BAB 13

4.4K 204 0
                                    

TERKETAR ulas bibir itu ingin mengungkapkan sesuatu. Wajahnya jelas tampak sangat gelisah. Seakan membimbangkan sesuatu saja.

"Kenapa, Lyn? Awak nak cakap apa?"

"Awak.. Awak janji takkan marah saya?"

"Saya memang tak pernah marah awak, Lyn."

Deruan nafasnya kedengaran tidak teratur. Dah kenapa dengan isteri aku seorang ni? Ada yang tidak kena dengannya ke?

"Kenapa, Lyn? Awak tak sihat? Atau ada perkara yang ganggu fikiran awak?" soalku penuh prihatin.

Semakin dia menayangkan riak sebegitu, makin aku diasak rasa ingin tahu.

"Tak. Saya sihat. Tapi.. Ya Allah susahnya nak cakap. Saya takut, Faahad."

Jemari halusnya digenggam kemas olehku. Ingin mengurangkan kegelisahan dan kegundahan yang menghujani dirinya.

"Relaks. Then, tell me. Awak tak boleh panik sangat, sayang," pujukku lembut.

Jujur aku bukanlah insan yang mahir bab memujuk apatah lagi menenangkan seseorang ini tapi jika ianya melibatkan seseorang yang penting dalam hidupku, akan aku usahakan sehabis baik.

Evelyn menurut nasihatku. Dia pejamkan mata seketika sembari cuba mencari oksigen sebelum matanya mencelik semula.

"Okay. I'm pregnant."

Duniaku jadi terhenti seketika. Aksara hilang hingga tidak mampu mengeluarkan sebarang kata. Sungguh tidak percaya akan bicaranya. Dan juga tidak sangka dalam masa yang sama. Kejutan apakah lagi ini, Tuhan?

Serta merta rahangku jatuh. Entah mahu gembira atau sebaliknya. Tapi yang pastinya aku tidak kecewa atau tidak suka.

Cuma sedikit...

Terkilan.

"Are you speechless?"

"Obviously."

Evelyn menghela berat nafasnya. Jemarinya yang tadi berada dalam genggamanku ditariknya perlahan lalu menyentuh perut kempisnya sendiri.

"Saya pun tak sangka dan tak percaya. Saya memang nak baby tapi bukan dalam keadaan begini. Disaat Eryn yang dah balik pada kita. "

Tangannya naik mencengkam rambut panjangnya.

"Macam mana saya nak jaga, Faahad? Saya kena jaga dua budak dalam satu masa seorang diri? Dengan suami yang tiada di sisi? Can I handle both of them? Saya takut saya akan gagal, Faahad. Being a mom isnt easy. Really."

Aku perasan bahunya terhinggut kecil. Esakan halusnya mula menyentuh hujung telinga. Segera aku memaut tubuhnya ke dalam dakapan hangat. Sisi wajahnya disembamkan ke dada. 

"Dont worry. Trust Allah and InshaaAllah kedua orang anak kita akan sentiasa selamat dan mampu membesar dengan baik dan sihat. But the first thing is, awak sebagai mama kena kuat. InshaaAllah kalau awak kuat, anak kita pun akan kuat."

"But I need you with me. To take care of our baby, Faahad. Our biological baby," rayunya dengan suara yang kian lirih.

Rambutku diraup ke belakang. Sukar sebenarnya hendak memujuk insan yang bernama perempuan ini.

"Saya sentiasa ada dengan awak, Lyn. Walau dari jauh pun. Jangan risau, saya akan sentiasa prihatin terhadap isteri dan anak saya."

"Happy?"

Spontan bibirku menarik senyum manis. Tapak tangan kasarku menyentuh perutnya lalu dielus kasih.

Anak aku.

Aku? Ada anak?

Di usia 23 tahun ini? MashaaAllah. Tidak pernah sekali pun terlintas di fikiran. Sangat tidak percaya saja.

Tanganku meliliti tubuh Evelyn. Rambut yang wangi mengharum itu.

"Of course. My baby. Our baby. Our little twins. Perasaan yang kita kongsikan bersama. Of course I am so happy."

"Me too." Tawa kecilnya terletus. Comel saja tingkahnya.

"Nak tahu sesuatu tak?"

Masih tidak mahu lari dari topik, aku membuka cerita tentang perkara  berkait dengan bayi.

"Tahu apa?" soal Evelyn.

"Masa kecil dulu saya suka sangat tengok perut ibu mengandung. Besar. Bulat. Jadi, saya terfikir betapa hebatnya, Allah itu menciptakan dalam badan manusia, ada manusia lain."

Evelyn tertawa mendengar bicaraku. Terhibur barangkali akan ceritaku yang kedengaran agak childish itu. Tapi biasalah. Masa kecil, bukannya tahu apa sangat.

"I cannot imagine that. SubhanaAllah."

"Same goes to me. Sekarang pun saya tak sangka ada manusia lain dalam badan saya. Walau ini bukan kali pertama. "

Aku mengangguk tanpa dia melihat.

"Kalau sekarang saya pregnant, nanti dia dah lahir, awak jaga?"

"Mestilah. Anak saya. "

"Walaupun dia masih bayi?"

"Ya, sayang. "

Dia diam sebelum mengangguk. Tapi aku perasan senyumannya kian melebar. Terharu mungkin.

"Faahad."

Aku menggumam perlahan. Mata dipejamkan ingin rehat seketika.

"Nanti saya sambung belajar, semuanya awak yang tanggung ke?"

"Mesti."

"Bertanggungjawab betul lah awak ni. Abah dengan umi didik awak macam mana dulu, ya? Mesti sejak kecil lagi awak macam ni kan?"

"Haah. Sampai ramai perempuan terjatuh suka pada saya sebabkan sifat tanggungjawab dalam diri saya. They called me a gentleman. "

"Sangat."

"Why? Is there is any problem with that?"

"Takut awak buat baik pada orang yang salah aje nanti. Nanti ramai pula beratur nak jadi madu saya. Saya tak nak. Lawan silat dengan saya dulu lah kalau nak sangat."

Sontak, tawaku pecah. Aku tahu bahawa Evelyn ada ilmu pertahankan diri iaitu silat. Tapi baru saja lagi belajar kerana dia sendiri yang mahukan.

Jadi, segala kos untuk kelas tersebut aku yang bayarkan. Cumanya, aku memilih yang persendirian. Bermakna, guru akan datang bertemu Evelyn di rumah.

"Tak adalah. Sejak saya kahwin dengan awak, sifat saya yang satu ni ada batasnya."

"Okay. Nanti saya nak sambung bidang fashion because I love fashion. And then, I can become one of the famous fashion designer. Wow!"


500 votes lets go!

Perasaan Yang Terlarang | HIATUSWhere stories live. Discover now