Bab 11

16 4 0
                                    

"Jadi, perkara ni first time terjadi? Sebelum-sebelum ni tak ada?"

     "Ya, ni first time terjadi." kata-kata Ryan dihentikan dengan keluhan. Yelah kan, fikir pasal kesihatan Khai tu. Ryan hanya melihat tingkah laku doctor yang berada di hadapan aku.

     Kini Ryan dan Kun serta doctor itu duduk di dalam biliknya. Doctor itu membelek beberapa fail di tangannya.

     "Saya tak beberapa pasti  tentang perkara ni. Tapi mungkin ia disebabkan oleh kisah silamnya atau pun dia kepenatan dan lelah. Saya rasa dia jadi begitu kerana trauma akan kisah silamnya dulu. Mesti ada kisah di sebaliknya dari semua ni."

     Ryan dan Kun hanya mendengar penjelasan dari doctor. Ya, mungkin betul apa yang dikatakan oleh doctor sebentar tadi. Ryan baru teringat satu perkara. Banda ni terjadi masa Khai termasuk dalam gaung itu ketika nak cari Kim. Keadaan dia selepas kepalanya terhantuk dengan batu tu, serupa macam yang tadi. Muka pucat teruk badan menggigil, ia memang sama.

     Semuanya salah aku.

     Kenapalah aku terlalu baran masa tu?

     Kalau aku tak  bersuara dulu, mesti semua benda ni tak akan terjadi sampai sekarang.

     Tapi apakah daya, semuanya terlambat.

     Aku menyesal.

     Kenapalah aku pentingkan sangat pasal camera tu?

     Maafkan Ryan, Kim.

     "Ada satu lagi perkara yang saya nak beritahu pada awak berdua." aku terus berhenti mengalamun selepas dikejutkan dengan teguran doctor tersebut.

     "Apa doctor?" soal Kun.

     "Sepanjang dia duduk serumah dengan kamu. Ada perkara pelik tak terjadi dekat dia selepas dia hilang ingatan dulu."

     Lantas Ryan dan Kun berpandangan sesama sendiri. Terus membulat kedua-dua mata Ryan. Ryan lupa nak bagitahu pasal Khai cakap sorang-sorang tu. Ryan berpaling semula ke arah doctor tersebut dan membalas. "Ya doctor, dia cakap sorang-sorang. Perkara ni dah dua kali berlaku. Memang pelik perangai dia semenjak ni. Kenapa ya doctor?" Ryan mengeluarkan camera dan memaparkan gambar yang ditangkap oleh Alex hari itu lalu menghulurkan camera tersebut kepada doctor untuk melihatnya sebagai bukti.

     Doctor hanya angguk memahami dan terus memandang Ryan dan Kun.

     "saya dah agak benda ni akan terjadi. Selalunya mangsa cuma koma ataupun yang dah hilang ingatan tu ada beberapa kesan yang dia perlu hadapi. Saya check semua keadaan Khai tadi, dan apa yang saya dapat. Ruap-rupanya dia mengalami penyakit yang dipanggil sebagai 'imaginary friends'. 'imaginary friends' juga dikenali sebagai teman berpura-pura atau rakan-rakan yang tidak kelihatan seperti fenomena psikologi dan sosial di mana persahabatan atau hubungan interpersonal lain berlaku dalam imaginasi dan bukan realiti fizikal luaran. Walau rakan imaginasinya tidak dapat dilihat oleh orang lain tapi juga mungkin ia kelihatan sangat nyata untuk pelinghatan rakan awak tersebut."

     Ryan dan Kun kedua-duanya bingung dan pada masa yang sama terkejut dengan penjelasan doctor sebentar tadi.



KHAI ✔️Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt