?" Pipi anaknya dikucup sekilas lalu terus dia menutup pintu bilik.

Aku melihat wajah si kecil itu yang sudah mati dari senyuman.

"Daddy dah tak sayang Fiyyad lah tu. Tak apa. Fiyyad main dengan pak su, ya? "

"Daddy dah tak sayang Yad?" Polos, dia menyoal.

"Haah. Sebab-"

"Pak su!"

Sekali lagi ayat aku dipotong oleh seseorang. Bukan suara Audhia kerana ianya suara budak lelaki.

Tiba-tiba rasa hujung seluar aku ditarik dari bawah beberapa kali. Cepat aku memegang seluar dan menunduk ke bawah.

"Janganlah tarik seluar Pak su, Fariesh. Awak ni nak Pak Su buat free show kat sini ke? Nak apa ni?" Aku membongkokkan tubuh sedikit.

Fariesh tersengih lebar. Tubuhnya digoyangkan kiri dan kanan sambil memintal jari sesama sendiri. Pasti mahu minta sesuatu ini.

"Jom keluar jalan-jalan."

"Pergi mana? "

"Pergi mall!"

"Yad nak ikut!" sampuk Fiyyad dalam dukungan.

"Dhia pun!"

Tiba-tiba Audhia pula sudah tiba. Makin peninglah kepala aku dibuatnya ingin menguruskan ketiga-tiga anak orang ni.

"Allahuakhbar." Keluhku perlahan. Terpejam sesaat mata.

"Ajaklah mommy daddy kau orang. Pak Su bukan parents kau orang."

"Alah.. Mommy daddy kan nak rest. Pak Su bukan ada kerja pun. Jomlah."

Lengan aku sudah ditarik oleh Audhia. Memaksa aku mengikut saja permintaannya.

"Malaslah," rungutku.

"Ala.. Jomlah, Pak Su," desaknya lagi.

Aku menghela nafas sebelum akhirnya berdiri. Langkah diatur menuruni tangga.

"Yelah. Yelah. Jom."

"Yeay!!" Terus bergema sorakan mereka bertiga.

"Janji tak minta apa-apa, eh?"

"Janji!" jawab mereka serentak.

Dah seperti baby sitter pula aku ini. Seronok mereka pulang ke sini, kemudian serahkan anak-anak mereka kepada aku.

Mentang-mentanglah jarang balik. Ambil kesempatan pula pada aku yang alang-alang cuti pada hari ini. Nasiblah tuan badan.


Perasaan Yang Terlarang | HIATUSWhere stories live. Discover now