Bab 14

13 4 0
                                    

"Wehh Shun. Tengok nurse tu cantik kan?" Khai menyiku lengan Shun sambil matanya memandang ke arah satu tempat. Shun pun terus akur dan berpaling ke arah yang di pandang oleh khai. Shun nampak, seorang nurse sedang membawa seorang kanak-kanak perempuan. Lalu aku berpaling ke arah Khai semula dan tersenyum.

     "Ey Khai, berminat dengan nurse tu ka?" gurau aku kepadanya. Khai tertawa halus dan menggelengkan kepalanya.

     "K jom. Dah settle." Ryan dan Rei datang ke arah kami berdua sambil membawa beberapa plastic di tangan. khai merangkul leher Shun. kadang kala sambil mereka berjalan keluar dari hospital ni, Shun mengintai sedikit wajah Khai disebelah Shun.

     Senyuman manisnya yang terukir, Shun gembira melihatnya. Dia betul-betul tak tahu apa reaction Khai nanti bila dia dapat tahu pasal Kim. Aku tak boleh bayangkan. Akhirnya mereka dah keluar dari kawasan hospital dan menuju ke tempat parking. 

     Kereta hitam milik Ryan makin dekat dari tempat mereka berjalan. Sesampai sahaja mereka jejak di hadapan kereta milik Ryan, Ryan mengetuk tingkap kereta dan terpaparlah wajah Alex. Alex mengosok matanya dan dia kelihatan masih mamai.

     "Alex lena nampak. cepat lah buka pintu." kata Ryan, lalu Alex hanya akur akan arahan Ryan dan membuka pintu.

     "Korang nak pergi mana-mana tak lepas ni?" pelawa Ryan sambil mengemas barangan Khai di dalam bonet kereta.

     "Apa kata kita pergi jalan-jalan makan angin kat taman. Nak jugak sekali sekala tengok keindahan alam semula jadi kat Korea ni kan?" cadang Kun. Manakala yang lain hanya mengganguk bersetuju.

     Taman.

     Badan Ryan menggigil kesejukkan sambil membetulkan jaket yang berada di badan. Fuh! Sejuk gila nanti karang tak pasal-pasal Ryan jadi Elsa Frozen. Tiba-tiba ada seseorang menyiku pada lengan Ryan. Ryan melihat siapa gerangan tersebut.

     "Kenapa Shun?"

     "Tu nak pergi sana kat tak?" Shun memuncungkan mulut ke arah tersebut. Ryan pun berpaling ke arah tersebut. Ryan terkedu seketika. Tempat ni. Hmm, dah lah harini hari jadi Kim. Ryan cuba menarik nafas dalam dan hembus perlahan lalu Ryan berpaling semula ke arah Shun sambil tersenyum.

     "Boleh. Jom kita ajak dorang singgah kat tempat tu kejap." kata aku kepadanya. Shun hanya mengganguk dan turuti arahan Ryan.

     Ryan perhati ja bila Shun arah mereka singgah ke tempat tu kejap, terus riak wajah mereka berubah serta merta.

     Ya Ryan tahu perasaan mereka macam mana sekarang.

     Kecuali Khai, sekali lagi.

     "Kawasan ni sesuai kalau kita berkelah kat sini." kata Khai.

     Semua terus memandang sambil tersenyum pahit. Tiba-tiba Shun datang ke arah Ryan. Dia berdiri di sebelah Ryan dan menundukkan kepalanya ke bawah. 

     "Shun ingat lagi. Sini Rei duduk." Shun menunjukkan jari telunjuknya di bawah. 

     "Dan sebelah Rei, Khai, Kun. Then Ryan, Alex, Shun, and last tempat yang Khai berdiri sekarang tempat Kim duduk." Ryan tersentak melihat riak wajah Shun yang makin murung itu. Kemudian, Ryan memandang tepat-tepat ke arah Khai.

     Ya, betul kata Shun. Khai sedang berdiri di tempat yang Kim duduk dulu. Dua tahun lepas ketika berkelah dekat sini. Bertapa rindunya aku dengan kenangan-kenangan waktu dulu.




KHAI ✔️Where stories live. Discover now