BAB 12

4.7K 187 0
                                    

SERAUT wajah itu tampak bersinar saat menanti dari dalam kereta.

"Dah ready?" soalku sambil melihatnya.

Lekas dia menoleh ke arahku dengan senyum manis terlakar di wajah.

"Dah. Saya ambil dia sekarang, ya?" soalnya dengan nada teruja.

Kepalanya yang berlapik fabrik selendang itu dielus.

"Boleh, sayang. Pergilah. Saya tunggu dalam kereta, ya? Nak buat surprise untuk dia."

"Okay!"

Sesudah itu, Evelyn keluar dari perut kereta Bezza milikku lalu berlari ke arah sang anak yang masih leka bermain dengan rakan-rakan yang lain.

Tidak lama kemudian, bibirku mengukir senyum manis. Membukakan pintu buat mereka berdua dari dalam.

"Come here, sweetie," pelawaku lembut.

"Walid!"

Tawa Evelyn dan aku bersatu. Indah benar kedengaran hingga berjaya melekat di pelupuk telinga sebelum mata aku dan si kecil Eryn bersabung.

Sepasang mata Eryn berdesis lunak yang sarat dengan kerinduan.

"Eryn windu walid," ucapnya dengan cebikan.

Pantas aku mendepakan tangan seluasnya. Perlahan-lahan Eryn mendekati aku lalu leher aku dipeluknya sebelum wajahnya disembamkan ke bahuku. Kedua belah tanganku menahan belakang tubuhnya lalu dielus kasih.

"Walid pergi mana? Kita cedih tiap hari tau bila walid tak datang dekat kita. Kita cedih bila tawan cakap walid dah lupa kita," luahnya dengan esakan yang sudah kian berlagu.

Pelupuk mataku mula basah sebaik mendengar esakannya. Walaupun pertemuan dan perkenalan antara kami tidak terlalu lama, tapi banyak kenangan manis yang kami lalui bersama.

"Walid tak lupa anak dara walid seorang ni. Setiap hari walid teringatkan muka Eryn tau. Walid pun rindu sangat-sangat Eryn. My sweetie. Always," bisikku.

"Walid tinggallah dengan kita. Kita nak walid," rayunya.

"Walid ada hal. Tak boleh lama-lama dengan Eryn. Nanti mama jaga dan teman Eryn. Okay, sayang?"

Jeda seketika.

"Okay. "

Aku tersenyum kecil. Rambut ikal mayangnya diusap sayang.

"Jom, kita balik rumah dulu. Eryn duduk dekat riba mama dulu." Belakang tubuhnya ditepuk lembut. Memintanya untuk ke sang ibu.

Eryn sekadar menurut. Didakap mamanya dengan erat.

"Emm.. Wanginya mama," gumamnya comel.

Tawa aku dan Evelyn terletus melihat kecomelan si kecil. Manja seperti ibunya.

Pemanduan diteruskan ke destinasi kami iaitu rumah sewa kami satu tingkat. Persekitarannya juga bukan seperti orang susah. Sederhana saja.

Sampai saja di rumah, Eryn bertukar tangan ke dalam dukungan aku. Rambut ikal mayang itu dikucup lembut dengan penuh kasih. Dibawa hingga ke dalam rumah.

Sudah tidak aku pedulikan jika ada mata lain yang memandang. Jiran di sini tidak tahu tentang perkahwinan aku dan Eryn yang dirahsiakan jadi mereka hanya beriak biasa.

Tapi lain pula mata lain yang dimaksudkan aku. Iaitu berkemungkinan orang Dr Medina. Atau mungkin wanita itu sendiri.

"Walid duduk dengan Eryn berapa hari?"

Evelyn sudah masuk ke dalam bilik sebelum bersedia hendak menyediakan makan tengah hari.

"Malam ni walid dah kena balik, sayang."

"Kenapa malam ni? Kenapa bukan esok ke? Kita nak sleep dengan walid."

"Mama kan ada?" 

"Nak mama dengan walid. "

"Nanti walid free, walid tidur dengan Eryn. Lepastu, kita spend time sama-sama okay?"

