BAB 15

4.5K 166 0
                                    

PAPARAN foto ultrasound yang Evelyn berikan kepadaku itu dikucup lembut dengan senyuman lebar bergayutan di bibir.

Indah sungguh rasa apabila menyedari bahawa aku sudah menjadi seorang bapa di usia muda.

Walaupun masih berada di Kuantan, tapi aku berpeluang untuk melihat bayi di dalam kandungan Evelyn dari jauh. Hasil pemeriksaan kehamilannya yang aku perolehi juga dia hantar melalui dalam telefon saja.

Mataku masih meratah foto tersebut. Bahagia tidak terungkap hanya dengan kata-kata.

"Maafkan walid sebab tak dapat teman mama baby ultrasound," ujarku perlahan.

Dalam keadaan berjauhan, hampir setiap hari Evelyn kemas kini kepadaku tentang keadaannya dan bayi. Syukurklah mereka masih sihat hingga ke hari ini. Malahan, baru saja isteriku itu memaklumkan padaku bahawa hari ini sudah cukup 4 bulan bersamaan dengan sekitar 17-20 minggu kandungan.

Jantina masih belum dapat diketahui kerana untuk melihat jantina bayi di dalam kandungan ini, adalah disarankan untuk melihatnya pada usia kandungan sekitar 20 minggu dan ke atas.

Ini adalah kerana, jantina seseorang bayi itu datangnya daripada sel yang sama.

"Oit! Senyum senyum, kenapa?"

Sergahan suara garau yang amat aku kenali itu menyebabkan pantas aku mengatup telefon lalu disimpan ke dalam kocek seluar.

Imran melabuhkan duduk di sebelahku dengan wajah curiganya. Sibuk tepi kain orang betul!

"Sibuk la kau," ujarku sekali jelingan tajam. Mata dipejamkan seketika seraya selesakan tubuh di kerusi dalam dewan tersebut. Tunggu beberapa minit saja lagi kelas aku pagi ini akan bermula.

"Alah.. Bagitahulah. Kau nak sorok hal lelaki pun, aku lelaki juga. Bukannya lain jantina." Bahuku disenggolnya sambil tersengih.

"Tak nak lah aku. Kau tahu aku suka berahsia. Bukan Faahad Haedar nak bercerita dengan orang ni."

Imran mencebikkan bibirnya. Setelah itu, dia berhenti bersuara dan sibuk dengan dunianya sendiri. Bagus!

Dunia aku terasa aman seketika sebelum tiba-tiba bahu kiriku rasa dicuit oleh seseorang. Pantas, aku memanggung kepala.

"Syad? Asal?" soalku pada rakan sekelas aku yang berkaca mata itu.

"Dr Medina nak jumpa kau."

"Kenapa? Aku dah siap semua assignment dia. Nak apa lagi?"

"Tanya aku pula. Pergi ajelah. Lecturer kau juga tu. Jangan derhaka! Tak berkat ilmu nanti," desaknya.

Aku mendesis. Macamlah wanita itu mahu berjumpa denganku disebabkan hal pelajaran atau kerja kursus yang diberikan olehnya. Walhal, pasti atas sebab lain.

"Tak nak. Aku tahu dia bukan nak cakap berkaitan dengan pelajaran pun. Tapi nak melencong ke perkara lain," tegasku menolak.

"Fine. Dia cakap, dia akan potong markah kau untuk next exam yang dah nak dekat. " Syad melabuhkan duduk di kerusi yang masih kosong di sebelahku.

Hujung bibirku mengherot senyum senget. Main mengugut pula wanita ini. Tak sedar diri agaknya diri sendiri itu sudah jauh lebih tua daripada aku. Tapi tetap juga masih menaruh harapan kepadaku.

Adakah dia lupa darjat antara kami jauh beza?

Lantas itu, mengapa dia masih menaruh hati kepadaku?

"Berapa aje?" Ejekku.

"Almost.. half. "

Dengusan kasar terhembus. Sebal terasa di segenap tangkai hati aku. Ternyata wanita itu sengaja menggunakan kuasa vetonya sebagai pensyarah aku untuk memotong markah aku sesuka hatinya.

