𝑖𝑣 - 𝑏𝑎𝑠

148 30 0
                                    

Helaian not kertas berwarna kuning diletakkan di hadapan Babyana. Dia diam namun tangan masih menyuapkan nasi lemak ke dalam mulut.

"Macam mana sekolah Yana, okey ke? Kalau tak cukup duit bagitau je papa. Nanti papa bank in." Rosman tersenyum lebar sambil memandang anak tirinya.

"Tak payah nak buat baik la. Aku muak tengok muka kau." Babyana menjeling. Menyampah sungguh melihat lakonan yang penuh palsu bapa tirinya itu. Memang dia benci sepenuh hati.

"Babyana! Ibu tak pernah ajar Baby jadi kurang ajar dengan orang tua. Tambah-tambah lagi dengan papa. Kenapa jadi tak beradab ni? Itulah berkawan lagi dengan budak-budak rosak. Belajar entah ke mana, melepak je tahu. Baby tu anak dara tak elok keluar sampai malam. Jadi apa-apa nak salahkan siapa? Jangan malukan keluarga kita!"

Bingit! Pagi-pagi lagi Puan Marlyana dah mula membebel. Balik-balik dia juga yang dipersalahkan.

"Awak ni Mar, biasalah budak-budak bangun pagi mood tak okey sangat. Saya tak terasa hati pun. Saya faham dia tak biasa lagi dengan saya. Tak perlu pun marah-marah dia. Awak duduk makan dulu." Rosman memujuk lembut membuatkan Puan Marlyana akur.

Babyana buat tak endah, dia bangun dari duduk dan meletakkan pinggan ke dalam singki. Dan terus berlalu tanpa bersalam dengan ibunya.

"Saya minta maaf, bang. Saya harap abang tak terasa hati. Baby tu memang keras kepala sikit. Tak tahu lah saya nak ajar dia macam mana lagi." Puan Marlyana mengeluh. Siapa yang tidak sayangkan anak sendiri. Dia yang lahirkan Babyana, dan dia jugalah sosok yang menjaga kebajikan anaknya. Entah dimana silap didikan yang dia bagi sehingga Babyana bertukar personaliti. Bukan lagi seceria dulu. Kalau dulu mereka selalu bergurau senda. Babyana anak yang baik dan mungkin kerana pengaruh rakan sebaya yang menyebabkan anaknya berubah sikap.

"Mar, kan saya dah cakap tadi. Saya tak terasa pun. Budak-budak remaja memang macam tu lah perangai dia. Dia nak kebebasan, nak seronok. Saya bersyukur sangat Allah bagi kesempatan dekat saya untuk ada keluarga macam sekarang. Awak sabar je. Saya yakin Yana akan berubah nanti."

Babyana yang berdiri di balik dinding cuma mampu mendengar. Bibirnya tersungging senyuman nipis. Sinis. Dasar keparat!

Kasut sekolah disarung ke kaki dia menuju ke pintu pagar dan kelibat bas sekolah sudah berhenti di seberang jalan. Langkah disusun sehingga tubuhnya lolos dalam perut bas sekolah. Pandangan dilemparkan ke luar tingkap.

Deria baunya menangkap bau haruman citrus dari kerusi sebelah. Babyana berpaling. Dan dia berpaling ke kiri.

"Hai. Sa... saya Sajad. Saya nak kawan dengan awak boleh?" budak lelaki itu memperkenalkan diri sambil tersengih-sengih seperti kerang rebus.

"Oh Sajad yang dapat markah Matematik 20 tu ke?" Babyana bertanya.

"Ye saya."

"Sorry lah tapi saya tak kawan dengan orang yang dapat 20 markah je."

"Tapi awak dapat 30 markah. Beza kita 10 markah je. Awak janganlah sombong sangat. Saya nak berkawan je bukan nak mengorat awak pun."

Belum sempat Babyana nak membalas bas sekolah tiba-tiba berhenti di persimpangan. Dia mencapai beg sekolah, namun pandangan luar tingkap membuatkan dia berhenti bertindak. Bas sekolah belum sampai ke destinasi. Dia menjenguk sedikit tanpa menghiraukan Sajad di sebelah. Rupanya ada pelajar yang baru menaiki bas.

"Cepat lah. Terima la saya jadi kawan awak." Babyana menjeling. Lelaki bernama Sajad ini masih belum putus semangat untuk merayu.

"Hoi Sajad."

"Paksu! Paksu buat apa kat dalam bas sekolah ni?" Sajad bersuara hairan manakala mata Babyana sudah membulat apabila melihat figura orang yang paling tidak disangkanya.