Anak kecil itu hanya diam dengan pipi yang sudah dikembungkan. Jemarinya dimainkan sesama sendiri.

"Eryn tak ada bawa toys?" Suara Evelyn mula mencelah.

Aku memanggung kepala memandang ke arahnya yang sedang berjalan mendekati kami.

Sepasang mata bundar milik Eryn juga turut memandang ke arah mamanya. Kepalanya bergerak ke kiri dan ke kanan.

"Tak ada toys. Tak ada uit," balasnya dengan cebikan.

Bibirku dikemamkan tatkala Eryn menyatakan kejujuran yang membuatkan aku berasa gagal menjadi seorang bapa.

Rasa bersalah mula menghuni diriku. Rambutnya diusap sayang.

"Tak apa. Nanti walid beli toys banyak-banyak untuk Eryn okay? Bukan toys aje. Eryn cakap aje apa-apa. Nanti walid belikan semuanya."

Bersinar mata bundar itu melihat ke arahku.

"Betul ke?"

Kepalaku jatuh sekali sambil tersenyum manis.

"Betul."

"Yeay!! Sayang walid kita!" Tubuhku didakapnya erat. Eryn benamkan wajahnya pada dada bidangku.

Anak mataku jatuh ke arah Evelyn yang hanya diam saja memerhatikan interaksi antara aku dan anaknya. Wanita itu sedang tersenyum manis ke arahku.

Sedari tadi, dia banyak mendiamkan diri dan tingkah lakunya itu buatkan aku merasa dirinya tampak matang. Sangat keibuan.

Bahkan seolah bukan lagi seperti Evelyn Qiara yang sentiasa manja denganku setiap kali aku bersamanya.

"Sayang Eryn juga," balasku perlahan. Dakapannya dibalas kemas.

"Eryn mengantuklah walid. "

"Jom, walid bawa Eryn ke bilik Eryn, ya?"

Aku sudah berdiri hendak membawanya ke kamar tidur yang aku sediakan buatnya.

Si kecil itu hanya menggumam perlahan dengan mata yang sudah kuyu.

Setelah tubuh kecil itu dibaringkan ke atas tilam bujangnya, aku membuka pendingin hawa dan selimut ditarik menutupi separuh tubuhnya.

Kucupan hangat dilabuhkan ke atas dahi licinnya.

"Sleep well my little honey."

Pintu dikatup dan saat itu jugalah Evelyn menyeru aku ke arahnya. Aku jongketkan kening ke arahnya. Punggung dilabuhkan di sofa sebelahnya.

"Kenapa?" soalku.

"Saya rasa, saya nak kerja. I mean, I really have to."

"Why? Ada yang kurang ke selama saya jadi suami awak sampai awak nak kerja?"

"Tak. Tak ada yang tak pernah cukup selama awak jadi suami saya, Faahad. Sikit pun saya tak pernah rasa kurang. Tapi saya juga teringin nak beli barang untuk Eryn guna hasil titik peluh saya sendiri."

"Tak perlu. Saya suami. Itu semua tanggungjawab saya. Awak tak perlu susahkan diri."

Evelyn mengigit bibir bawahnya lembut.

"Kalau... Saya nak sambung belajar? Eryn.. kita hantar ke rumah–"

"Cukup sekali aje seumur hidup dia tinggal di rumah itu, Lyn. Kita pun baru aje bawa dia balik dengan kita. Saya izinkan kalau awak nak sambung belajar sebab kepandaian anak biasanya turun dari si ibu. "

Nafas dihembus perlahan.

"Tapi tunggu lepas saya dah boleh jaga Eryn bermakna bila saya dah kerja. Then , saya akan ambil alih jaga dia dan awak boleh sambung belajar dengan tenang."

"Bermakna setahun lagi?"

Benarlah aku akan graduasi pada tahun hadapan jika aku berjaya lulus untuk semester terakhir dan layak untuk menamatkan pengajian serta merta.

"Yes."

Mataku dipejamkan seketika. Beberapa jam lagi aku akan bertolak ke Kuantan semula.

"Saya ada perkara nak beritahu awak."

"What is it?"

Perasaan Yang Terlarang | HIATUSWhere stories live. Discover now