BAB 6

5.5K 228 2
                                    

JARI HALUS EVELYN bersulam erat dengan jari kasar aku yang jauh lebih besar daripadanya.


Kami berdua menelusuri pusat beli belah. Hanya aku seorang yang banyak bersuara daripada Evelyn yang lebih banyak diam saja.

"Kita nak pergi mana dulu ni? "

"Kita cari tudung dan baju yang lebih menutup aurat untuk awak. Jom! " Aku menarik lembut tangannya ke sebuah butik yang menjual pakaian muslimah.

Bersinar mata aku tatkala ianya tertancap pada sepasang jubah dan selendang yang turut disertakan purdah.

Ini kalau beli untuk Evelyn, confirm tak ada lelaki lain boleh lihat wajahnya. Muka dia tu, hanya untuk aku sahaja. Sebab aku suami dia.

"Hai, you datang seorang jeke? Mana boyfriend?  Ke single lagi? Kalau tak, I boleh jadi boyfriend you. Nak? " suara lelaki yang penuh kelembutan itu menyapa pendengaran.

Aku menoleh ke belakang. Baru perasan sulaman jemari aku dan Evelyn terlerai tadi dek kerana aku yang terlalu teruja untuk membelikannya pakaian.

Kelihatan seorang lelaki yang  memakai baju-T berwarna putih lengan pendek dan seluar denim hitam sedang tersenyum manis kepada Evelyn.

Dinding pipi ditolak dengan lidah melihat adegan yang tidak berapa mesra itu tetapi lelaki itu yang terlebih mesra dengan isteriku.

Lantas aku lajukan langkah ke arah mereka berdua sembari tangan kanan aku memeluk erat pinggang isteriku rapat ke dada. Mata memandang tajam lelaki tersebut.

"Dia tak ada boyfriend. Tapi dah ada suami. Kau, kalau kau nak cari girlfriend, pergi cari perempuan bujang ataupun yang dah tak ada laki. Ini, hak milik mutlak aku." Penuh angkuh aku berkata.

Aku cemburu. Tidak kira Evelyn melayan atau tidak, rasa cemburu tetap menyelubungi diri.

Lelaki itu terkedu.

"Oh, ye ke? Sorry lah, bro. Aku mana tahu. Gerak dulu." Dia terus usir dari situ.

Memincing mata aku merenung bayang tersebut hingga hilang dari situ.

"Awak, relax lah. Dia bukan buat apa pun dekat saya. "

Aku menoleh kepadanya.

"Tak boleh. Saya cemburu. Dah, jom! " Aku menarik dia ke arah pakaian yang dikehendaki tadi.

"Awak pilih mana yang awak nak. But make sure, longgar dan menutup aurat. Saya bayarkan semua. "

"Alah, tak perlulah. Saya boleh bayar sendiri. "

Kening aku terjongket.

"Sejak bila awak tahu malu nak guna duit saya ni? Segala yang milik saya, milik awak juga dan segala milik awak, hanya milik awak seorang saja. Faham? Pilihlah. "

Bibir comel itu mencebik sebelum menghampiri pakaian-pakaian di situ.

Aku hanya mengekorinya dari belakang saja. Tidak mahu didekati oleh lelaki lain seperti tadi lagi. Sekadar diam tapi memantau dan menjaga.








Perasaan Yang Terlarang | HIATUSWhere stories live. Discover now