"Kau pergi balik Sajad."

"Eh? Kenapa paksu? Sajad nak pergi sekolah nak belajar Matematik sebab hari ni ada subjek Matematik sejam setengah."

"Kau pergi pun bukannya kau belajar. Dah balik rumah pergi tidur. Ni kunci motor aku."

"Serius la paksu, saya nak belajar kot. Takkan lah saya nak balik macam tu je." cis! Penuh kepura-puraan lagak si Sajad ni. Padahal dalam hati bukan main bersorak lagi untuk balik. Buat apa pergi sekolah?

"Kau nak balik ke tak nak?"

"Naik motor?" soal Sajad.

"Yelah. Kalau aku suruh naik bas, aku bagi kunci bas. Tu kan kunci motor." Badrilsyah dah naik bengang dengan anak menakan dia yang rambut style tempurung tu. Ni kalau lama lagi ni dah menggeleset tepi tangga bas dia teranjang budak tu.

"Yelah. Bye paksu." Sajad terus turun dari bas sekolah. Tak tunggu lama bas sekolah mula bergerak menuju ke destinasi.

Badrilsyah melabuh duduk di sebelah Babyana. Mereka berbalas pandang sambil mengulum senyuman.

"Abang nak pergi sekolah jugak ke?" Babyana memulakan perbualan dia pandang anak mata rona hitam gelap Badrilsyah. Jejaka itu cuma tersenyum kecil.

"Abang tengah cari kedai nasi lemak tadi. Lepastu abang nampak Baby tengah termenung dekat tingkap bas. Kebetulan nampak Sajad, sebab tu abang naik bas ni."

"Ohh." Babyana cuma mengangguk seakan-akan faham walaupun dia tak nampak kelogikan tindakan Badrilsyah yang tiba-tiba saja naik bas.

"Abang nak jumpa Baby. Sebab pagi tadi abang nak mesej tapi urmm tak jadi."

Babyana tertawa. Dia rasa lucu bila melihat tingkah Badrilsyah begitu.

"Abang, kalau abang nak mesej ke nak call ke nak hmm video call tak ada masalah la. Baby okey je. Kalau Baby tengok, Baby angkat."

"Okey. Kalau macam tu Baby free tak lepas balik sekolah hari ni?"

Babyana berfikir sejenak sebelum dia mengangguk.

"Petang ni free je tapi kenapa bang?"

"Date jom." dua patah perkataan yang terkeluar dari mulut Badrilsyah buatkan Baby terlopong.

"Maksud abang, kita pergi jalan-jalan. Abang sebenarnya hmm..."

Babyana mengangguk laju. "Boleh! Boleh!" jelas nada girang yang tidak dapat dia sembunyikan. Dengan senyuman yang paling manis dia hadiahkan buat Badrilsyah.

"Okey cun! Abang ambik Baby dekat sekolah. Baby tunggu je dekat pintu pagar sekolah tau." Babyana mengangguk faham. Dalam hati dah bertempik sakan kerana tak sabar menunggu waktu persekolahan tamat. Sampai sekolah pun belum lagi. Kenapalah Abang Bad tak ajak dia keluar pagi ni saja? Babyana lebih dari sanggup ponteng sekolah walaupun tahun ni dia akan ambik peperiksaan penting iaitu SPM.

"Abang. Baby turun dulu. Nanti petang nanti kita jumpa lagi. Bye abang." Babyana menggapai beg sekolahnya sebaik sahaja bas sekolah berhenti di bus stop.

"Okey bye." Badrilsyah cuma mengekor langkah Babyana sehinggalah kelibat gadis itu masuk ke perkarangan sekolah.

Badrilsyah mengurut dagunya sambil mengulum senyuman. Dia mengambil telefon pintar di dalam saku seluar kemudian mendail nombor telefon anak saudaranya.

"Helo Sajad. Datang ambil aku cepat. Aku dekat sekolah kau ni. Alang-alang kau sampai nanti boleh la kau pergi sekolah terus." tanpa mendengar rengekan tak puas hati Sajad, Badrilsyah terus menutup panggilan.

Tak sabar nak jumpa esok. Riak muka Badrilsyah jelas mempunyai banyak makna yang sukar diselami. Seperti sang pemburu yang menunggu haiwan buruan masuk dalam jerat perangkap yang dipasang.

🍼🍼🍼

hye peeps. so here you go. kalau kite dah siap buat draf kite akan terus update. oke babaii awaks💛

Baby ✔Where stories live. Discover now