Bab 16

11 4 0
                                    

Aku memeluk tubuh sendiri sambil menangis di sudut katil. Tak mungkin, selama ni aku berkawan dengan. Tak mustahil. Itu semua mengarut.

     Aku hanya mengurung dalam bilik. Aku  takkan sesekali keluar sehinggalah aku teringat akan sesuatu yang penting.

     Kim Jinyoung.

     Aku nak jumpa dia.

     Dah beberapa jam aku duduk dalam bilik sendirian. Mata aku dilirikkan pada jam di dinding. Dah masuk pukul lima petang. Tak tahulah keadaan Kim macam mana, tadi dah lah hujan lebat. Aku lekas berlari menuju ke pintu, memulas tombol pintu perlahan-lahan dan membukanya.

     Aku mengintai sedikit di luar kawasan bilik aku. Aku kena pastikan yang lain tak nampak kelibat aku.

     Aku kena keluar dari sini secara senyap-senyap. Lalu, kedua-dua kaki aku melangkah keluar dari bilik secara perlahan tanpa membuat sebarang bunyi. Kini, aku berada betul-betul di hadapan dapur. Rupa-rupanya mereka semua tengah duduk di halaman belakang. Ni lah peluang aku. Aku terus mengambil kunci dan membuka pintu bingkas aku berlari keluar.

     "Mana dia?" aku cari Kim di merata-rata tempat, kalau boleh satu kawasan percutian ni aku sanggup merayau demi cari dia.

     Tapi still tak jumpa.

     Dan aku terus teringat satu tempat ni yang aku masih lagi tak pergi. Ya, tempat perkhemahan tu. Aku harap sangat Kim ada kat sana. Dan sehinggalah, aku berhenti betul-betul di depan kawasan perkhemahan tu. Aku jejakkan lagi lebih dalam ke sana.

     Betapa terkejutnya aku apabila kelihatan sekujur tubuh yang amat aku kenali duduk di atas batu besar yang berhampiran. Bajunya habis basah. Aku terus berlari ke arahnya yang memeluk tubuh di dalam kesejukkan itu. Aku terus berlari ke arahnya yang memeluk tubuh di dalam kesejukkan itu.

     "Kim!" jerit aku, terus aku memeluknya.

     "Khai?" aku leraikan pelukan dan melihat wajahnya yang lesu.

     "Kim, kenapa duduk kat sini? Sepatutnya Kim duduk lah kat tempat yang teduh. Ni tak. Nanti demam lah." bebel aku kepadanya. Namun Kim tidak merespon apa-apa pun dari kata-kata aku. Dia hanya memandang aku tanpa berkedip mata.

     "Huh.." aku denagr keluhan dari Kim semasa aku nak angkat dia untuk berdiri. "Khai, biarkan Kim duduk kat sini." tiba-tiba Kim bersuara. Dia meleraikan pengangan lengan aku kepadanya.

     "Tapi, Kim." 

     "Khai please? Kim tak ada apa-apa. I'm fine okay?"

     Aku mengeluh.

     "Kalau macam tu. Khai pun nak duduk kat sini." aku terus melabuhkan punggung di sebelah Kim.

     Kim kembali mendiamkan diri. Kekok ja suasana di antara kami berdua. Aku intai melihat Kim di sebelah aku. Pandangan dia kosong ja. Aku pandang punya lama sehinggakan secara tiba-tiba rasa sakit menyerang kepala aku. Sakit yang mencengkam telah membuatkan aku mengerang kesakitan.

     Maka, timbullah beberapa bayangan di kepala yang kini mula membising di fikiran aku. Pengsan? Ya, aku rasa macam aku tengah pengsan tapi hanya untuk sementara.

     Aku kini berada di tempat perkhemahan. Banyak juga manusia yang berdiri di sekeliling aku. Tapi, wajah mereka semua tak beberapa jelas. Suara mereka juga tak berapa nak jelas.

     Apa semua ni? Kisah silam aku ka?

     "Khai! Besar jugak eh hadiah kau untuk Kim. Untuk Ryan tak ada ka?"

     "Lah Ryan, nanti birthday kau Khai akan bagi lagi besar dari ni!" jelas aku.

     "Birthday aku hari tu tak ada pun besar macam ni. Dah lah, aku nak balik homestay ah macam ni. Murung aku."

     "AIYOOK KHAI! RYAN MERAJUK!"

     "Shun, you shut up! Hm, Ryan jangan lah merajuk. Tahun depan ada lagi kan? Relax lah."

     "Khai, thanks for the gift!"

     "You're welcome Kim."

     "Ni surat apa?"

     "Luahan hati Khai untuk Kim. Kim nak baca surat ni depan semua orang pun boleh. Biar dorang jealous."

     "Kalau Kim nangis baca surat ni. Kim bunuh kau!"

     "Kim, Khai pun menangis sambil baca surat ni."

     Aku tersedar secara mengejut. Bila aku bangun, dengan secara tiba-tiba air mata aku mengalir.

     Tadi mimpi ka? Atau flashback? Semua yang ada tadi, semua aku kenal. Termasuk Kim. Betul kata mereka aku memang rapat dengan mereka dulu. Kim Jinyoung pun.

     Hadiah?

     Hari jadi?

     Masa tu hari jadi Kim?

     Aku terus menoleh ke arah sisi aku. Aku terkejut apabila tubuh Kim dah tiada dekat sebelah aku. Aku bingkas bangun berdiri dan melihat sekeliling mencari kelibat Kim.

     "Ki-Kim!" jerit aku apabila aku ternampak kelibat Kim di sesuatu kawasan. Aku terus berlari ke arahnya manakala dia hanya memandang aku sekilas kemudian pecut meninggalkan aku. Aku terus berlari sehinggalah aku tak perasan yang aku dah termasuk ke kawasan hutan larangan. Aku menghiraukannya dan terus berlari mengejar Kim.

     "Kim Jinyoung!!" banyak kali aku menjerit memanggil Kim yang semakin hilang dari pandangan aku. Tetapi Kim tetap hiraukan jeritan aku dan terus berlari. Aku pun tak tahu dekat mana aku sekarang. Sesat? Aku biarkan janji aku dapat halang Kim daripada terus berlari.

     Semasa aku tengah berlari, kerap jugak aku hampir tergelincir disebabkan tanah-tanah yang bertakung air dan lumpur. Ini semuanya disebabkan hujan lebat tengah hari tadi.

     Aku berlari dan berlari tiba-tiba.

     Buk!

     Terus aku tidak sedarkan diri dan hanya kegelapan berada di sekeliling aku.




KHAI ✔️Where stories live. Discover now