Bab 15

13 4 0
                                    

Aku mengelap peluh di dahi.

     Baju yang penuh dengan peluh aku biarkan. Botol air yang ada sisi, aku ambil.

     Haus. Teguk. Minum.

     Aku labuhkan punggung aku di kerusi panjang. Sepanjang aku duduk berehat mata aku asyik memandang kanak-kanak dan remaja yang sedang bermain. Tanpa aku sedar bibirku mengukis sebuah senyuman.

     "Agak-agak mereka tengah buat apa lah kat rumah sekarang ni. Entah-entah tidur lagi ataupun tengah sarapan." kata Khai menolog sendiri.

     Aku tadi bangun awal daripada yang lain. Selepas mandi, aku dicide nak pergi joging kat taman. Tapi sebelum aku keluar aku ada tinggalkan sticker note di depan pintu peti ais. Nanti tak adalah mereka nak risau sangat.

     Aku merenung jam yang berada di tangan kiri aku yang menunjukkan sekarang pukul sebelas tengah hari. Aku tanpa lengah terus bangun dan mencapai botol air di sisi dan berjalan pulang ke homestay.

     Sedang aku berjalan pulang aku mengalami rasa tidak sedap hati. Rasa macam akan ada sesuatu yang bakal terjadi bila aku berada dirumah. Tapi aku hanya ketepikan semua rasa itu, dan mengangap semua akan baik-baik sahaja.

      First aku masuk, tiada sesiapa pun dekat ruang tamu sehinggalah.

     "Okay doctor saya akan pastikan Khai masuk pusat pemulihan nanti. Kejap lagi saya bincang dengan dia." aku kaku mendengar suara Ryan di dalam talian. Aku terus menyorok di sebalik dinding memandangkan mereka semua duduk di dapur.

     Apa maksudnya?

     Pusat pemulihan?

     Apa tu?

     Kenapa aku kena masuk?

     "Keadaan dia sekarang? Hm, still sama doctor. Sebab tu lah kami nak buat keputusan cepat-cepat. Demi kesihatan dia."

     Sumpah aku blur gila. Apa maksudnya di sebalik semua ni huh? Tiba-tiba mata aku tertancap dekat satu kertas yang berada di sisi telivisyen.

     Aku mengambilnya lalu membaca isi kertas tersebut perlahan-lahan. Nama aku terpapar kat kertas itu.

     "Imaginary friend?"

     Selepas aku membaca habis semua isi kertas tersebut. Terus riak wajah aku berubah.

     Ini semua tipu kan?

     Kan?

     Aku rasa, aku tak pernah ada penyakit macam tu.

     Mustahillah.

     "Khai?"

     "Ryan, apa semua ni huh?"

     "Khai?" Ryan dengan muka cuaknya segera menutup panggilannya bila dia baru tersedar akan kehadiran Khai di situ. Semua terkejut dan memandang sesama sendiri manakala Khai menggerutkan dahi dengan perasaan tidak puas hati.

     "Please jawab. Just explain semuanya kepada Khai pasal ini. Termasuk dengan perbualan dekat telefon tadi." kata Khai memecahkan kesunyian yang masih melanda mereka semua dengan nada mendatar. Mereka hanya kaku di posisi yang sama. Ryan mula menarik nafasnya dan menghembuskannya kembali. Mulutnya perlahan-lahan dibuka untuk berkata dan menceritakan segalanya pada Khai.

     "Khai, sebenarnya."

     "Sebenarnya, apa?"

     "Kawan yang kau selalu jumpa dekat hutan tu sebenarnya tak wujud." tiba-tiba Alex ke hadapan dan memotong percakapan Ryan. Kini dia menghalang untuk Ryan menjelaskan semuanya. Dia mempelawakan dirinya untuk menjelaskan sendiri kepada sahabatnya.

     "Hah? Aku tak faham." soal Khai. Dia masih lagi tak faham satu hapak pun.

     "Khai, kau disahkan ada penyakit yang dipanggil 'imaginary friend'. Kau dah tengok surat tu. So selama ni, yang kau selalu keluar sorang-sorang dan jumpa dengan kawan kau kat hutan tu sebenarnya dia tak wujud pun. Dia tu hanya kawan imaginasi kau ja." jelas Alex. Khai tiba-tiba tertawa halus mendengar penjelasan dari Alex. Seakan-akan penjelasan Alex itu, amat kelakar baginya.

     "Apa kau merepek. Mustahillah. Aku dapat sentuh dia. Tak mungkin. Tak mungkin."

     "Kau nampak dia macam real. Tapi sebenarnya tak. Khai, please aku merayu dengan kau. percayalah cakap aku." kini Khai berhenti ketawa. Muka dia kembali serious. Kedua-dua matanya memandang ke arah Alex dengan pandangan yang tajam.

     "Tak. Aku tak akan percaya benda ngarut ni. Korang please stop lah!"

     Alex dengan rasa amarahnya terus mendekati Khai dan menghulurkan camera kepadanya.

     "Nah,  bukti. Kau tengok lah ni. Ni masa aku ekori kau hari tu." Khai menjeling ke arah Alex dan terus mengambil camera tersebut dengan kasar. Khai melihat gambar tersebut. terus dahinya berkerut seribu. Dia betul-betul tak sangka. Macam biasa, di dalam gambar tersebut dia seakan-akan bercakap dengan seseorang, tapi sebaliknya tiada sesiapa pun di sana. Fikiranya betul-betul buntu sekarang.

     Dan secara tiba-tiba kedengaran bunyi air yang sangat deras. Menandakan sekarang tengah hujan lebat di luar.

     "Tak. Tak mungkin."

     "Khai, please. Percayakan kitaorang semua. Itu hanya kawan imaginasi kau. Kitaorang ini kawan kau dari kecil lagi sampai sekarang. Siapa yang patut kau percaya? Imaginasi kau ke? Kitaorang?" Rei tiba-tiba mencelah dan memihak kepada Alex. Begitu juga dengan yang lain.

     "Khai, dia tak wujud. Kau kena faham." kini Kun pula bersuara untuk menyakinkan Khai.

     Khai, dia hanya mendiamkan diri dan tenung lama gambar tersebut. Tiba-tiba Khai memberontak dan mencampakkan camera milik Alex itu di atas sofa yang berdekatan. Semua terkejut dengan tindakan Khai. Khai yang masih mendiamkan dirinya terus berlari masuk ke bilik serta bunyi hempasan pintu yang kuat.

     "Dah agak dah benda ni akan terjadi. Aih." Rei mengurut dahinya sambil mengeluh. Alex hanya berdiri dan termenung. Shun pula hampir-hampir mengalirkan air matanya. Manakala, Ryan dan Kun hanya duduk di atas sofa sambil memikirkan jalan untuk menyelesaikan masalah ini.

     Kim cepatlah balik. Kitaorang rindu kau.


KHAI ✔️Where stories live. Discover now