𝑥𝑖𝑣 - 𝑏𝑒𝑟𝑖𝑠𝑖

168 27 2
                                    

Cahaya yang mula menembusi ruang mata membuatkan Babyana bingkas bangkit dari katil. Suasana pagi ini lebih tenang dan damai. Apa tidaknya selepas dia memberikan kit ujian kehamilan yang bergaris dua kepada Puan Marlyana semalam berjaya membuatkan ibunya terkejut besar. Dan semalam perang laki bini berlaku buat kali yang pertama.

Babyana memandang perutnya yang masih kempis. Tak sangka dia sebenarnya sedang 'berisi'. Patutla dia tidak datang bulan pada tarikh yang sepatutnya. Soal bapa kepada anak di dalam kandungannya itu, Babyana simpan sendiri. Tangannya lincah menyentuh paparan dan simbol di skrin telefon sebelum satu senarai nombor kenalan didail.

"Sorry, the number you have dialed..."

Mendengar sahaja suara pengendali pengurusan pusat panggilan, Babyana lantas laju menyentuh paparan dail berona merah. Rutin yang sama berulang dua tiga kali sehingga akhirnya dia putus asa dan telefon dihempas ke atas katil.

Babyana mundar-mandir di depan tingkap. Panggilan mahupun mesej yang dihantarnya kepada Badrilsyah tidak mendapat sebarang jawapan. Sudah berminggu perkara ini berlaku dan saban hari dia masih lagi mencuba menjejaki Badrilsyah. Nak ditanya kepada anak menakannya, Babyana tiada nombor telefon Sajad.

Dia keresahan kerana dia ada perkara penting yang perlu diberitahu kepada lelaki itu.

"Babyana!" pintu biliknya bagaikan nak roboh apabila diketuk dengan sepenuh tenaga dari luar.

Punat pada tombol pintu ditekan dan pintu biliknya lantas terkuak lebar.

"Anak jantan mana dalam perut kamu tu? Anak siapa? Anak jantan yang bawak kau ulang-alik setiap hari tu?" Babyana terbungkam dengan soalan Puan Marlyana.

"Jawab! Ibu tanya kamu ni, siapa bapak budak dalam perut kamu tu?"

"Macam yang Baby bagitau semalam la dekat ibu." lambat-lambat balasan daripada Babyana.

Pang!

"Kamu jangan nak tipu ibu Babyana! Jangan ingat ibu tak tahu yang kamu banyak kali tak balik rumah semasa ibu pergi outstation. Papa dah tunjuk bukti CCTV. Lepas tak balik rumah banyak hari, kamu balik pulak dengan jantan yang entah dari mana lepastu nak tuduh suami ibu mengandungkan kamu? Kamu tak puas hati apa sebenarnya?"

"Baby nak ibu bercerai sebab lelaki tu memang tak guna! Memang betul anak dalam perut Baby bukan anak dia. Tapi dia tetap tak patut wujud dalam keluarga kita." berani Babyana menghamburkan ketidakpuasan hatinya tapi tindakan itu seakan menjadi minyak yang memarakkan lagi api amarah ibunya.

Sekali lagi pipi Babyana menjadi mangsa ditempeleng. Sejujurnya, Babyana tidak lagi tahu apa perasaannya sekarang kerana semuanya bercampuk aduk.

"Kamu keluar dari rumah ni. Kalau kamu tak boleh terima suami ibu, kamu bukan lagi sebahagian daripada keluarga ni. Semua yang ada dlm rumah ni bukan hak kamu dan pergilah hidup dengan lelaki yang dah rosakkan kamu tu."

"Ibu buang Baby?"

"Sebab kamu dah melampau! Ibu dah banyak bersabar, bertolak-ansur, tapi kamu tak pernah nak berubah. Ibu bercerai dengan bapa kandung kamu dulu bukan sebab salah ibu. Salah ke kalau ibu nak kahwin baru dan cari bahagia ibu sendiri?"

Air mata Puan Marlyana berhamburan. Penuh kecewa dan sakitnya seperti ditikam. Anak yang dibela dan diberi didikan agama sejak kecil membesar menconteng arang ke mukanya.

"Babyana, mulai hari ni kamu bukan anak ibu lagi. Ibu cuma ada tiga orang anak. Jangan cari jangan merayu. Pasal penat lelah ibu besarkan kamu anggap la ni last ibu jalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu."

Mutiara jernih berlinangan jua di pipi Babyana bila mendengar kata-kata sang ibu.

"Puan Marlyana, yang rosakkan hidup saya sebenarnya adalah puan. Terima kasih sebab sedarkan saya pasal hakikat yang puan lagi sanggup pilih lelaki macam tu dari anak kandung sendiri. Patutnya puan lindungi saya, bagi saya kehangatan kasih sayang. Tapi tak pasti kenapa makin lama saya rasa puan bukan lagi mak kandung saya dan rumah ni bukan lagi syurga untuk saya. Tapi, saya tetap nak ucapkan terima kasih sebab besarkan saya sampai sekarang." air yang membasahi muka dilap kasar dengan tangan.

Baby ✔Where stories live. Discover now