Bab 3

28 5 0
                                    

"Shun ambik!" Shun terus terdengar jeritan lantang dari Alex. Lantas Shun menangkap bola daripadanya dan terus berlari menuju ke jaring gol.

     "Kun! Halang Shun!" Rei sedaya upaya mengejar Shun, tapi malangnya dia tak dapat lawan dengan kelajuan Shun berlari. Jadi dia menyuruh Kun untuk halang Shun.

     Kini, Shun tepat-tepat berhadapan dengan Kun yang memandang tajam ke arah Shun. Bola di genggaman dipegang kemas. Peluh yang mengalir di dahi Shun dibiarkan. Shun terpandang satu kelibat manusia berlari di sebelahnya. Ianya Khai.

     "Shun sini!" Shun pun tanpa lengah terus membaling bola ke arah Khai. Khai dapat menangkapnya dan terus berlari laju ke arah jaringan gol. Shun dengan Alex cepat-cepat menghalang Ryan, Kun dan Rei dari merampas bola daripada Khai.

     "Khai cepat! Kau boleh buat!" jerit alex memberi semangat kepadanya sambil menghalang Rei.

     Khai menggunakan semua tenaganya lalu dia melompat dengan tinggi dan membalingkan bola tersebut ke dalam jaring.

     Dan ia masuk!!

     Shun dan Alex terus menuju ke arah Khai yang sedang bersorak kegembiraan.

     "Yeah! Kita menang!" lompat-lompat kitaorang di hadapan diorang yang kalah. Mereka bertiga menayangkan wajah sayu dan terus terduduk.

     "Mana adil, dah ketiga-tiga tu lari laju. Kitaorang ni? Aish! mana adil macam ni!" Rei merugut dan kami bertiga ketawa melihat terlatahnya.

     "Lah Rei relax lah" Alex menepuk bahu kanan Rei. Ryan dan Kun hanya terduduk pasrah.

     Shun berpaling badan ke kanan, Shun ingatkan Khai ada kat sebelah. Tapi sekarang dah tak ada.

     Shun mengecilkan mata sedikit selepas jumpa akan tubuh Khai yang tidak jauh dari sini. Kelihatan, Khai tengah memegang sesuatu di tangannya.

     Shun terus berjalan mendekati Khai. Dan apa yang aku nampak di tangannya ialah sebuah rantai yang amat familiar bagi pandangan aku.

     "Khai kau jumpa rantai ni kat mana?" soal aku dan itu telah membuatkan Khai terkejut dengan kehadiran aku secara mengejut.

     "Kat sini. Kenapa?"

     "Itu rantai Rei." balas Shun.

     "Hah?"

     "Cuba Khai tengok ukiran dekat cincin tu. Dia tulis apa?" Shun menunjuk cincin yang berwarna silver di dalam rantai tersebut. Terus Khai melihat dengan teliti ukiran yang ada pada cincin itu.

     "Rei x First?"

     "Ya itu nama Rei. Maybe dia tercicir masa tengah main bola keranjang tadi kut." jelas Shun kepada Khai sambil tersenyum.

     "Hey! Korang berdua kat sana ada nampak rantai Rei tak?"


KHAI ✔️Where stories live. Discover now