Bab 21

13 4 0
                                    

Dah hampir malam mereka mencari Kim di sekitar kawasan homestay. Kim masih lagi tidak dapat dijumpai. Semua dah mula rasa bimbang akan keadaan Kim. Ryan mula rasa bersalah akan tidakkannya semalam kepada Kim tanpa berfikir dahulu. Mungkin emosinya terganggu semalam. Bukan Ryan sahaja berasa begitu, yang lain juga merasakan hal yang sama.

     Khai mula mengalirkan air matanya. Dan secara tiba-tiba satu idea terlintas di dalam pemikirannya.

     "Ryan, apa kata kita cari dia dekat homestay kita yang lagi satu?"

     Khai dan yang lain semua serbu masuk ke dalam homestay yang terletak jauh di Bandar Seoul. Kali ni homestay yang mereka singgah itu jauh beza dari homestay mereka yang berada di Bandar Seoul. Di sini lebih sunyi dan tidak ramai penghuni.

     Sekali lagi mereka mencari, kelibat Kim masih lagi tidak dapat dijumpai. Mereka keluar dari homestay tersebut dengan kepenatan. Tiba-tiba pandangannya tertumpu ke arah hutan yang berada tidak jauh di hadapan homestay mereka.

     Dengan pantas Khai berlari redah masuk ke hutan tersebut tanpa memberitahu yang lain. Alex yang perasan akan hal itu mengejar Khai. Khai berlari tanpa tuju, janji dapat menjumpai Kim di dalam ataupun tempat mereka yang selalu lepak bersama. Dengan kegelapan malam, semak samun yang berada di sekeliling. Khai hanya berlari dan menjerit nama Kim buat beberapa kali. Alex tetap mengejarnya dari belakang sambil memanggil Khai untuk berhenti.

     Tiba-tiba kaki Khai tersandung di sebalik batu kecil dan dia akhirnya terjatuh dalam gaung. Dan kepalanya terhantuk kuat pada batu yang berada berhampiran dengannya. Khai terus tidak menyedarkan dirinya, darah mula mengalir dari kepala dia dengan banyak.

     Alex kaku melihat keadaan Khai. Bingkas dia berlari ke arah Khai dan memangku kepalanya. Alex mula sebak dan menangis sepuas hatinya sambil menjerit meminta tolong mereka yang lain untuk datang ke sini.

     "Ryan! Tolong Khai!"

     Reality.

     "Kim Jinyoung!" Khai terus tersedar dari pengsan sambil menjerit. Rei yang berada di sebelahnya terkejut melihat Khai tersedar dalam keadaan sebegitu. Lantas, dia memegang kedua-dua bahu Khai. Wajah Khai yang pucat itu dia tenung.

     "Khai, kau okay ke tak ni?"

     Khai menundukkan kepalanya dan menangis.

     "Khai kenapa ni?" soal Rei dengan rasa bimbang. Khai dengan secara tiba-tiba terus dia memeluk Rei erat. Tangisannya dilepaskan pada bahu Rei.

     "Rei, Khai dah ingat semuanya..." Rei terdiam. Perlahan-lahan tangannya membalas pelukan Khai dan menepuk belakangnya. Akhirnya, setelah sekian lama, matanya ditutup dan air mata Rei mengalir di pipinya buat kali kedua.

     "Khai dah faham kan sekarang? Kitaorang dah banyak buat salah kat dia. Kitaorang tak sempat nak mintak maaf kat dia. Rei pun, terlalu kurang ajar dengan dia..." kata-kata Rei membuatkan Khai meleraikan pelukan tersebut. Tangan Rei digenggam olehnya.

     "Rei. Rei tak perlu mintak maaf kat dia."

     "Ha?"

     "Dia dah lama maafkan Rei. Begitu juga dengan yang lain. Dia yang beritahu sendiri dekat Khai."

     Rei mengerutkan dahinya. "Macam mana."

     "Rei, tak semestinya kawan imaginasi ni berlaku setiap masa. Mana tahu, setiap perjumpaan Khai dengan Kim tu... Roh dia yang betul?"

     "Means?"

     "Entahlah Rei. Khai dapat rasa yang Khai bercakap dengan roh Kim dekat bawah pokok hari tu... Tak tahulah Rei percaya ke tak, but hati Khai yang kata macam tu." Khai bermain dengan jarinya sambil menyeka air matanya. Khai mengalihkan pandangannya ke arah wajah Rei. Lalu tangannya mengesat air mata Rei yang tak henti-henti mengalir. Rei hanya terkedu atas perbuatan Khai kepadanya.

     "Kim tak suka tengok kita menangis. Kalau tak, dia turut menangis sekali. Rei nak ke Kim menangis dekat atas sana?" kata Khai sambil mengesat air mata Rei. Khai tersenyum kecil, cuba untuk tidak mengeluarkan air matanya. Rei memegang tangan Khai.

     "Okay Rei tak akan menangis lagi. Memang betul apa yang Khai kata..." Khai mengganguk.

     "Khai."

     "Hm?"

     "Kau sepatutnya bersyukur sebab dapat luangkan masa dengan dia buat kali terakhir. Untung kan?" Rei mengalihkan pandangannya ke arah tingkap.

     "Ya Rei. Khai bersyurkur sangat..."

     "kalaulah Rei yang berada di posisi kau Khai. Rei akan setiap hari layan kawan imaginasi Rei kalau orang itu ialah Kim, untungnya... Kenapalah aku tak kena penyakit macam kau Khai?" Khai ketawa terus menepuk bahu Rei.

     "Rei ni kan."

     "Rei serious lah. Rei nak sangat jumpa Kim balik..." kata Rei dengan nada perlahan.

     "Hm Rei... Bila Khai boleh keluar dari hospital? Khai nak lawat kubur Kim..."

     "Esok petang, sekarang ni yang lain tengah uruskan pengebumian Kim, Rei pun nak lawat sekali... Kita dua pergi sama-sama okay?"

     "Okay Rei..."


KHAI ✔️Where stories live. Discover now