Bab 10

18 4 0
                                    

"Argh!"

     Semua terus berlari ke arah Khai, Rei pula berkali-kali menggoyangkan bahu Khai. Perasaan bimbang mula menyelubungi diri aku. Termasuk yang lain.

     Khai dalam keadaan menggigil dan bibirnya berubah kepada kebiruan. Mukanya pucat teruk. Rei meletakkan tangannya di atas dahi Khai. Matanya terus membulat.

     "Suhu badan dia panas gila. Macam mana ni? Badan dia menggigil teruk. Peluh dia pun banyak mengalir." Rei pandang mereka dengan rasa gelisah.

     "Khai, kau okay tak?" Kun bertanya kepada Khai berkali-kali. Tetapi malangnya Khai tidak menjawab, dia hanya menahan rasa sakit dan badan hanya terus menggigil.

     "Khai!" Alex sebak melihat keadaan Khai sebegitu. Begitu juga dengan Shun.

     Ryan tanpa membuang masa lagi terus mendekati Khai dengan lebih dekat dan memegang kedua-dua pipinya.

     "Khai, bertahan okay?" kata Ryan perlahan kepadanya dalam nada serak. Dia hanya merespon dengan anggukkan yang lemah. Aku menyentuh dadanya, bertapa terkejutnya aku yang jantungnya berdegup lemah.

     "Kita kena bawak dia pergi hospital. Muka dia dah start pucat teruk ni! Cepat!"

     Begitu kelam kabutnya mereka selepas apa yang berlaku kepada Khai. Kemudian, Ryan arahkan Shun untuk mendukung Khai dari belakang. Alex pula mula mengemas barang bersama yang lain.

     Mereka mula berlari dengan pantas walaupun dalam gelap gelita dan semak samun hutan yang menghalang laluan mereka semua ke kereta. Dan tanpa aku sedar, air mata aku mengalir perlahan.

     Hospital Gangnam.

     Kelima-lima jejaka itu masih lagi menunggu keputusan dari doctor di ruang menunggu. Shun tersedu sedan menangis tentang keadaan Khai sekarang. Alex, seperti biasa memujuk Shun untuk meredakan tangisannya.

     Kun dan Rei hanya termenung jauh manakala Ryan berjalan berulang-alik di hadapan ruang menunggu dengan perasaan yang gelisah.

     Beberapa minit kemudian.

     Mereka terdengar pintu dibuka dari dalam dan kelihatan seorang doctor keluar dari bilik wad kecemasan tersebut. Lalu dengan pantas mereka mendapatkan doctor tersebut.

     "Doctor macam mana keadaan dia? Okay?" soal Ryan dengan nada resah. Doctor hanya tersenyum lalu mengangukkan kepalanya.

     "Wah, syukur!" semua orang menghelakan nafas lega, dengan secara tiba-tiba doctor menambahkan beberapa ayat lagi untuk berkata. Dalam fikiran mereka, sudah semestinya berita buruk.

     "Tapi?" Ryan menyoal doctor itu semula.

     "Saya nak bincangkan beberapa perkara. Perkara ini amat penting dan ia tentang kesihatan kawan awak. Kalau boleh, kita masuk ke bilik saya untuk perbincangan."

     Ryan terkaku untuk seketika dan menoleh ke arah kawan-kawannya.

     "Korang tunggu sini biar Ryan dan Kun yang pergi." kata Ryan dan mereka hanya menganguk perlahan dan mereka memasuki ke dalam wad Khai.

KHAI ✔️Where stories live. Discover now