Bab 13

13 4 0
                                    

In Khai dream.

     Tap! Tap! Tap!

     Khai berlari ceroboh masuk ke dalam hutan yang dikelilingi semak samun pada kegelapan malam tersebut. Dia seakan-akan kecewa dan menangis sambil berlari lalu menjerit nama seseorang dengan lantang.

     "Kim! Kim! Maafkan Khai!" jeritnya dengan air mata yang mengalir di pipi.

     Dia tercari-cari kelibat seseorang di setiap sudut hutan.

     "Khai! Stop! Kim tak ada kat sini! Percayalah!" Alex mengejar Khai lalu menjerit.

     Alex mengejar Khai dengan sepenuh tenaganya. Walaupun dia tengah lelah dan penat. Dia nak menyedarkan sahabatnya. Tetapi dia dah terlambat.

     Khai akhirnya terjatuh ke dalam gaung dan kepalanya kuat terhentak pada sebuah batu yang bersaiz sederhana besar membuatkan Khai pengsan dengan darah yang mengalir di kepalanya.

     Alex terus kaku dan tanpa melengahkan masa terus menuju ke arah sahabatnya yang sudah tidak sedarkan diri itu.

     "Khai!!!"

     Sesampai sahaja Alex mendapatkan Khai ke ribanya. Terus dia menjerit memanggil sahabat-sahabatnya yang lain.

     "Korang! Tolong Khai!" Alex menjerit dengan sekuat hatinya. Dan datanglah beberapa orang kepadanya.

     "Argh!" Khai terus terbangun dari tidurnya selepas dia mengalami mimpi yang pelik itu. Dia termenung buat seketika dan memikirkan mimpi yang dia alami sebentar tadi.

     "Mimpi apa tadi? A-aku jatuh ke dalam gaung dan kenapa aku kena mintak maaf kepada Kim? Aku tak faham." desis hati Khai berseorangan. Dan selepas itu, baru dia tersedar yang sekarang dia bukan berada di biliknya. Malah, berada di dalam bilik yang putih.

     Ya, dia di dalam wad berseorangan.

      Tingkap yang berada di sisinya dia tenung. Dia baru teringat tentang tragedi semalam. Ada sesuatu yang berlaku pada dirinya semalam yang dia tak dapat dikenal pasti. Tapi sepanjang dia lelah semalam, dia cuba untuk memanggil Kim untuk berada di sisinya walaupun dia tidak mampu bersuara pada ketika itu.

     "Mana Kim. Mana yang lain." Khai bermain dengan jarinya sambil menayangkan wajah sayu. Tiba-tiba ada seseorang memasuki ke dalam wadnya. Khai menoleh untuk melihat siapakah gerangan tersebut. 

     "Oh Alex." katanya perlahan. Alex yang mendengar suara halus itu terus mendapatkan sahabatnya dan memeluknya erat.

     "Khai kau dah sedar!" Khai tersenyum dan membalas pelukan Alex.

     "Ya, mana yang lain?" mereka leraikan pelukan. Kedua-dua mata Khai terus mengintai pintu wad biliknya. Kot-kot yang lain ada kat luar?

     "Dorang, breakfast kejap kat cafe. Nanti dorang sampai lah tu." kata Alex sambil melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan dengan katil Khai.

     "Hmm, Alex."

     Alex terus berpaling ke arah Khai.

     "Hm?"

     "Doctor, ada kata apa-apa tak pasal aku?" soalnya menunggu balasan dari Alex. Alex mengetap bibirnya. Lalu senyumannya terukir kembali.

     "Takde apa-apa pun. Cuma dia kata kau perlu rehat dengan secukupnya. Itu ja."

     "Oh."

     "Kenapa?"

     "A-aku, hm tak ada apa-apa lah. Aku saja tanya. Hehe." Khai menggaru belakang lehernya dan tersenyum.

     Begitu juga dengan Alex kemudian pintu wad di dalam biliknya itu dibuka oleh seseorang lagi.

     "Khai!"




KHAI ✔️Where stories live. Discover now