𝑥𝑖 - 𝑏𝑒𝑛𝑐𝑎𝑛𝑎

113 28 0
                                    

Babyana menadah tangan dibawah pili air yang terbuka. Meluncur keluar air paip itu membasahi tapak tangannya. Gelak tawa dari singki sebelah dibuat tak dengar saja.

"Kesian kan? Frust sebab tak dapat goda pengawas lelaki, terus tukar taste. Tapi masalahnya sanggup pulak tu rebut suami baru mak sendiri." mendengar sindiran yang memang sengaja ditujukan kepadanya itu menghentikan tingkah Babyana yang sedang mencuci tangan. Pili air paip ditutup rapat. Tangan yang masih basah dengan air diangkat tinggi sebelum direnjis ke arah dua orang pelajar perempuan berbaju kurung sekolah rona biru.

"Eeee apa ni?!" Diyan mula meradang.

"Kau ni tak ada adab ke renjis-renjis air tangan kau dekat orang." kawan Diyan iaitu Nadzirah mula mencetuskan provokasi.

"Hah. Yang kau fitnah-fitnah aku kenapa? Aku ada kacau hidup korang ke?" soal Babyana tidak puas hati. Rambut hitam gaya bob miliknya diraup kebelakang. Mereka ingat Babyana takut?

Babyana cukup kenal Diyan itu bagaimana. Walaupun Diyan seorang pengawas namun perangainya tidak ubah seperti perempuan bermulut longkang dan lancang.

"Kenapa nak marah? Kalau kau tak buat rileks jelah." Bibir Diyan tersungging senyuman mengejek.

"Kau yang buat cerita fitnah pastu kau nak suruh aku relaks? Macam jalang kau ni." suara tenang Babyana bersama senyuman manis di bibir gadis itu membuatkan rasa benci Diyan makin bercambah.

"Buat cerita? Cikgu Zerina yang bagitau aku. Takde maknanya aku nak buat cerita pasal kau. Kau ingat kau ratu dekat sekolah ni ke?"

"Apa maksud kau? Cikgu Zerina? Macam mana dia tahu?" baju kurung sekolahnya digenggam erat. Babyana panik! Dalam benaknya tak mampu terfikir bagaimana cerita hidupnya boleh tersebar dan 50 peratus jalan ceritanya menjadi berbeza.

"Jadi betul la cerita Cikgu Zerina yang kau sanggup bogel depan ayah tiri kau semata-mata nak goda dia?" Nadzirah mula menyampuk dan dibalas dengan jengilan mata oleh Babyana.

Gayung kecil di atas singki dicapai oleh Babyana sebelum dia bergerak masuk ke dalam tandas. Air di dalam mangkuk tandas dicedok lalu dia kembali di depan dua orang manusia tadi yang suka mengambil kerja Tuhan dalam menghukum dosa orang lain.

"Kau gila ke Babyana?!" raungan kedua-dua manusia yang menjadi mangsa jirusan air tandas kedengaran. Nadzirah sudah menangis, merasa jijik dan geli kerana baju dan tudungnya yang wangi kini berbau busuk dengan campuran air dan najis dari proses pencernaan manusia.

Puas hati dengan hasil 'seninya', Babyana mengorak langkah keluar dari tandas. Dibiarkan Diyan dan Nadzirah merungut tidak puas hati. Padan muka!

Surat yang berlipat tadi dibuka. Babyana membaca apa yang tertulis di sekeping kertas itu.

'Saya nak jumpa awak belakang sekolah. Ada hal penting nak cakap.'

Hanya dua ayat itu yang tercorek di atas kertas. Surat itu digumpal sebelum dicampakkan ke dalam tong sampah.

Langkah dibawa ke laluan terpencil yang biasanya menjadi tempat lepak pelajar yang ponteng kelas.

Mata Babyana memandang satu tubuh yang menyandar pada dinding bangunan.

"Babyana." seru lelaki itu.

"Apa yang kau nak? Penting sangat ke benda yang kau nak bagitau aku tu?"

"Pasal awak. Cerita awak dah kecoh satu blok tingkatan lima dan saya tak suka benda tu. Sebab tu saya nak jumpa awak dan tanya awak sendiri." terang Hadi lebih panjang.

"Untuk? Kau ni memang tak ada motif la. Cerita tu fitnah dan lari dari cerita asal. Okey done. Aku dah jawab soalan kau puas hati?"

Hadi menghembuskan keluhan mendengar jawapan sarkastik daripada Babyana.

