𝑥𝑣𝑖 - 𝑏𝑜𝑛𝑔𝑘𝑎𝑟

126 27 0
                                    

Kawasan anjung rumah menjadi tempat Puan Marlyana mundar-mandir sejak tadi. Sudah beberapa hari Babyana tidak pulang ke rumah. Hati keibuannya dibalut kerisauan. Entah dimana anaknya menumpang teduh dan mengisi perut lagi-lagi dengan keadaan Babyana yang sedang berbadan dua. Kunci kereta yang tersangkut di dinding dicapai. Hari ini dia akan cari anaknya sampai jumpa dan kalau memang dia sendiri tidak berhasil menemui Babyana dia akan lapor kepada pihak polis.

Dari dalam kereta, matanya melilau cuba melihat di deretan kedai-kedai jika ada keajaiban dia akam ternampak kelibat Babyana.

Nombor telefon anaknya dari semalam dihubungi tapi hanya suara operater yang berbunyi. Puan Marlyana mahu bertanya kepada rakan Babyana pun dia tidak mengenal siapa yang menjadi rakan anaknya itu tambah lagi bila pihak sekolah juga telah memutuskan untuk membuang Babyana dari persekolahan.

"Ya Allah, anak ibu pergi mana." Puan Marlyana berkeluh-kesah sendiri. Dia tidak sangka kata-katanya diambil serius oleh Babyana dan anak gadisnya betul-betul bertindak untuk tidak pulang ke rumah. Puan Marlyana seakan sudah berputus asa, pencariannya kali ini tidak membuahkan hasil. Memandangkan Babyana sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah dia akan terus ke balai polis untuk membuat laporan.

Pedal minyak ditekan, tapi kakinya segera memijak pedal brek kembali. Puan Marlyana yakin dia melihat kelibat anaknya tadi di hadapan kedai runcit serbaneka. Segera kereta yang dipandu dibawa masuk ke petak tempat meletakkan kenderaan yang disediakan. Dia pantas keluar dari perut kereta.

"Baby!" namanya dilaung kuat cuba mendapat perhatian anaknya dari seberang jalan.

"Tahu tak ibu risau? Ibu cari Baby dekat semua tempat tapi tak jumpa. Baby balik ye, sayang?"

Baby yang sedang menunggu Badrilsyah membeli barangan dari kedai cuma mampu terkebil-kebil.

"Bukan ke saya dah takde mak? Ibu saya sendiri buang saya. Puan ni siapa?" Babyana membuka mulut memerli Puan Marlyana yang kembali mencarinya untuk pulang ke rumah.

"Jom balik. Ibu tak bermaksud nak halau Baby dari rumah. Kita balik, kita bincang dekat rumah." tangan Babyana ditarik supaya mengikuti jejaknya walaupun jelas Babyana menolak ajakan itu.

"Mak cik." pegangan tangan Puan Marlyana pada lengan Babyana dirungkai oleh Badrilsyah. Lelaki itu bertindak ke depan melindungi Babyana dari ibu kandung gadis itu sendiri.

"Jadi jantan ni yang mengandungkan kamu?" amarah yang hampir meletup cuba ditahan sehabis daya oleh Puan Marlyana. Ibu mana yang sanggup melihat lelaki yang telah menghancurkan masa depan anak gadisnya sendiri?

"Kami dah rancang nak kahwin. Mak cik tak perlu risau sebab saya akan bertanggungjawab sepenuhnya atas Babyana dan anak kami. Sebab mak cik dah buang anak sendiri yang mengandung, saya akan pastikan Babyana tak ada apa-apa kaitan lagi dengan mak cik." lidah Puan Marlyana terkelu, Badrilsyah yang bukan sesiapa dalam hidup mereka berani bertindak sebegitu.

Babyana memandang skrin telefonnya yang menyala. Ada satu mesej dari nombor yang tidak dikenali yang diterima dari aplikasi WhatsApp.

From: 0179272826
Hi aku diyan. Boleh tak aku nk jumpa kau kejap. Aku tkde niat buruk just nak bagitau benda penting. Kita jumpa di taman dekat sk petaling boleh?

Baby berfikir sejenak lalu balasan seringkas mungkin dihantar yang menyatakan persetujuannya untuk bertemu Diyan.

"Baby ikut ibu balik." paksaan Puan Marlyana mengembalikan fokus Babyana kepada pertelingkahan mereka.

"Taknak Baby nak ikut Abang Bad." balas Babyana.

"Babyana! Kamu lagi pilih orang luar dari ibu sendiri?" soalan Puan Marlyana itu menjentik rasa geli hati.

Baby ✔Where stories live. Discover now