Bab 19

14 4 0
                                    

Air liurnya diteguk. Bulu romanya terus menegak dan dia hanya kaku di posisi yang sama juga, dia menghalang Alex yang hendak menuju ke arah Khai yang masih tidak sedarkan diri.

     "Yah, Ryan?" dahi Alex dikerutkan seribu selepas ditahan oleh Ryan. Yang lain pun memikirkan tentang hal yang sama. Dan akhirnya, ada beberapa perkara yang terlintas di pemikiran Ryan secara mengejut. Dia baru tersedar...

     "Jadi, selama ni kawan imaginasi Khai ialah Kim?" suara Ryan yang perlahan didengari oleh semua orang.

     "Hah?! Apa..." mereka terus tidak bercakap apa-apa. Pandangan mereka segera fokus ke arah tubuh ataupun mayat yang terbiar di sebelah Khai.

     Air mata Ryan dah pun mengalir. Lampu suluh yang dia pegang itu tergetar-getar sedikit kerana tangannya dah mula menggigil. Tetapi lampu suluhnya masih lagi dihalakan ke arah tubuh tersebut.

     Shun yang berada di sebelah Kun itu terus terduduk dan air matanya deras mengalir. Kun segera membongkokkan tubuhnya dan memeluk erat tubuh Shun. Kun juga turut menangis.

     "Kun, tolong cakap yang tu bukan Kim..." kata Shun dengan tangisannya. Tersedu sedan dia menangis. Kun menggeleng dan terus memujuk Shun. Kun tidak dapat bercakap apa-apa, dia hanya menangis dan menangis. Manakala Alex hanya menutup mulutnya dengan sebak. Air matanya pun jatuh mengalir di pipi hingga ke tangan yang menekup mulutnya.

     Rei, dia hanya diam membisu melihat mayat tersebut. Riak wajahnya kosong. Perlahan-lahan air matanya mencurah ke pipi. Dia mengelengkan kepalanya berkali-kali, dia tak nak percaya yang Kim dah meninggalkannya di muka bumi ini.

     "Rei!" Alex menjerit lantang serta dengan suara seraknya. Dia lantas memeluk Rei dan menahannya daripada pergi ke mayat yang sudah berkulat itu. Rei meronta-ronta ingin melepaskan diri dari pelukan Alex. Dia menjerit sekuat hatinya agar Alex melepaskan tubuhnya. Kemuadian, Rei dengan selambanya dia menggunakan semua tenaga dan menolak Alex ke tepi dengan kasar. Alex nyaris-nyaris tersungkur akibat tolakan daripada Rei.

     "REI!!!" Alex menjerit lagi memanggil Rei yang sedang berlari menuju ke arah mayat Kim.

     Ryan, Kun dan Shun hanya kekal di posisi yang sama dan melepaskan tangisan mereka sambil melihat situasi yang berlaku di antara Rei dan Alex. Mereka semua rasa sedih yang amat apabila melihat keadaan Rei sebegitu. Dan Khai, dia masih tidak sedarkan diri.

     Keesokkan harinya.

     Rei berjalan melepasi semua wad hospital yang berada di sisinya. Walaupun hari ini merupakan suasana pagi yang cerah berbanding semalam, dia tetap berasa sayu atas kehilangan sahabatnya.

     Wajahnya kosong, hanya menundukkan kepalanya sepanjang dia berjalan menuju ke wad seseorang. Kini, dia berada tepat-tepat di hadapan wad tersebut. Dia mengintai sedikit di dalam wad itu melalui kaca yang berada di pintu. Rei lalu melepaskan keluhan beratnya. Dengan segera, dia memulas tombol pintu lalu membukanya.

     Terus pandangannya beralih ke arah seorang pesakit lelaki yang duduk di birai katil sambil badannya dihadapkan ke arah tingkap. Bubur yang berada di atas meja di sebelah katil menjadi tumpuan Rei pula.

     Perlahan-lahan Rei mendekati pesakit tersebut. "Khai, kenapa tak makan lagi bubur ni?" sebuah senyuman palsu muncul di wajah Rei lalu dia melabuhkan punggungnya di sebelah Khai yang masih termenung jauh itu.

     Khai tidak merespon apa-apa dari kata-kata Rei. Khai hanya termenung memandang langit yang cerah tersebut melalui tingkap walaupun cahaya matahari menganggu penglihatannya. Wajahnya seperti biasa, tiada riak wajah langsung dan hanya kosong.

     "Khai..." senyuman Rei serta merta pudar dan terus wajahnya bertukar serious.

     "Maafkan Rei..."

     "Maafkan kitaorang semua..."

     "Kitaorang dah banyak buat salah..." suara Rei dengan nada sayu itu menarik perhatian Khai.

