Bab 6

30 4 0
                                    

"Wah sejuk jugak ya hari ni!" rungut Rei selepas keluar dari perut kereta. Akhirnya, sampai juga ke destinasi yang mereka nantikan. Seoul Korea!

     Semua orang sudah keluar dari perut kereta kecuali Alex yang masih kepenatan selepas berada di kapal terbang berjam-jam lamanya.

     "Khai, jom!" Alex menarik lengan aku bersama beg yang disandang.

     "wah!" aku amat terpegun melihat pokok-pokok ceri yang berada di sini. Semuanya cantik-cantik belaka. Bunyi burung yang berkicauan sana sini amat menenangkan fikiran kepada sesiapa yang ingin melepaskan tekanan.

     "Jom kita check-in homestay!" jerit Ryan yang sudah tidak sabar-sabar untuk pergi berehat.

     "Yeay!" Rei yang terlalu seronok terus berlari dan melompat ke arah belakang Shun. Tindakan Rei yang tidak diduga itu telah membuatkan Shun hampir tersungkur ke depan. Yelah, berat badan Rei dengan beg kat belakang badan lagi.

     "Yah Rei! Berat lah!" rungut Shun. Manakala yang lain hanya ketawa melihat terlatah mereka berdua.

     Beberapa jam kemudian.

     Mereka berjalan di sekitar kedai-kedai yang berada di Seoul Korea. Sehinggalah ada satu kedai menarik perhatian aku. Ini mungkin kedai yang Rei kata kat aku haritu.

     "Khai, nak tak buat rantai  tu?" Rei akhirnya menyoal setelah sampai betul-betul di hadapan kedai tersebut.

     "Of couse nak!" aku terus meluru masuk ke arah kedai. Beberapa minit selepas itu, rantai cincin yang aku tempah dah pun siap.

     Siap ada ukiran lagi. Aku tulis, 

     Khairul Noah X First.

     Tapi sebenarnya aku ada buat lagi satu rantai cincin tanpa mereka semua tahu. Kali ni aku tulis secara sorok.

     Kali ni aku tulis,

     Kim Jinyoung X Khairul Noah.

     Aku cepat-cepat simpan ke dalam poket seluar agar mereka tidak dapat syak apa-apa yang pelik.

     "Kenapa lama sangat?" soal Rei yang tengah duduk kesejukkan.

     "Sorry lah. Hehe jom!" aku menghulurkan tangan ke arah Rei dan secara lambat-lambat Rei menyambut huluran tangan aku lalu terus berdiri.

     "Dah jom. Sejuk tau tak!"


KHAI ✔️Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