BAB 10

5.1K 202 2
                                    

SENYUMAN tidak lekang di bibirku ketika sedang berbalas mesej dengan si pengarang jantung. Siapa lagi kalau bukan Evelyn Qiara? Sebab aku tidak boleh ke Kedah, aku minta Evelyn ke sini menaiki bas. Nanti, aku akan menjemputnya di stesen bas.

-boleh tak, lyn?

-boleh

-awak berani? Seorang diri?

-berani. Tak apa. Jangan risau

-apa-apa, macam biasa call saya

-okay. Saya pack baju sekarang juga. Berapa hari ?

-urm nak berapa hari?

-seminggu? Heheh

-okay. Boleh. Dah sampai sini nanti, call saya tau.

-okay, bye. I love you Faahad Haedar

-and i love you more Evelyn Qiara

Telefon diletakkan ke atas tilam di sisi. Nafas dihela perlahan.

Setakat ini, abah dan umi masih belum tahu tentang Evelyn. Kerap kali aku tertanya, bilakah semua ini bakal berakhir?

"Faahad! Oh, Faahad!"

Aku bingkas bangun apabila mendengar umi memanggil namaku.

"Ya, umi," sahutku.

"Ini, mari keluar. Tolong jagakan cucu umi ni. Umi nak memasak."

Semerta, membulat mataku apabila mendengar umi menyebut cucu-cucunya dan kak ngah. Mereka balik?

Pantas saja aku melulu keluar dari bilik. Rindu dengan anak-anak buah sendiri terutamanya si bongsu, Fiyyad.

"Pak su!"

Lantas aku menoleh ke arah suara kecil itu. Kelihatan, Fariesh terlompat-lompat penuh teruja dalam pegangan daddynya.

Aku dekati mereka berdua. Fariesh diambil dari dukungan. Dah besar pun minta orang dukung lagi budak ni.

"Fiyyad mana, abang ngah?" 

"Tengah menyusu."

"Ooo." Patutlah tiada kelibat kak ngah di ruang tamu.

"Duduklah dulu. Dhia mana?"

Kami berdua melabuhkan duduk di sofa. Tidak kelihatan pula kelibat abah. Kemudian, apabila dipandang ke luar, rupanya dia sedang membasuh kereta.

"Dengan mommy dialah. Dari kecil sampai besar asyik nak berkepit aje," kepala abang ngah menggeleng kecil. Dia menyandarkan tubuh ke sofa.

Mataku jatuh pada wajah Fariesh di riba. Kening dan hidungnya mewarisi daddynya. Hanya bibir dan mata saja mengikut mommynya. Cantik.

Kak ngah memang cantik. Definisi kecantikan yang dia punyai, berjaya membuatkan semua orang boleh jatuh sayang kepadanya. Termasuk suami dan anak yang bukan lahir dari rahimnya sendiri.

Lihat saja betapa sayangnya Audhia kepadanya. Setanding dengan kasih sayang yang dia curahkan buat anak itu.

"Abang ngah dengan kak ngah okay?" Soalku seraya memandang lelaki yang sebaya Dr Medina itu.

"Okay. Sangat okay. " dia tersenyum lebar sebelum menghamburkan tawanya.

Macam ada udang di sebalik batu saja ni. Keningku berkerut.

"Ada apa-apa ke ni?"

Abang ngah naik berpeluk tubuh sembari menjongket bahu.

"Cuba teka." Dia jongketkan kening dengan senyuman bergayutan di bibir.

Terus berubah air mukaku. Mata sudah bersinar hingga ternganga mulut dek kerana teruja dan tidak sangka.

"Fiyyad nak dapat adik ke?"

Tawanya masih berlagu sambil mengangguk. Nampak bahagia sungguh.

"Wahh.. Hebat." Aku turut tertawa.

Tidak sangka Tuhan murahkan rezeki mereka untuk dikurniakan cahaya mata lagi.

"Berapa bulan?"

"Dua."

"Umi dah tahu?"

"Dah. Itu, umi suruh kak ngah naik susukan Fiyyad dan terus rehat itu."

Kepala aku jatuh beberapa kali dengan senyum halus bergayutan di bibir. Fariesh di riba dipandang.

"Fariesh, Fariesh tolong tok abah dulu boleh? Pak Su ada perkara nak cakap dengan daddy Fariesh. "

"Nanti Pak Su belanja Fariesh ice cream."

"But daddy said no sugar."

"Oh. Okay. Kalau macam tu, Pak Su belanja car. Nak?"

Laju dia mengangguk sambil tersengih lebar dan mata yang bercahaya.

"Nak! Nak!"

"Okay. Go! Nanti Pak Su panggil." Aku turunkan tubuh kecilnya dari riba. Anak kecil itu hanya menurut saja tanpa banyak kata.

Tidak lama kemudian, dia hilang dari pandangan mata. Lantaran itu, aku sandarkan tubuh ke sofa juga.

"Abang ngah tahun ni dah 34 kan?"

"Hm."

"What do you think, if perempuan yang tua enam tahun daripada abang ngah, nak kahwin dengan abang ngah?"

"A big no. Out!"

"Walaupun dia sangat cantik dan nampak awek muda?"

"Yes. Umur tu penting kut bagi abang ngah. Tak bolehlah perempuan lagi tua dari lelaki. Walau diterima keluarga sekalipun."

Aku mengangguk beberapa kali. Pendapatnya juga sama seperti aku. Tidak boleh menerima wanita yang lebih tua daripadanya. Sudahlah lima tahun.

"Kenapa Faahad tanya? Ada senior suka Faahad ke?" Soal abang ngah tiba-tiba.

"Kalau Faahad cakap, ya?"

Terjongket keningnya sebaik memperolehi jawapan olehku.

"Seriously?"

"Tapi bukan senior. She is 29 years old this year. My lecturer."

"Seriously? Dah kenapa? Suka student sendiri? Tak ada lelaki lain ke? Pensyarah  handsome tiada di universiti tu ke sampai dia suka Faahad?"

Tawa kecilku terletus.

Benarlah itu. Memang semua pensyarah lelaki sudah berusia dan berumah tangga saja belaka di universiti tersebut.

"Haah. Dia tu pensyarah perempuan yang dikira hot jugalah sebab ramai senior nak try dia tapi dia tolak."

Lelaki itu menggeleng beberapa kali. Kesal. Mungkin juga tidak dapat menerimanya.

"Apalah yang dia pandang pada Faahad ni," getusnya perlahan tapi aku masih boleh dengar.

"Apa abang ngah cakap?"

"Hah? Tak. Tak ada apa. Eh, dahlah. Abang ngah nak tengok kak ngah. Dah tidur ke agaknya." Terus dia bangun dan meninggalkan aku seorang di situ.

Perasaan Yang Terlarang | HIATUSWhere stories live. Discover now