BAB 16

4.4K 155 2
                                    

PERUT Evelyn yang sudah kian membuncit itu diusap kasih sebelum kucupan dilabuhkan ke situ sambil mata dipejamkan. Lama.

"Sayang walid ni okay ke?" soalku perlahan.

"Awak tanya saya ke?"

Sontak, aku tegakkan semula tubuh dengan kening terjongket dan senyum manis bergayutan di bibir. Rambut hitam yang lembut itu dielus.

"Saya ke 'sayang' awak yang awak maksudkan tu?" Polos, dia menyoal.

Tawa kecilku terhambur. Terhibur akan kepolosan dan kecomelannya ketika itu. Pipi yang makin mengembung itu dicubit manja.

"Saya tanya anak kita tadi." Bibirnya dicumbu sekilas.

"Saya? Awak tak nak tanya?"

"Kan saya dah tanya tadi?" Kening dijongketkan. Sebaik masuk ke dalam rumah juga tadi aku sudah bertanya kepadanya.

"Bila?"

"Tadi, sayang. Tepat lepas saya baru masuk."

"Tak ada."

Ibu mengandung mahukan perhatian dan bermanja, layankanlah saja.

"Isteri saya ni okay?" Pipinya dielus sayang.

Laju saja dia tersenyum manis. Dengan mata bersinar dia mengangguk beberapa kali.

"Okay! Awak okay?"

"Nak tak nak, kena okay." Senyum kelat diukirkan.

Terus berubah air wajahnya. Lengan kekarku ditarik masuk ke dalam bilik. Kami berdua melabuhkan punggung ke atas tilam katil.

Jemariku dimainkan oleh Evelyn. Namun sepasang anak matanya masih menatap seraut wajahku dengan riak keprihatinan dan kerisauan.

"Kenapa ni? Awak ada masalah ke, sayang?" soalnya prihatin.

Aku mengeluh perlahan seraya menjatuhkan kepala ke atas bahunya. Bauan manisya menerpa masuk ke dalam mukus hidung.

"Someone tried to seduce me, Lyn. Dan, banyak perkara lagi yang jadi juga."

"Who? Saya kenal dia ke?"

Kepala digelengkan. Dengan Evelyn sajalah aku tidak segan hendak bercerita berlebihan.

"Then? Who is she? Kenapa dia cuba nak seduce suami saya ni?"

"Kalau saya cerita, janji awak tak marah ya?"

Evelyn hanya menggumam.

Aku mula membuka cerita kepadanya. Menyatakan segalanya dari mula hingga akhir yang telah terjadi. Tidak berselindung apa-apa. Hinggalah ceritaku tamat pada kesudahannya.

"Tapi kan Faahad, andai kata kalau satu hari nanti, kita bercerai. Awak akan tergoda ke dengan perempuan yang begitu?"

Pantas aku angkat semula kepala dari bahunya. Kerutan terentang di dahi.

"Kenapa tiba-tiba tanya soalan macam ni?"

"Sekarang memanglah awak tolak sebab awak ada saya. Awak masih ingat bahawa awak tu suami orang. Tapi kalau kita dah tak lagi bersama?"

"Kita.. tak akan bercerai." Penuh yakin aku berkata.

"Pasti?"

Angguk sekali dengan wajah serius.

"Awak lelaki, Faahad. Manalah saya mudah nak percaya kalau ada wanita yang lagi cantik-"

"Abang ngah pernah cakap pada saya semasa dia cuba untuk dapatkan kak ngah dulu. Rupa itu sudah tidak penting lagi apabila mata sudah buta dengan cinta. Dan saya setuju dengan dia."

Perasaan Yang Terlarang | HIATUSWhere stories live. Discover now