BAB 5

5.6K 232 4
                                    

BADAN AKU RASA ditindih oleh sesuatu yang berat. Ditambah lagi digoncang kuat. Aku membuka mata perlahan-lahan.

"Awak, bangunlah. Saya bosan lah! " jerit Evelyn. Aku lihat di mana kedudukannya tika ini.

Mata yang tadinya kuyu, terbelalak jadinya.

Ya Tuhan, Evelyn Qiara!

"Evelyn! Kenapa awak duduk atas saya ni? Sakit perut saya."

"Semalam awak kata, saya ringan. Jadi tak sakit lah kan? " Matanya berkedip berkali-kali.

"Er.. Memanglah awak ringan. Tapi itu atas paha, bukan atas badan saya. Turun, please sayang," rayuku sambil memegang lengannya.

Kepalanya menggeleng. "No! Tak nak! Saya nak baring atas awak! " dia terus letakkan kepala ke atas dada aku sembari tangan melingkar di pinggang.

Mata aku terpejam erat sambil mengetap bibir. Dah kenapa bini aku seorang ni?

Jarinya bermain di abdomen aku pula. Kenapa main dekat situ pula jari tu? Geli tahu tak?

"Sikitnya abs awak. Kenapa tak cukup 8? Ni ada enam je? Awak tak cukup work out ni, Faahad," komennya sambil jari masih bermain di situ.

Bagi lelaki lain mungkin mereka tidak rasa geli tapi berbeza dengan aku. Itu antara tempat sensitif aku.

"Eh, ada orang lagi sikit daripada saya, okay? Ni dah kira bagus dah ni. "

"Ala.. Saya nak lapan. Bukan enam. "

Cakap pasal abdomen pula dah Evelyn ni. Bukannya penting pun kalau setakat untuk menjadi santapan matanya.

"Tak boleh demand. Susah tau nak dapat. " Aku kucup kepalanya. Haruman dari rambutnya memasuki rongga hidung.

"Hurm. Fine! Saya kalah. " Dia bangun dari baring.

"Awak, jomlah keluar jalan-jalan. Saya bosanlah. Awak tahu tak? Sepanjang awak tak balik sini, saya duduk rumah saja tau. Barang rumah dengan barang dapur pun saya beli online saja."

Bibir aku mengulum senyum manis.

Damn, Evelyn. You never fail to make me fall harder for you, honey.

Pipi putihnya diusap lembut. Ibu jari mengusap bibirnya yang sentiasa banyak bunyi itu.

"Apa usap-usap ni? Dahlah, jom! Kita jalan-jalan! " Dia turun dari menindih tubuh aku lalu menarik lengan aku sekuat hati.

"Ahhhh! Awak, jom. Saya merajuk nanti! " jeritnya nyaring.

Kalau macam nilah, boleh sakit dan bingit telinga aku nanti. Suara nyaring betul si Evelyn ni.

"Hah, mengelamun apa lagi tu? Awak tengah mengutuk saya kan? Ish! Cepatlah Faahad Haedar! " laungannya makin lantang.

Mata aku membulat sembari bangun dari baring. Lantas, aku bersuara dengan begitu tegas.

"Tak elok lah tinggi suara dekat suami. Awak nak jadi isteri derhaka ke? "

Pegangan di tangan aku dilepaskannya. Wajahnya menukur ke bawah sebelum bibir diketap. Tercebik-cebik wajah itu seolah mahu menangis.

"So.. Sorry.. Saya cuma nak ajak awak. Saya guna cara lembut, awak tak hiraukan. Maafkan saya, Faahad. " Perlahan suaranya kedengaran.

Nafas dihela perlahan. "Fine. Saya mandi dan bersiap dulu. " Dahi licinnya sempat dikucup sekilas.

Laju saja kepala itu terangkat dengan senyum lebar di bibir. "Cepat sikit! " pesannya.


500 votes!

Perasaan Yang Terlarang | HIATUSWhere stories live. Discover now