𝑖 - 𝑏𝑎𝑏𝑦

524 39 2
                                    

Namanya Babyana Idris. Anak ketiga dari empat orang adik-beradik. Tiga perempuan dan seorang lelaki. Ini kisah Babyana a.k.a Baby yang mencari keseronokan remaja. Apa yang hits dan yang viral, Babyana akan turutkan. Dia seperti remaja millenial mengikuti arus perkembangan semasa.

Dari hiburan, lagu terkini sehinggalah aplikasi dalam talian yang terkenal, Baby akan cuba mengikuti perkembangannya. Keluarga Baby sederhana saja. Tapi yang paling dititikberatkan oleh ibunya adalah pendidikan. Dua orang kakak Baby iaitu Lizyana dan Zizyana masing-masing cemerlang dalam pelajaran dan sudah melangkah kaki ke menara gading. Sorang di utara tanah air, sorang lagi di selatan tanah air. Adik Baby pula, Aqeyl bersekolah di sekolah berasrama penuh MRSM di salah satu negeri di pantai Timur. Baby saja yang masih menetap di kotaraya ini dengan ibu dan bapa tirinya. Boleh dikatakan adik-beradik Babyana semuanya dikurniakan otak yang cerdas. Tapi berbeza pula dengan Baby. Ops! Terlebih pengenalan pulak. Okey start!

Kad laporan diletakkan ke atas meja oleh Cikgu Adam. Guru bujang yang baru berusia 30 tahun merangkap guru kelas Babyana mengajar subjek Sejarah.

Ibu Babyana, Puan Marlyana memerhati laporan dan keputusan ujian anaknya yang tercatat pada kad laporan prestasi pelajar. Matanya membuntang kemudian mencerlung pandang ke arah Babyana yang dah menikus.

"Baby, ibu hantar pergi sekolah belajar ke tidak ni? Bahasa Melayu 31 markah je? Baby ni bangsa apa? Melayu ke Rohingya? Matematik 30! Semua subjek 30! Dengan markah 30 ni Baby nak sambung belajar lepas SPM dekat mana? Universiti mana yang nak ambik Baby sebagai student dengan result yang macam ni?"

Tudiaa! Ibu kalau dah naik darah dia dah tak kisah tempat awam ke tempat swasta ke kalau dia nak mengamuk haa habis semua. Sekali dengan Babyana dapat malu. Marah dekat public dengan ibu bapa pelajar lain pun masih ramai dekat dewan berkumpul macam ni naik segan Babyana. Habis merah mukanya yang berkulit cerah itu kerana malu.

"Sabar puan. Istighfar. Saya rasa Babyana masih ada peluang nak baiki result ni. Ni baru PAT (Peperiksaan Awal Tahun). Kalau Babyana konsisten dan rajin ulang kaji inshaa Allah, ujian seterusnya dia mampu jawab dengan baik." ucap Cikgu Adam cuba menenangkan Puan Marlyana yang jelas dah terbakar dengan amarah.

"Macam mana saya nak sabar cikgu, dari dulu dia tak berubah-ubah. Belajar pun malas. Adik-beradik dia yang lain okey aje. Saya sendiri pun tak faham kenapa dia sorang je buat perangai macam ni. Dua orang kakak dia belajar sampai universiti. Dia je yang tak ikut contoh kakak dia." luahan tak puas hati terus-menerus keluar dari mulut Puan Marlyana.

Cikgu Adam pandang Puan Marlyana dan Babyana bersilih ganti.

"Ya puan. Saya rasa Babyana pun mungkin dah sedar silap dia. Saya yakin dia akan usaha lagi selepas ini dan beri tumpuan kepada pelajaran." Cikgu Adam sekadar bermanis kata. Dia pun tahu pelajarnya itu tak selesa untuk terus berada di situ.

Babyana memutar pandangan ke arah lain malas nak mendengar ibunya yang masih mengomen dan bercerita itu ini. Dia memandang sekeliling dewan tempat ibu bapa berkumpul itu. Riuh-rendah dengan suara bercakap dan berbual. Di satu sudut hanya selang dua ke tiga buah meja darinya, terlihat seorang pelajar lelaki dengan etika pemakaian yang kelaut sedang duduk menyilang tangan. Wajahnya tidak berapa jelas kerana gaya duduknya membelakangi Babyana. Disebelahnya pula mungkin wakil dari penjaganya.

Dia cuma memerhati tingkah kedua-duanya yang berborak seakan berbisik. Sambil penjaga pelajar itu melihat kad laporan pelajar di tangannya. Kertas putih yang ditampal pada meja yang diduduki oleh Cikgu Saodah itu dilihat oleh Babyana. 5 Rajin. Kelas yang tercorot sekali dalam tingkatan 5. 5 Pintar yang pertama, diikuti 5 Bestari, 5 Amanah dan kelas Babyana yang keempat 5 Ikhlas.

"Wow bravo! Tak sangka anak sedara saya pandai macam ni sekali. Bagus la kau ni Sajad."

"Pandai jugak kau ya Matematik. Budak bijak ni cikgu. Pelajar harapan. Matematik 20 markah kot. Saya dulu rendah lagi markah berbanding anak sedara saya ni."

Baby ✔Where stories live. Discover now