"Awak tahu kan saya suka awak? Saya tahu awak sedar pasal perasaan saya dekat awak. Babyana, saya tak suka nama awak naik sebab benda tak bermoral macam ni. Tambah-tambah lagi dengan lelaki even lelaki tu ayah tiri awak sendiri. Orang pandang rendah kat awak."

Nada prihatin Hadi itu membuatkan Babyana hilang diksi kata. Dah macam tak betul Hadi ni. Apa benda yang dia bermadah kata pun Babyana tak faham.

"Tak masalahnya kan, apa kaitan kau dengan hidup aku?" soalan Babyana itu bagai sembilu yang menikam sukma hati lelakinya.

"Babyana, boleh saya tanya satu soalan lagi?"

"Apa dia?" suara Babyana meninggi. Rimas pulak dia melayan perangai Hadi.

"Awak masih ada dara ke?"

Mendengar soalan tak terjangka itu mata Babyana terus membulat. Mukanya memerah antara malu dengan marah.

"Kau siapa nak tahu pasal aku? Kita bukan ada kaitan pun."

"Babyana!" Hadi naik suara tiba-tiba. Tangannya menggenggam erat tangan Babyana.

"Sakitlah! Lepas!" rontaan Babyana untuk melepaskan pegangan Hadi pada tangannya itu tak berjaya.

"Awak dah takde dara kan? Jantan mana yang dah tebuk awak hah? Bapa tiri awak?" tanya Hadi sambil tangannya selamba mencarikkan baju sekolah Babyana di bahagian kolar baju.

"Kau memang setan! Lepas la." Babyana menggigil ketakutan bila Hadi seakan hilang kawalan dalam amarah. Hadi yang tenang tadi mula berubah drastik dengan menolak Babyana ke dinding bangunan. Kain sekolah biru muda yang dipakai Babyana diselak tinggi.

"Jangan! Tolonglah, jangan sentuh aku."

"Woi! Kau buat apa hah?" Pekikan dari lorong kecil itu bagai satu doa yang telah dimakbulkan untuk menyelamatkan Babyana dari bencana yang berlaku.

Melihatkan tiga orang lelaki berpakaian sekolah yang berdiri di lorong itu mula mendekat ke lokasi mereka,  Hadi terus melepaskan Babyana dari pelukan. Tak tunggu lama, dia terus membawa langkah seribu berlari meninggalkan Babyana di laluan itu.

"Wei, kau okey ke?" Joe bersama sebatang rokok yang dikepit antara dua ulas bibirnya menyoal. Muka Babyana yang basah dengan air mata dipandang. Teresak-esak gadis itu sambil berusaha menutup bahagian dadanya yang mungkin terlihat kerana carikan yang dibuat oleh Hadi tadi.

"Ni awek paksu aku ni. Maksu oke tak? Jantan mana yang buat dekat maksu ni?" Sajad yang baru mengingati raut muka Babyana terus bersuara.

"But*h pak hang. Hang kenai dak lagi terus panggil maksu. Reka citer je." Man Utagha menyekeh kepala biol Sajad.

Joe membuka baju sekolahnya lalu diberikan kepada Babyana.

"Err so sekarang ni nak lapor dekat cikgu disiplin ke?" Joe pandang Sajad. Sajad pandang pula Man Utagha. Man Utagha pandang dinding.

"Janganla pandang aku, satgi aku blushing."

Joe sudah berura-ura untuk menolak Man Utagha ke dalam longkang besar namun tiba-tiba sahaja muncul suara yang menyergah mereka.

"Astaghfirullahalazim! Apa yang kamu semua buat kat sini?! Allahuakhbar!" bagai halilintar suara itu berkumandang di segenap laluan sempit itu.

Joe menyumbat rokok yang dihisapnya ke bibir Sajad. Sajad yang ketakutan dengan pantas memasukkan keseluruhan puntung rokok ke dalam mulut dan ditelan.

Dua orang guru disiplin wanita bersama seorang guru lelaki memandang mereka berempat dengan pandangan yang tidak mampu ditafsirkan. Mungkin kecewa dan mungkin juga benci.

Babyana menatap kosong figura-figura pendidik bangsa itu. Dia mula rasa tidak sedap hati seakan-akan benda buruk akan menimpanya lagi.


🍼🍼🍼

selamat membaca.
Btw mohon maaf jika kurang tapisan. saya sangat berharap yg membaca akan amal nilai murni yang positif saja. jauhi gejala sosial. anak muda mampu mengubahnya. pesanan ini dibawakan oleh TV83.
💗






Baby ✔Where stories live. Discover now