Bab 1

64 7 0
                                    

Penat! Aku pandang ke arah ahli kumpulanku yang turut merasa kepenatan kerana baru sahaja menghabiskan dua kali dance practice. Kami perlu siapkan video dance practice untuk lagu terbaru kami iaitu Our Memories.

     Music video telah dilancarkan seminggu yang lepas dan ramai memberi kata-kata positif. Dan ramai Fancy (nama fans) mengatakan lagu ini mengingatkan mereka kepada masa silam yang menyedihkan.

     Tiba-tiba salah seorang ahli kumpulanku bertanya sesuatu kepada aku sehingga membuatkan aku kembali ke alam realiti.

     "Khai lepas siap video dance pratice ni kita travel ke luar negara nak tak?" ujar seorang remaja lelaki berbangsa cina bernama Rei.

     "Aku ikut ja kalau kita nak pergi melancong lepas ni." jawab aku. Manakala yang lain hanya terangguk-angguk.

     "Tapi kita nak pergi melancong dekat mana?" tanya aku.

     Semua masih lagi berfikir dalam diam. Sehinggakan aku berasa aku berada di pertengahan perkuburan yang sunyi sepi pada lewat malam.

     Dan secara tiba-tiba aku mendapat ilham dan terus mengangkat tangan. "Korang apa kata lepas ni kita pergi ke Seoul Korea nak tak?" tanyaku teruja.

     Semua yang ada di situ memandang aku seperti alien yang baru sahaja mendarat di bumi. Asal diorang tengok aku semacam ja , aku ada tersalah cakap ka? Atau idea aku macam budak-budak tadika?

     Mereka pandang sesama sendiri dan akhirnya salah seorang daripada ahli kumpulan aku menjawab "Aku ikut ja mana kita nak pergi." ujar seorang lelaki berbangsa cina bernama Alex.

     Dan selepas yang lain mendengar kata-kata Alex mereka semua akhirnya mengangguk bersetuju.



KHAI ✔️Where stories live. Discover now