Hanya disebabkan perihal tidak penting?

"Perempuan ni memang cari fasal dengan akulah," ujarku perlahan.

"Huh? Kau ada masalah dengan Dr ke? Kenapa? Dia buat apa?" Sampuk Imran di tepi pula. Sah, dia dengar segala perbualan antara aku dengan Syad tadi.

Meja kecil yang bersambung dengan kerusi yang diduduki itu dihentak kasar dengan genggaman tangan aku. Mujur saja tidak rosak atau lebih teruk lagi patah.

Jam di pergelangan tangan, dipandang seketika. Masih berbaki beberapa minit saja lagi sebelum kelas bermula. Pastilah tidak boleh keluar sekarang.

Wajah Syad di sebelah dipandang semula.

"Pukul berapa dia nak jumpa?" Tertahan saja nada suaraku saat ini. Geram dan sebal bercampur aduk dalam satu masa ketika ini!

Wanita bernama Dr Medina itu benar-benar menguji kesabaran aku. Sudah berkali aku bilang padanya bahawa tiada lagi perihal sebegini dibangkitkan antara kami, tetap juga dia berdegil.

"Tepat waktu lepas kelas tamat."

Aku diam. Tidak beri sebarang respon lagi lalu pandangan lurus ke depan.

"WHAT do you want, Dr Medina?"

Buku tebal yang dibawa di tangan tadi dihempas kasar ke atas meja makan tersebut. Memang di sini sajalah tempat terbuka yang boleh kami bertemu.

Tak akanlah mahu bertemu di tempat yang tertutup pula. Fitnah boleh terjadi bila-bila masa saja terutamanya apabila tempat ini ialah tempat untuk menuntut ilmu.

Bukan untuk cari jodoh!

Lainlah bagi orang lain. Mungkin bagi mereka begitu tapi tidak bagiku.

"Hey, chill. Kenapa nak kena hentak buku ni, hm?"

Geli geleman aku mendengar nada suara mendayunya itu. Konon wanita terakhir tapi sebaliknya, hanya menyerabutkan kepala aku saja.

"Dr nak apa? Cukuplah ganggu saya. Saya tak nak perempuan tua. Faham tak?" Selorohku bersahaja.

Tapi riak wajah wanita itu kekal tenang saja. Tidak nampak yang dia terasa akan bicaraku sebentar tadi.

"Tapi badan saya-"

"Saya tak anggap wanita ini barang. Tak perlu Dr nak bercakap macam Dr ni wanita yang tiada maruah hanya kerana mahukan seorang lelaki yang Dr minati," potongku.

Dr Medina mendengus geram. Sebal. Matanya menjelingku tajam tapi sedikitpun aku tidak kisah.

"Awak cabar saya, Faahad. Saya, kalau tak dapat apa yang saya nak dengan cara bersih, saya guna jalan pintas."

Aku mengherot senyum sinis.

"Jalan pintas ke jalan kotor?" Bidasku.

Kedudukan dibetulkan. Melilau mata dipandang suasana di sekeliling. Semua orang sibuk dengan hal mereka sendiri. Baguslah. Jangan ada yang jadi pemerhati pula.

"Okay, look Dr Medina. You are a lecturer. I know you are smart. Of course! You have a PhD. Jadi, tak akan hanya disebabkan saya, Dr nak jadi se.. I'm really sorry to say this to you, but.. Takkan Dr nak jadi sebodoh ini? "

"Saya tak tahulah Dr pernah dengar atau tak ayat ni. Ilmu itu bukan saja perlu dicari dan dipelajari. Tapi juga untuk diamalkan. Sepanjang hidup. Dr ada ilmu, jadi gunakan dengan kebijaksanaan yang Dr miliki. Think twice before you did something that can crush my life. Or others. Please, Dr."

"Act like you are one," sambungku sebelum lekas beredar dari situ.

Perasaan Yang Terlarang | E-BOOKWhere stories live. Discover now