𝑥𝑣𝑖𝑖 - 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑎𝑚𝑎

213 25 2
                                    

Borang yang terisi dalam fail lutsinar itu dibelek satu persatu bimbang ada yang terlepas pandang. Babyana betulkan tudung yang mula renyuk. Dia yang berbaju kurung putih dihiasi renda ringkas tampil tenang berjalan di samping Badrilsyah menuju ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya.

Badrilsyah dan Babyana memutuskan untuk berkahwin di pejabat agama untuk memulakan kehidupan baru bersama-sama dengan cepat dan mudah. Tak perlu majlis perkahwinan yang gah, pelamin beribu ringgit dan kek kahwin bertingkat. Cukuplah ijab dan qabul sahaja. Mereka mengambil keputusan yang matang untuk berkahwin dan memulakan kehidupan baru sebagai keluarga. Tambah lagi kurang lapan bulan dari sekarang ada cahaya mata yang akan ditimang.

Sampai sahaja disana tepat pukul 3.00 petang, ketibaan mereka disambut mesra oleh Ustaz Ilyas, salah seorang pegawai agama yang bekerja di jabatan agama itu.

Proses perkahwinan berlangsung dengan lancar dan mudah. Acara akad nikah yang sederhana mengikat hati kedua-duanya untuk memberi komitmen dan bertanggungjawab dalam perkahwinan. Sempat Ustaz Ilyas berpesan supaya Babyana dan Badrilsyah masing-masing memainkan peranan dalam membangunkan institusi keluarga yang dirahmati Allah SWT.

"Baby." nada sayu Puan Marlyana kedengaran. Dia tahu tentang majlis ini pun melalui pesanan ringkas yang dihantar oleh Badrilsyah. Jujur sebagai seorang ibu, dia agak terkilan kerana dia seakan bukan orang penting di majlis perkahwinan anaknya.

Tubuh anak gadisnya dipeluk erat seraya permohonan maaf meluncur keluar dari mulut itu.

"Ibu minta maaf sebab tak pernah percayakan Baby. Semua yang jadi sekarang ni salah ibu. Patutnya ibu lebih percayakan anak ibu dari orang lain. Ibu minta maaf sayang."

Babyana cuma mendengar bicara Puan Marlyana tanpa perasaan. Dah terlambat kan?

"Tak apa. Baby tak ada simpan dendam atau rasa tak puas hati pun. Benda dah jadi kan? Nak buat macam mana." dengan tenang Babyana menuturkan ayat itu.

"Tahniah Baby. Semoga perkahwinan yang terbina kekal sampai bila-bila." kakak sulung Babyana, Lizyana tampil ke depan mengucapkan tahniah sambil memujuk Puan Marlyana yang dirundung sebak. Aqeyl dan Zizyana yang berkumpul di penjuru hanya tersenyum. Jujur mereka tidak tahu bagaimana untuk memberi reaksi dalam keadaan yang sangat janggal. Tambah lagi hubungan saudara mereka tidak rapat seperti adik-beradik lain.

"Ibu dalam proses nak bercerai dengan lelaki tu. Rupanya selama ni dia tipu ibu. Kata selalu kena kerja lewat malam tapi dia pergi kelab malam dengan perempuan muda. Ibu tak sangka sampai macam ni sekali ujian yang ibu kena hadap."


Tatapan kosong Babyana itu disedari oleh Badrilsyah. Jemari perempuan yang sah bergelar isterinya itu digenggam erat cuba menyalurkan kekuatan dan sokongan.

"Terima kasih sebab sudi datang sebagai wakil keluarga Babyana. Ibu jangan risau, saya akan jaga Baby baik-baik sebab dia dah jadi tanggungjawab saya."


Puan Marlyana mendongak memandang Badrilsyah yang secara sah bergelar suami kepada anaknya itu.

"Terima kasih. Tolong jaga janji kamu. Baby, rumah keluarga kita sentiasa terbuka untuk Baby. Bila-bila masa saja Baby boleh balik sana. Pintu akan sentiasa terbuka untuk Baby."



"Ahli keluarga kalau nak bergambar boleh guna pelamin yang dah dihias dekat sana." Ustaz Ilyas menuding ke arah pelamin yang sememangnya tersedia untuk pasangan yang melangsungkan akad nikah di pejabat agama.



Entah berapa kali gambar yang diambil dalam suasana yang janggal itu. Tiada gelak ketawa bahagia yang ada cuma senyuman nipis sekadar memeriahkan suasana.


Baby ✔Where stories live. Discover now