Bab 17

11 4 0
                                    

"Khai tak keluar lagi dalam bilik dia?"

     "Ya, Ryan."

     Ryan meletakkan kepalanya di atas meja lalu perlahan-lahan keluhan dilepaskan. Manakala Rei pula hanya menghirup secawan air kopi digenggamannya.

     "Dah nak senja. Biarlah aku panggil Khai. Dia dah okay dah tu." Kun membangunkan dirinya lalu kerusi yang dia guna tadi diletakkan balik ke tempat asalnya semula.

     "Kau pasti Kun?" soal Ryan.

     "Ya, jap aku panggil dia." Kun terus keluar dari dapur dan pergi ke bilik Khai. Shun yang perasan akan tindakan Kun itu, terus menutup sistem telivisyen dan pergi ke arah Kun.

     Tangan Kun segera mengetuk pintu bilik Khai buat beberapa kali.

      "Khai..."

     Masih tiada lagi sahutan daripada Khai. Kun dan Shun hanya menunggunya. Rasa tidak sedap hati mula menyelubungi diri Kun. Dia segara berpaling ke arah Shun yang berdiri di sebelahnya.

     "Kun, entah-entah Khai pengsan?"

     Selepas mendengar kata-kata tersebut dari bibir Shun. Terus Kun mengetuk-ngetuk berkali-kali, tapi lebih kuat berbanding yang tadi.

     "Khai! Khai!" suara Kun yang kuat itu serta dengan bunyi ketukan terus menarik perhatian semua orang yang berada di dalam homestay tersebut. Terus, semua berkumpul di hadapan bilik Khai  untuk melihat apa yang sedang berlaku.

     "Kun asal ni?"

     "Khai tak sahut apa-apa pun. Aku risau kalau apa-apa terjadi kat dia." muka yang lain terus cuak selepas mendengar penjelasan dari Kun.

     "Lah Kun. Kunci kan ada. Kau ni." Rei terus berlari ke laci yang berada di kawasan ruang tamu. Kunci yang berada di laci itu lekas dia ambil.

     "Nah!" Rei menghulurkan kunci tersebut ke arah Kun. Kun terus tersengih.

     "Dah. Dah, buka pintu tu cepat." pintu terus dibuka oleh Kun. Shun dan yang lain mula menjejakkan kaki masuk ke dalam bilik Khai. Tapi semuanya hampa, tiada kelibat Khai pun dalam bilik dia. Ryan mula mengusutkan rambutnya.

     "Khai hilang!" jeritnya. Alex mengeledah semua kawasan bilik Khai.

     "Ya, dia tak ada dalam bilik dia." balas Alex dengan muka cuaknya. Semua dah rasa gelisah akan kehilangan Khai. Di mana dia menghilang?

     "Jom kita pergi cari dia. Aku pasti, dia still lagi ada kat kawasan sini. Dia takkan pergi jauh punya." arah Kun sambil berlari-lari mengambil barang keperluan yang ada.

     Yang lain terus mengangguk faham dan menuruti arahan daripada Kun.

     Matahari hampir terbenam membuatkan rasa risau mereka semua makin membuak dalam diri. Khai masih lagi tidak dijumpai selepas beberapa jam mereka mencarinya.

     "Ryan!" Ryan terus memberhentikan langkahnya dan pandangannya berpaling ke arah Alex yang sedang menuju ke arahnya.

     "Kenapa? Dah jumpa Khai?" soal Ryan. Alex menayangkan wajah sayu dan menggeleng.

     "Tak ada... Alex dah pergi semua tempat yang Kun arahkan tadi. Tapi tak jumpa Khai langsung." selepas Alex berkata begitu, badan Ryan terus longlai dan dia terduduk di atas bangku yang berdekatan.

     "Ryan, kau okay tak?" Alex perasan akan tingkah laku Ryan itu terus dia duduk di sebelah Ryan. Bahu Ryan ditepuk olehnya.

     "Tak. Aku cuma... risau. Aku taknak kehilangan seorang lagi. Kim masih lagi tak pulang. Entah dia hidup ke tak sekarang. Ni Khai pulak? Hm..." Alex yang mendengar kata-kata dari Ryan itu terus dia memeluk tubuh si jejaka tersebut dengan erat.

     "Alex faham. Alex pun taknak kehilangan sahabat Alex."

     Hari sudah pun melarut malam. Mereka yang lain masih lagi mencari Khai di merata-rata tempat. Mereka biarkan keadaan mereka dalam keadaan lapar, penat dan sebagainya janji Khai dapat dijumpai sebelum masuk hari esok. Kerana mereka telah memutuskan, jika Khai masih  lagi tidak dapat dijumpai sehingga hari esok. Mereka akan terus ke  balai polis.

     Tiba-tiba telefon milik Alex berdering. 

    "Hm? Kun?" Alex segera mengangkat panggilan tersebut selepas mengeluarkan telefonnya dari poket seluar. Ryan yang turut perasan akan panggilan itu, dia pun hanya mendiamkan diri dan mendengar perbualan Alex dan Kun.

     "Kun kenapa? Dah jumpa Khai?"

     "Nope. Ryan ada dengan kau kan Alex?"

     "Haah."

     "Kitaorang semua dah berkumpul dekat tapak kawasan perkhemahan kita dulu. Korang dua kena cepat datang dekat sini. Cepat."

     "Oh ok." Alex terus menutup panggilan itu dan menarik tangan Ryan sambil berlari.

     Khai, Ryan harap sangat keadaan kau okay...

     Maafkan Ryan Khai...


KHAI ✔️Onde as histórias ganham vida. Descobre agora