     "Khai ada banyak soalan nak tanya kat Rei... Kim memang rapat dengan kita dulu kan?" Rei terkedu, lalu kepalanya diangguk perlahan.

     "Ya. Dia memang orang yang baik. Rei pun, anggap dia sebagai abang Rei. Walaupun dia tu pendiam, dingin selalu tapi still baik hati. Dia selalu take care kitaorang secara senyap. Senyuman dia, gelak tawa dia, pelukan hangat dia... Hm... Rei rindu dia sangat-sangat..." Khai hanya mendengar penjelasan dari Rei.

     "Jadi, kenapa selama ni Rei dengan yang lain tak pernah beritahu pasal Kim dekat Khai... Ha? Mentang-mentang Khai tak ingat apa-apa. Sanggup korang buat macam tu? Ada sesuatu yang berlaku ke sampai tak beritahu kat Khai pasal Kim? Tolong jelaskan semuanya dekat Khai sekarang." Rei terdiam seketika. Lalu pandangannya beralih ke arah wajah Khai. Rei mengetap bibirnya lalu menarik nafasnya perlahan-lahan.

     "Maafkan Rei dengan yang lain. Kitaorang tahu yang perbuatan kitaorang ni salah, tapi kitaorang terpaksa. Sebab, kalau kitaorang beritahu, ia akan menjejaskan kau Khai. Yang kedua, kitaorang tak nak kau rasa sedih berterusan selepas kau dapat tahu yang Kim dah hilangkan diri selepas kau sedar dari koma."

     Kini, Khai memandang ke arah tingkap semula. Begitu juga dengan Rei.

     "19 march 2020. Hari jadi Kim."

     "Masa tu kita semua nak rancang sambut birthday Kim dekat tempat percutian kita semalam. Means, dah dua kali kita pergi situ. Kita semua sambut birthday dia dengan meriah sekali pada hari tu, Rei pun tak sanggup nak lupakan kenangan yang paling indah dalam seumur hidup Rei." Rei tersenyum mengenangkan balik kenangan-kenangan dia dengan Kim dulu termasuk yang lain. Khai kemudian melihat wajah sinis Rei sambil telinganya sedia mendengar penjelasan dari Rei.

     "Kau dengan Kim, memang rapat. Kau selalu kacau dia, tapi dia tetap bersabar layan kerenah kau Khai. Kau, Shun dengan Alex sama-sama masuk air dan selalu kacau Kim. Even dia pernahlah marah jugak kat korang..." Rei ketawa kecil dan akhirnya sebuah senyuman terbit di wajah Khai setelah sekian lama menayangkan wajah kosong.

     "Bila ingatan Khai akan pulih semula, Rei?" soal Khai. Rei menundukkan kepalanya.

     "Aku tak sure..." lalu tangannya menyeluk poket seluar dan mengelurkan sesuatu. Ianya sebuah rantai serta dengan cincin di dalam. Khai melihat rantai tersebut.

     "Ni rantai."

     "Ya, yang Khai jumpa hari tu kan? Kim yang suruh Rei buat rantai ni masa dekat tempat percutian tu dua tahun yang lepas. Dia nak Rei janji, jangan tinggalkan dia dengan yang lain. So, dia suruh Rei buat rantai ni..."

     Rantai tu dibelek-belek olehnya, dia tenung buat masa yang lama. Khai mengeluh perlahan, baru dia teringat akan sesuatu...

     Rantai tu mana aku letak ya?

     Khai melihat sekelilingnya. Pandangannya mencari sesuatu di setiap sudut wad tiba-tiba ada satu tangisan memecahkan gegendang telinganya.

     Rupa-rupanya tangisan itu daripada Rei. Khai terdiam.

     "Rei?"

     Bahu Rei disentuh lembut oleh Khai. Dia cuba menenangkan Rei tanpa mengetahui apa-apa perkara. Dia masih lagi blur...

     "Khai... Rei, tak sempat nak mintak maaf kat dia, dia dah pergi meninggalkan kita semua..." keluh Rei dalam sedu sedan. Nadanya merendah, penuh kesedihan...

     Kalaulah aku dapat balik semua kisah silam aku dulu.

     "Argh!" sedang dia memejuk Rei, kepalanya terus digenggam sakit. Rei yang perasan akan keadaan tersebut turut berasa gelisah dalam tangisannya.

     "Khai! Kau okay tak?" Khai tidak membalas kata-kata dari Rei malah dia hanya menjerit kesakitan.

     "Wait, biar Rei panggilkan doctor okay? Tahan Khai! Jap!" Rei dengan pantasnya terus keluar dari wad dan menjerit memanggil doctor berhampiran.

     Dan tanpa sedar, Khai sudah pun jatuh pengsan di atas lantai.



KHAI ✔️Where stories live. Discover now